Babak 1
Bang... getah pintu peti ais saya rosak lah... boleh tolong repair. "Ohhhh.. encik kena bawak pintu peti ais tu datang sini" jawab si tukang repair barang elektrik sambil tersengeh-sengeh.
Macam celaka... kata aku dalam hati. Mentang-mentanglah kedai ko ni ramai orang, jawab soalan aku macam nak suruh aku balik jer. Takper.. aku balik. Kedai ko ni berlambak peti ais, tv dan mesin basuh yang dah rosak ni kenapa ah? Orang antar lepas tu ko tak reti repair ker? buat semak mata jer tengok kat tepi jalan ni.
Babak 2
Hello..encik ada buat repair barang letrik kan? Saya punya getah pintu peti ais tu dah koyaklah. Berapa ya kalau nak tukar. "Ohh... encik kena bukak getah tu dan bawak datang ke kedai saya ni. nanti saya akan buat order getah tu kat supplier. Harga RM180, satu minggu siaplah." Hahhhh... RM180? Satu minggu? "Peti ais tu boleh guna encik tapi kurang sejuklah sebab takder getah selama seminggu. Getah tu tak susah nak bukak pun encik... encik tarik jer dan bawak datang sini".
Waduh.. mahal gilossss... lepas tu seminggu baru siap???
Babak 3
Hello... itu customer services jenama peti ais saya kan? (jenama apa tidak boleh diletakkan di sini... nanti jadi iklan percuma pulak hehe). Saya nak beli getah pintu peti ais model ABC ada stok tak? "Ada.. encik... semuanya RM84 termasuk kos penghantaran ke rumah. Sehari dua lepas encik masukkan duit ke akaun syarikat kami, barang tu sampai lah".
Kesimpulan
Betapa manusia ini suka benar cekik darah orang dengan tujuan untuk jadi kaya. Getah pintu tu aku pasang sendiri tak sampai 5 minit. RM180 tolak kos getah RM84 = RM96 upah pasang getah???? Gilo! Tapi... terimakasih banyaklah pada yang nak pau aku tu sebab terbagitau cara bukak getah dan pasang getah tu hehehehe.
14 comments:
Muahaha..pengajarannya!
Jangan cuba nak tipu dgn ini Lan Rambai waka waka eh eh
Oppss serius please ---> itu ler untungnya survey dulu sblm buat or beli pape..ahaks!
ok la tu. x pasal2 dpt ilmu free. pasni bole betulkan peti es org len tp jgn cas mahal cam org tu. kurang sket je kompem leh buat duit. hehe
tu pasal getah peti ais .... belum lagi paip air di sink .... rege tap tu cuma RM48 .... upah RM80 :) bukan saya kena pau ... tapi MD saya yang kena ....
lain kali DIY je modified tiub moto ha..ha..
getah peti ais umah kitaorang pn rosak ni.dah tercabut dah pun.nk tukar tp x tau average harga berapa.takut gk kalau kene pau kaw2 punya
Beli kat mana getah tu?
Beli kat mana getah tu?
Samani...telefon customer service jenama peti ais anda.
macamana nak tuakr getah peti ais tu yea?
sebab dah dapat tnye beli direct dengan company tu.
aku algi kesian.. dah call company model peti ais aku tu.. diorg cakap dah tak kuar lagi dan susah mahu dapat.. aduiiii...maklumlah model lama..
salam..
apa jenama peti ais abang? sebab saya pun tengah cari nak ganti getah pintu.
getah tu main tekan tekan je sepanjang pintu tu. ..jenama LG kalau tak silap. sekarang dah tukar peti lain.
Getah pintu peti sejuk jenama samsung boleh bagi tau kat mne nak cari cod johor
Post a Comment