7 Sept 2010

Kod Baru SHRMZB

Kalau boleh aku nak buat kad raya dan tepek kat blog ni.. tapi aku tak reti lah. Aku dah lupa apa yang aku belajar masa kursus satu hari photoshop yang aku pernah hadiri 2 tahun yang lepas. Nak curik orang punya kad raya aku rasa tak kena dan tak syok sebab tak asli dan bukan hasil tangan aku. Oleh itu, tidak adalah tempekan kad raya kat sini. Lagipun, kalau aku penat-penat buat pun, belum tentu lagi ada orang tengok.

Hari ni apa tujuan aku datang opis ni pun aku sendiri tak tahu. Oh.. ya.. pergi ambil surat. Surat pengesahan aku naik pangkat... yehaaaa..... Dalam surat tersebut ada tulis semoga aku tambah rajin buat kerja sebab dah naik pangkat ni. Tengoklah.. kalau aku rajin aku buatlah kerja aku hahaha.

Hari ni juga hari terakhir kerja sebelum cuti raya. Rasa macam nak ke Sogo atau Jalan TAR. Barulah betul ini hari terakhir kerja sebelum cuti raya. Kalau tak buat begitu, rasa macam tak meriah lah raya kali ni. Betul tak puan-puan? Puan-puan di ayat sebelum ni termasuklah bini aku sekali hahaha.

Oh ya.. kalau ada yang masih tercari-cari duit baru untuk dibuat duit raya tetapi tidak sanggup menghadapi kesesakan dalam bank, aku boleh berikan duit RM1 yang bini aku dah tukar dengan banyaknya pada korang. Setiap duit kertas baru bernilai RM100 aku boleh bagi dengan harga RM120....aku cuma mintak upah RM20. Murah bukan berbanding dengan penyeksaan emosi dan mungkin sedikit fizikal hingga ada yang terpaksa bukak posa sebab nak makan panadol untuk menghilangkan sakit kepala memikirkan bank mana yang masih ada lagi duit seringgit baru di hujung-hujung Ramadhan ni.

Akhir sekali..... janganlah bawak keta macam ko sorang jer yang nak raya ya... ehhh hampir terlupa pulak.... SHRMZB.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

sinomosa said...

Dah ler kad raya semakin pupus..
Digantikan dgn sms, ucapan kat fesbuk, tagged photo..laa nie ucapan pun dipendekkan lagi ke SHRMZB..ish3x..

Termasuk En Lan..dah 2 blog sy jumpa ucapan macam nie..perghh dah ringkas nak di ringkas kan lagi..

Lan Rambai said...

hahahaha.. ini semua si zam punya pasal.. dia tulis kod ni kat fb syahir hahahaha... gua cuma mengikut trend terkini sahaja hahaha

Anonymous said...

S H R M Z B ......



~TVtigasuku~

semut api said...

Lan,

alhamdulillah rezeki ramadhan tu..tahniah naik pangkat..

aku naik tingkat je raya ni :)
balik kpg naik exo jgn laju2...ingatlah geng2 lain..

:)