15 Oct 2008

Comelnyaaaaaa

Lanrambai berpuluh-puluh tahun yang lalu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Oct 2008

Nostalgia Kamera Baru

Masa pergi beraya minggu lepas kat rumah makcik aku.. terjumpa gambar keluarga aku yang diselitkan pada bingkai gambar bunga ni. Dulu masa aku masih ada kampung kat Melaka, gambar keluarga tu memang ada tergantung kat ruang tamu. Tapi sekarang tak tahu ke mana menghilangnya.



Gambar ni diambil awal tahun 70an. Aku ada dalam gambar tu tapi kalau cari pakai kanta besar mana pun pasti takkan jumpa punya... sebab aku dok dalam perot lagi. Tak sure bila gambar ni diambil secara tepat. Jadi aku tak pasti aku dah ada dalam perot mak aku atau masih lagi kat kilang sperma abah aku.

Yang aku pasti.. gambar ini aku snap guna kamera baru aku yang aku terbeli akibat gatal membeli-belah tingkap di kedai kamera dan akhirnya aku terjebak membeli IXUS85IS dan itulah salah satu sebab aku rajin update blog balik sekarang ni hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Oct 2008

Negeri Hang Tuah

Ada tak yang tahu bagaimana untuk tukarkan no kad pengenalan kita? Aku nak tukarkan nombor 04 dalam no kad pengenalan aku lahhhh... Bukannya apa.. aku rasa tak sanggup dikaitkan dengan negeri yang bagi "Datuk" pada pelakon yang suka cium leher Aishwarya Rai dan Kajol!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Oct 2008

Boss Kecik Boss Besar

Semalam.

Boss besar diskas dengan aku masa boss kecik takda.

"Kita buat mesyuarat dari 16 hingga 19hb ni. Sabtu Ahad pun kena pulun siapkan benda ni." kata boss besar.

"Nanti kamu bagitau dengan boss kecik apa yang saya putuskan ini". sambung boss besar lagi.

Boss yang sangat kecik (AKU) angguk ajelah. Dah boss besar yang cakap.

Hari ni.

"Boss besar suruh arrange meeting dari 16 hingga 19hb. Sabtu Ahad pun kena pulun siapkan benda ni." kata boss yang sangat kecik pada boss kecik.

Sehingga ke saat ini boss besar tak masuk opis lagi. Dan sepanjang hari ini boss kecik dok membebel dengan boss yang sangat kecik ini (AKU!!!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Oct 2008

Bertuah Punya Bini

Opis bini aku dekat dengan SOGO. Kalau boleh hari-hari dia mahu pergi SOGO. SOGO pulak suka benor buat sale. Kejap sale awal tahun, lepas tu sale tengah tahun, sale ujung bulan, sale musim panas, sale musim luruh, sale musim orang gomen dapat bonus dan macam-macam sale lagi. Pendek kata... asyik sale je SOGO ni.

Tiap kali ada sale kat SOGO, pasti ada lucky draw. Bini aku selaku salah seorang pemegang saham terbesar SOGO memang tak lepaskan peluang masuk lucky draw tu. Tak tahu dah berapa kali hantar tapi tak pernah menang apa-apa pun. Tetiba bulan lepas dia dapat panggilan dari SOGO. Bini aku menang tempat kedua untuk lucky draw yang bulan Mei ke Jun entah. Ingatkan dapat baucher RM1 juta ker.... bolehlah aku belanja sakan untuk raya aritu. Rupanya menang percutian 3 hari 2 malam di Pangkor Laut Resort untuk 2 orang. Ishkkk.. leceh tul lah. Kalau nak pergi nak kena top up untuk bawa anak-anak aku pulak nanti. Dah ler kat pulau.. susah betul.

Lebih kurang 10 hari sebelum raya, aku ikut bini aku pergi SOGO ambik hadiah tu. Bukak-bukak envelope, tengok list apa yang menang... standard room, air transport, jetty transfer, 3 hour spa and meals. Air transport? Aik.. Pangkor ada airport ke???

Petang lepas amik hadiah tu, bini aku call bagitau Pangkor Laut Resort tu bukan kat Pulau Pangkor. Resort tu kat pulau lain. Kat pulau tu pulak, hanya ada resort tu sahaja. Ermmm..... aku pun mulalah buat research sikit. Lepas selidik punya selidik, barulah aku tahu rupanya hadiah yang bini aku menang tu bernilai paling koman pun RM4000! Tengok pada ulasan-ulasan kat blog dan websites yang aku dah baca.... waduhhhh.. tak sabar pulak aku nak pergi.

TAPIIIIIII.... kalau nak pergi berdua, macamana nak tinggalkan anak-anak aku? Kalau nak bawak... dah tentu kena keluar duit banyak untuk tiket flight, feri dan makanan dorang. Tambahan pulakkkk.. kalau budak-budak tu ada, macamana aku nak berendam dengan bini aku dalam bath-tub ni??????



Gambar dicilok dari fotopages Ireneyaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Oct 2008

Perut Stokin

Perut aku sudah mula buat hal lama. Aku ingat latihan selama sebulan yang aku dah bagi sepanjang bulan lepas dapat merubah perangai perut aku tu. Hampeh tul... tabiat 11 bulan akan berulang nampak gayanya. Selang 3 jam lepas sarapan makan nasi lemak... dah lapar balik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Sept 2008

Selamat Beraya

Selamat Hari Raya


Maaf Zahir Batin.


Daripada penulis blog yang malas ini.

Update 6 Syawal 1429 - Gambar aku sekeluarga di pagi 1 Syawal kecuali Abang Ngah yang jadi tukang amik gambar....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...