20 Nov 2008

Otak Lambat Mula

Maaf.. aku sedang sibuk menyiapkan kerja yang telah diberikan oleh Boss besar pada 2 minggu yang lepas. Aku baru mula buat semalam dan perlu disiapkan hari ini. Sebelum semalam otak aku tak boleh nak proses apa yang Boss aku suruh buat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Nov 2008

Pangkat dan Nafsu Besar

Bilalah aku nak naik pangkat ni. Sekarang ni dah lewat tengah bulan November dah. Kedengaran cerita pasal naik pangkat beramai-ramai sejak dari bulan Mei lagi. Kejap keluar cerita orang ni belum tandatangan surat tertentu. Tak lama lepas tu, dengar khabar orang lain pula yang belum tandatangan surat tertentu yang lain pula. Kat tempat aku sekarang ada lima jawatan yang sama macam aku tapi cuma dua sahaja yang dah berisi. Jawatan atas aku sikit, ada 3 kosong. Itu baru kat pejabat aku. Kat tempat lain, berlambak-lambak lagi kekosongan yang tidak diisi.

Dalam perkhidmatan awam ni, bila ada jawatan yang tidak diisi, pegawai lain boleh membuat penanggungan kerja di jawatan yang tidak diisi itu. Masalahnya, jawatan yang kosong yang perlu ditanggung adalah lebih banyak dari yang boleh menanggung. Prosidur menanggung kerja pun satu masalah jugak. Ditambah dengan birokrasi yang melambatkan proses kelulusan menyebabkan ramai pegawai yang lambat menerima bayaran. Kebiasaannya kita hanya akan dapat merasa saguhati tanggung kerja selepas beberapa bulan. Kekadang selepas hampir setahun!

Selepas hampir sepuluh tahun berkhidmat, perbualan wajib apabila bertemu rakan-rakan sepelantikan adalah isu bila nak naik pangkat ini. Kalau jawatan kosong untuk dipanjat tiada, mungkin tidak ada sesiapa yang kisah. Perbezaan gaji dan elaun yang begitu ketara menambah lagi ketidaksabaran melihat bilik-bilik kosong tidak berpenghuni yang kononnya layak diisi oleh kami.

Bagi diri aku sendiri, aku sudah ada senarai yang semakin panjang untuk membelanjakan tambahan elaun dan gaji sebanyak hampir RM2,000.00 sebulan itu.

MPV - terpaksa beli sebab anak ramai dan makin membesar.
Kamera DSLR - nak ambil gambar candid senang
Wilson K-Factor - reket tenis abang aku yang aku dok guna dah makin berat
Bola bowling reaktif dengan beg troli - supaya orang gerun tengok aku bila masuk pertandingan hahaha
Rumah lot tepi dengan tanah luas - nak buat barbeque ajak korang makan selesa sikit


Jadi, kalau korang nak tengok gambar yang cantik-cantik kat blog ni, nak makan dengan selesa kat rumah aku, nak kena belasah dengan aku kat lorong bowling dan gelanggang tenis... tolong buat solat hajat memohon kenaikan pangkat aku sekarang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Nov 2008

Peperiksaan

1. Sijil Pelajaran Malaysia

SPM untuk aku dulu bermula awal. 31 Oktober 1989. Batch aku adalah yang pertama SPM bermula seawal itu bagi mengelakkan musim tengkujuh. Yang aku heran, beberapa tahun kemudian, tarikh SPM bermula dilambatkan kembali seperti sebelum 1989 walaupun musim tengkujuh tetap datang seperti biasa.

Persediaan sebelum SPM untuk seseorang yang suka membuat kerja di saat akhir seperti aku adalah selama satu bulan sahaja. Itupun disebabkan kedatangan beberapa pelajar UM yang membuat beberapa siri ceramah motivasi di sekolah aku. Kalau dorang datang lebih awal... mungkin aku dah jadi pakar sakit puan sekarang ni. Mereka yang datang semuanya lelaki tapi semuanya bakal gynae... sampai aku pun teringin nak jadi gynae masa tu. Masalahnya... Biologi adalah subjek yang paling aku benci dan lemah sekali.

