Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

5 Feb 2009

Pangkor Laut Perak Naik Pangkat

Aku janji nak komen pasal resort pulak kan?.. err.. Komen aku ialah..
i) Resort cantik
ii) Bilik cantik walaupun dari luar nampak cam buruk jer
iii) Staff sangat peramah walaupun yang dari bangla atau myanmar
iv) Makanan semua sedapppppppppp
v) Kolam renang tak berapa jernih.. tak nampak bikini minah salleh masa aku menyelam hahaha
vi) Keseluruhannya.... memang padan dengan nilai yang dibayar (walaupun aku dapat free hahaha)

Pasal Perak pulak..... aku ada teori konspirasi pasal apa yang berlaku kat Perak sekarang ni.... tapi aku tak nak tulis kat sini... kalau nak tahu email kat aku hahahaha.

Yang paling penting sekali dalam entri ini ialah.. aku nak bagitahu, aku dah dapat surat yang aku nanti-nantikan.... SURAT NAIK PANGKAT! Yahooooooooooo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Jan 2009

Pangkor Laut - Ulasan

50 jam merasa jadi orang kaya. Itu kesimpulan yang aku dapat buat dalam satu ayat bagi menggambarkan pengalaman aku ke Pangkor Laut Resort (PLR) minggu lepas. Bayangkan.. tambang kapalterbang untuk 2 orang RM912.00. Makan tengahari dan makan malam untuk 2 hari harganya sekitar RM1,500.00. Harga bilik Sea Villa seperti di laman web PLR USD500.00 semalam x 2 malam = RM3,600.00. Couple Spa Experience selama 3 jam RM1,500.00. Semuanya berjumlah sekitar RM7,500.00! Perghh.. terima kasih buat Bini aku yang tak pernah putus asa mengisi borang cabutan bertuah setiap kali membeli-belah di SOGO haha. Sekarang ni semua makcik-makcik kat pejabat aku ni telah bertekad untuk bersungguh-sungguh mengisi borang peraduan dan cabutan bertuah. Mereka tak pernah percaya akan kesahihan peraduan dan cabutan bertuah yang berlambak kat Malaysia ni. Bini aku telah mengubah persepsi mereka.

Aku dah cerita dari segi harganya, bagaimana dengan tempat berbulan madu itu sendiri? Adakah aku berpuas hati? Adakah "resort" itu seperti yang aku jangkakan? Adakah pulau itu seperti "Fantasy Island" yang aku mimpikan? Baik.. mula-mula sekali, sila lihat gambar-gambar air laut ini.

Mungkin bagi sesiapa yang pernah pergi ke pulau-pulau seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang atau Pulau Gadong di Melaka, air laut seperti dalam gambar di atas sudah cukup menarik. Tapi bagi aku yang pernah ke Pulau Tioman dan Pulau Perhentian, air laut yang hijau ini tidak menarik langsung hati aku untuk terjun ke dalamnya. Bahkan air laut di Pulau Labuan jauh lebih jernih! Aku rasa mendiang Paverotti tidak sempat ke pulau-pulau si sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia sebelum dia mati dulu. Kenapa aku sebut Paverotti? Sebab di laman web PLR dan YTL Community ada diletakkan kata-kata mendiang "I almost cried when I saw how beautiful God had made this Paradise." Adakah YTL dah tetapkan apa yang dia perlu kata sebelum dia sampai ke pulau itu lagi dan sebagai balasannya, nama mendiang diletakkan sebagai nama salah satu suite di PLR? Ehh.. terumpat mendiang dan YTL pulak. Komen aku pasal pulau, cantik.. tapi tidaklah secantik yang aku harapkan dan bukanlah secantik yang digembar-gemburkan dalam laman web PLR.

Sekarang aku nak komen pasal resort pulak. Aku mulakan dengan gambar-gambar berikut.



Komen aku pasal resort... tunggu entri lain hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Jan 2009

Pangkor Laut Yang Sedap

Aku tak sempat nak buat karangan lah pasal bulan madu kat Pangkor Laut minggu lepas. Kita tengok gambar jelah ya sambil aku terangkan sikit-sikit.

Pagi masa tengah tunggu teksi datang. Si Adik yang tak tahu akan ditinggalkan sahaja yang ada kat rumah. yang lain semua dah dihantar ke sekolah.


Berjaya Air yang bawak aku dan Bini ke Pulau Pangkor.


Pangkor Laut dari pandangan seekor helang.


Lapangan terbang Pulau Pangkor



Bot dari Pulau Pangkor ke Pangkor Laut. Bot sebesar ini untuk bawak 15 orang sahaja.


Masa tengah proses daftar masuk. Ada seorang kakitangan yang ditugaskan khas untuk layan kita. Tak payah beratur kat kaunter macam hotel biasa. Minah ni namanya Ming. Lepas urusan check in, dia bawak ke tempat makan. Lepas makan, dia iring sampai ke bilik. Beg semua memang dah ada yang uruskan sejak dari airport Pulau Pangkor lagi.


Ini "paspot" yang dia bagi. Ada peta pulau dan maklumat pasal resort tu.


