20 Jul 2014

Bukan Milik Aku Lagi

 
Tuan yang baru sudah bayar penuh pada petang Jumaat yang lepas. Dia bank in ke akaun pinjaman saya di Maybank sebanyak RM63,000.00 tanpa melihat sendiri kereta ini! Sebenarnya yang beli ni ibu saudara kepada seorang rakan sepejabat saya. Terima kasih buat Pakli. Mak Usu dia beli berdasarkan recommendation dia semata-mata. Kenapa dia tak datang tengok kereta dulu? Sebab dia tinggal di Kedah dan saya di Selangor. Minggu depan dia akan datang ke sini untuk bawa balik.
Oleh kerana saya baru beli kereta ini setahun yang lepas (dan saya juga macam majoriti pembeli kereta yang lain, buat pinjaman seberapa panjang yang boleh) maka
masih ada 8 tahun lagi tempoh pinjaman asal. Pinjaman kereta ni bertujuan untuk kayakan bank, jadi di peringkat awal tempoh pinjaman, bayaran balik yang kita buat sebahagian besar diperuntukkan untuk kayakan bank lah. Harga sesebuah kereta pula secara otomatik akan turun dengan banyak sebaik sahaja ia digelar kereta terpakai. Atas sebab itu, saya sendiri perlu top-up duit saya sendiri untuk selesaikan pinjaman sedia ada. Betullah kata orang, kereta bukan aset tetapi liabiliti.
Walaupun saya rugi dalam urusan jual kereta ini, saya tetap teruskan juga. Rugi beberapa ribu untuk elakkan rugi yang beribu-ribu lemon lagi. Yalah, kalau tak jual sekarang, saya perlu tanggung bayar amaun yang tinggi untuk 8 tahun lagi. Jumlah yang saya tanggung untuk dua buah kereta (saya ada mpv juga) adalah bersamaan dengan 20% gaji saya. Besar sangat peratusan untuk "pelaburan" yang dijamin rugi ini. Selepas ini, peratusannya tinggal 10% sahaja. Bolehlah guna 10% yang dijimatkan untuk bayar hutang yang lain pula.
Kawan-kawan ramai yang hairan dengan keputusan saya ini. Ada yang membuat ucapan selamat membeli kereta baru pulak tu! Kebiasaannya begitulah kan. Jual kereta mesti sebab nak beli yang baru. Ya, saya mungkin akan beli kereta lain tetapi bukan untuk masa terdekat ini. Mungkin selepas saya bayar habis hutang Exora yang ada hampir 4 tahun lagi. Mungkin juga saya akan beli kereta lain yang bayaran bulanannya lebih rendah. Tetapi mungkin juga saya takkan beli yang lain. Yang pasti, saya jual Honda Jazz Hybrid ini kerana saya baru sedar kesilapan saya.
Kesilapan saya ialah. ..... saya beli sebab saya layak.... bukan sebab saya mampu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: