14 Jul 2014

Tumpuan Pada Novel Terpakai

Tumpuan Pada Novel Terpakai

Selepas 2 minggu www.jualbelibukuterpakai.biz beroperasi, Alhamdulillah dapat sambutan menggalakkan. Sudah ada beberapa repeat customer. Seperti yang dijangka, 99% jualan yang dibuat adalah novel terpakai Bahasa Melayu. Saya ada terima tawaran untuk bekerjasama dengan seseorang yang sedang berada di UK untuk membeli buku-buku terpakai di Amazon UK. Tetapi saya tidak bercadang pergi ke arah itu kerana saya berpendapat jika ada yang nak beli buku terpakai antarabangsa, amazon.com ada terlalu banyak pilihan yang tak akan mampu saya tandingi. Saya dan isteri telah membuat keputusan untuk beri tumpuan pada novel terpakai Bahasa Melayu sahaja.

Saya juga kini sudah ada motto yang saya letakkan sebagai di bawah tajuk website.

 
 
Puas memerah otak...saya pilih motto yang macam imej di atas. Sekarang ni, setiap kali saya buat promosi di Facebook, saya pasti akan gunakan motto ini selepas tulis alamat website. Harapnya motto ini akan jadi mantra yang tersimpan di dalam minda pengunjung website saya tu supaya mereka akan datang lagi.
 
 
Bekalan novel terpakai yang saya perolehi 2 minggu lepas adalah sangat baik kualitinya. Saya dapat dari 2 orang yang respon hasil promosi di facebook. Seorang saya memang tak kenal, seorang lagi rupanya senior isteri saya dan dia pulak pernah dengar saya bagi ceramah beberapa bulan yang lepas. Novel-novelnya semuanya terjaga dengan sangat baik. Risau juga kalau tak jumpa novel terpakai yang sama tahap kualitinya selepas ini. Bimbang yang beli sekarang tak dapat kualiti yang sama bila buat pembelian di masa akan datang. Khuatir pelanggan tersebut lari pula bila kualiti dah tak sama.
 
 
Setakat ini dulu buat kali ini. Saya nak pergi beli rak buku lagi. Mak saya nampak macam tak berapa gemar tengok rumah saya yang penuh dengan buku sekarang ni. Sabar Mak ya, nanti orang lengkapkan rak untuk susun buku-buku tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Unknown said...

den suka dengan idea moto untuk website tu. punchline dia nice

Lan Rambai said...

Den pun suka hehehe. Alhamdulillah