Ini bil makan tengahari aku dan Bini. Tak pernah aku makan semahal tu untuk 2 orang.


Lepas makan dan sign bil, Ming datang dan bawak ke bilik aku ni. Asalnya bilik yang atas bukit tapi tah camna dah diupgrade jadi bilik atas laut ni pulak.


Ini gambar yang aku ambil dari balkoni villa tu. Korang bayangkan sendiri jelah kalau aku tengah mandi kat situ dan ada orang ambil gambar.


Gambar kat pool.




Balik dari dinner yang berharga RM500.25 pada malam pertama aku kat sana, bukak pintu bilik ada buah-buahan sebakul.


Ini gambar masa brekfas. Kuey teow goreng hanya akan digoreng kalau kita order.. tak macam bufet biasa ah. Jus buah-buahan pun, kita pilih buahnya dan akan dibuat jus masa tu. Bini aku hulur sebiji epal mula-mula tu, yang tukang buat jus kata kena tambah lagi 2 biji. Jadi 3 biji epal untuk segelas jus!


Ini tuala yang digunapakai untuk sessi Couple Spa Experience.


Ini pulak tempat habuk rokok kat sekitar resort.

Ini signage tandas wanita. Sesuai dengan bonjolan yang tersembul yang banyak kat situ.


Bunga dalam bath tub ini pula "ditemui" selepas balik dari dinner malam kedua. Ming jumpa kitaorang masa tengah makan dan kata dia ada arrange surprise kat bilik sempena birthday bini aku.


Ini pulak gambar yang dijanjikan. Gambar aku dan Bini bersama dalam bath-tub.

Jeti masa nak balik. Pangkor Laur sedih aku nak balik. Pagi tu pulau tu menangis sampai hujan trun dari langit iringi perjalanan pulang aku.

Bot masa balik kecik lah pulak.



Sekian sahaja. Gambar lain korang boleh tengok kat sini atau kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Jan 2009

6 dalam 1

1.

Aku dah lama tak tengok Juara Lagu tapi tahun ni aku tengok. Masa aku pergi berjalan ke utara yang penuh dengat niat tak dipenuhi dulu tu, aku tertengok separuh akhir pop rock sebab umah kakak ipar aku takda astro. Pertama kali aku tengok Meet Uncle Hussin nyanyi... aku dah agak lagu tu bakal juara. Agakan aku tepat sepertimana agakan aku semasa tertengok Jacklin Victor audition One In A Million.

2.

Anak aku yang sulong, Kakak; sekarang tahun 4 sekolah rendah; tanya apa itu bersetubuh. Dah lebih seminggu soalan tu tak berjawab-jawab lagi. Dia kata Ustaz kat KAFA suruh tanya ibubapa masing-masing. Aku syak mereka sedang belajar perkara-perkara yang mewajibkan mandi dan Ustaz itu sendiri tidak tahu nak jawab bila ada dikalangan pelajarnya yang bertanya dengan lebih lanjut perkara-perkara hadas besar ini.

3.

Kalau BN menang di Kuala Terengganu, pasti Najib akan kata ia memberi kesan yang besar pada politik negara dan Utusan Melayu serta Berita Harian akan letak gambar kecil sahaja berkenaan perang di Gaza di halaman utama.

4.

Semalam 18/1.. Adik sambut hari lahir ke 2. Sambutan cuma sebijik kek 1/2 kg. dan yang tukang meriahkan sambutan cuma abang-abang dan kakak sahaja.





5.

Aku sudah mula tak tahan tengok jersey bola yang ada logo AIG. Aku lebih tak tahan mendengar kata-kata orang yang memakai jersey tersebut sejak 2 hari lepas. Semoga pagi esok aku boleh membalas kata-kata bongkak mereka dengan kata-kata bongkak aku pula.

6.

Kalau-kalau lah aku tak sempat nak buat entri baru sebelum aku pergi memadu kasih kat Pangkor Laut Jumaat ini... Aku ingin maklumkan bahawa selepas cuti Tahun Baru Cina nanti, aku janji aku akan letak gambar aku dan bini bersama dalam bath-tub untuk tatapan korang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Sept 2008

Selamat Beraya

Selamat Hari Raya


Maaf Zahir Batin.


Daripada penulis blog yang malas ini.

Update 6 Syawal 1429 - Gambar aku sekeluarga di pagi 1 Syawal kecuali Abang Ngah yang jadi tukang amik gambar....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Nov 2007

Kuching

Aku baru balik dari Kuching semalam. Pergi 4 hari 3 malam. Tapi Ahad dan Isnin meeting. Sabtu lepas "check in" kat hotel, terus pergi pasar minggu Satok. Naik teksi RM10 pergi.. RM10 balik. Orang kata ada banyak jual benda-benda pelik tapi aku tak jumpa pun yang pelik-pelik. Silap masuk simpang agaknya. Banyak jualan souvenir selain dari jualan kat pasar malam macam biasa. Makan malam kat warong yang berderet-deret tepi Jalan Satok tu. Orang punyalah ramai...

Ahad lepas "meeting" habis jam 5 terus ronda-ronda kat lot-lot kedai tapi banyak yang dah tutup. Orang kata ada kedai yang "specialist" tikar Sarawak tapi tak jumpa pun. Yang jual carca marba banyaklah. Malam lepas makan ronda-ronda Waterfront. Ramai peniaga tepi jalan yang jual gambir hehe. Yang jual kristal pun banyak. Sebelum balik tidur pergi minum teh si (teh tarik tarik dangdut). Tak sedap pun. Cuma masa air tu sampai memang nampak teh tu berdangdut. RM3 segelas.

Isnin petang pukul 3.30 pergi "site visit". Lepas "site visit" terus drebar bawak pergi "site visit" pasar satok tempat terubuk masin, kilang pasu, kedai tikar Batu 7, kedai kek lapis Dayang dan makan mee kolok. Aku beruntung dapat drebar yang rajin bawak orang berjalan-jalan. Pukul 9.00 malam baru dia hantar balik hotel.

Selasa pagi pergi kampung budaya (Sarawak Cultural Village - SCV). Tiket masuk RM60 seorang! Drebar aku selamba je masuk sekali tanpa bayar. Dia jadi pemandu pelancong dan tukang amik gambar sekali. Kat SCV tu oklah jugak sebab setiap rumah yg kita singgah akan ada persembahan dan penerangan tentang budaya suku kaum tu. 11.30 ada cultural show.

Lepas cultural show tamat, aku perlu berangkat terus ke "airport" sebab "flight" pukul 3. Tetiba dapat SMS dari Airasia kata "flight" tunda ke 5.40. Nasib baik dapat sms tu.... sempat suruh drebar pergi pasar beli terubuk lagi dan cari lagi souvenirs yang masih tak cukup lagi.

Tempat menarik macam muzium kucing etc tak sempat nak lawat sebab pergi bermeeting.. habis "meeting" semua tempat dah tutup. Nak naik sampan seberang sungai pun tak dapat sebab anak aku takut nak naik.. takut jumpa buaya.. lagipun dapat drebar yang hantar sendiri ikut jalan darat ke kedai kek lapis tu.. so "kewajipan" naik bot tu dah takder dah.

Satu je yang tak best bila dah balik di LCCT. Nak naik teksi tak muat sebab bonet teksi kan ada tong gas. Nak tak nak terpaksa ambil van/ family car. Kat kaunter punch tru sistem depa .. LCCT - rumah aku, harga family car RM207! Kautim-kautim.. dapat kurangkan jadi RM180. Kalau naik 2 teksi pun 180 jugak.. jadi terpaksa lah ambil. Kalau aku tahu awal-awal.. suruh kawan datang amik lagi bagus....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Dec 2006

Langkawi

Bosan betul masa kat Langkawi. Nasib baik rokok murah haha. Habis jer mesyuarat, semua orang tinggalkan aku sorang-sorang. Semua tak sabar-sabar nak masuk Ismail Group, Ram's, Zeno, Langkawi Silk etc. Yang naik teksi ke Idaman Suri pun ramai juga. Aku.... pergi jugak kedai-kedai tu tapi aku lebih banyak duduk tengok gelagat orang kerajaan habiskan bonus mereka haha.

Jalan kaki sorang-sorang ternampak kedai Game-Boy. Mainan kawalan jauh seperti helikopter, kereta lumba dan bot ada juga. Bini aku pesan kalau ada PS2 murah kat sana, bolehlah belikan untuk anak-anak. PS2 memang ada, tapi tak murah pun. Yang murah, game jenis pakai katrij macam yang aku pernah main 20 tahun lepas. Tanya harga... RM45. Aku yang tak pandai nak tawar harga ni terus suruh minah tu test. Cuba-cuba main benda tu kejap... terus beli. Selamat duit aku. Tak yah keluar duit banyak-banyak untuk PS2.

Masa nak balik, semua orang yang naik satu flight dengan aku pesan nak check in sekali. Dorang anggap aku bawak barang tak banyak dan nak menumpang barang dorang yang akan terlebih berat tu. Silap banyak lah. Aku punya coklat jer dekat 15 kg haha.
Masa check-in, kena bebel dengan minah MAS. "Lain kali kalau membeli tu kena beringat-ingat". Purata untuk 7 orang yang chek-in sekali tu terlebih 5.85 kg seorang. Mujur minah tu lambat lagi datang bulan (agak aku lah haha), tak kena bayar pun. Tapi aku tetap jadi mangsa kena angkatkan beg dorang yang kecik-kecik yang dah tak boleh nak masuk kargo.

Walaupun pemergian aku ke Langkawi kali ni adalah yang paling membosankan, aku jadi gembira bila tengok anak-anak aku main game murah tu. Siapa yang tak suka, kalau kejap-kejap dengar kata-kata si Abang.... "Abang sukalah... bestlah main game ni Ayah... Sayangggg Ayah". Selalunya kalau aku nak keluar, Abang salam jer. Sejak dapat game ni, dia siap peluk sekali haha. Balasan aku pada dia ialah.... "Kalau Abang tak nak pergi sekolah lagi macam tahun lepas, Ayah buang game ni!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...