Selepas aku terima hakikat aku takkan dapat jadi gynae sebab aku tak suka biologi.. maka aku telah membuat keputusan untuk memboikot terus buku Biologi dan Kimia sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan keseluruhan SPM aku. Orang lain study untuk ambil 9 subjek, aku cuma perlu study untuk 7 sahaja. Tapi aku cuma boikot bukunya sahaja, peperiksaan kedua-dua subjek ini aku tetap datang. Untuk paper objektif, aku tak buka langsung kertas soalan. Tulis nama dan terus hitamkan pada kertas jawapan ikut suka hati aku. Selepas 15 minit aku keluar dewan. Kertas subjektif, aku tulis nama sahaja dan keluar dewan. Hasilnya.. SPM aku cuma ada 8 subjek sahaja. Biologi tidak ada dalam sijil sebab F9. Kimia? Hehehe.. tembakan aku banyak juga yang terkena sebab dapat P8.

Satu subjek yang aku tak pernah dapat tangkap masa cikgu aku ajar; yang tak pernah aku dapat markah lebih dari 20%; adalah Matematik Tambahan. Pelajar-pelajar gynae UM tersebut telah membuka mata dan minda aku terhadap subjek yang susah gilos itu. Kalau dalam peperiksaan percubaan, kalau tak silap aku, markah aku cuma 14% sahaja, dalam SPM aku dapat C6. Gred tu memanglah tak tinggi.. tapi bagi seorang yang tak pernah biru dalam subjek itu, ia adalah gred yang sangat tinggi sekali. Dan gred itulah yang membolehkan aku masuk U. Kalau aku tak dapat kredit subjek tu, dah tentu aku tak layak masuk kursus yang aku telah masuk dulu dan dah tentu tidak dapat bekerja dalam bidang kerja aku sekarang.

Terimakasih buat pelajar-pelajar gynae UM yang telah beri kesedaran pada aku untuk belajar satu bulan sebelum SPM 1989.


2. Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Hari ni keputusan UPSR akan diumumkan. Aku syak keputusan subjek Matematik dan Sains kali ini bukanlah disebabkan oleh keupayaan sebenar pelajar. Aku syak ia bergantung kepada keputusan untuk teruskan pembelajaran subjek2 ini dalam bahasa inggeris atau tidak. Sebenarnya.. keputusan peperiksaan di Malaysia telah lama menimbulkan syak dihati aku sebab tak pernah merosot. Setiap tahun pasti keputusannya lebih baik dari tahun sebelumnya. Takkan lah tak pernah yang jatuh sedikit? Entahlah.. aku syak sahaja tanpa ada apa-apa fakta.


3. Padang tiruan di sekolah-sekolah

Berita Sinar FM pagi tadi ada menyebut cadangan menggunakan padang tiruan di sekolah-sekolah pada masa akan datang kerana faktor penyelenggaraannya yang dikatakan lebih murah. Entahlah... hati aku merasa syak wasangka lagi. Aku syak sudah ada syarikat tertentu yang akan menjalankan projek ini. Entahlah.. aku syak sahaja tanpa ada apa-apa fakta.


Aku syak ramai di antara pembaca sekelian yang merasa hairan kenapa aku menulis agak panjang kali ini. Sebenarnya, aku nak beritahu, semasa SPM, subjek yang aku yakin benar akan dapat gred yang baik adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik Moden. Dengan menulis panjang menggunakan tatabahasa yang agak baik ini, sudah tentulah memberikan kepercayaan yang lebih kepada pembaca tentang fakta berikut:

Kalau BM, BI dan Mod Math aku teruk... seluruh SPM aku jadi teruk.


Untuk adik-adik yang sedang ber SPM.... selamat berjaya menghadapi peperiksaan yang menentukan hala tuju kehidupan anda selepas ini! Jangan jadi macam aku yang gagal menjadi gynae disebabkan oleh keputusan peperiksaan yang sedang kamu hadapi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Nov 2008

Hujung Minggu Yang Penuh Hadiah

Sabtu

Pertama kali aku rasa apa yang emak aku rasa masa aku sekolah rendah dulu. Anak dapat hadiah kat sekolah hehehe.



Siapa dapat teka yang mana satu nama anak aku, aku akan bagi hadiah istimewa.



Kalau letak gambar Kakak tengah amik gambar atas pentas.... bukan blog lanrambai lah... kat sini aku letak gambar Kakak skodeng bebudak lain yang sedang terima hadiah.



Ahad

Giliran Bang Chik pulak dapat hadiah. Tapi bukan hadiah akademik. Dia ada sukan dan di akhir acara dapat sijil. Tak tahulah aku samaada sijil ni akan digunapakai untuk dia mohon belajar atau bekerja kat mana-mana bila dia dah besar nanti. Dah trend zaman sekarang. Tadika pun dapat sijil.



Bang Chik dapat hadiah sukaneka, si Adik yang sibuk menggodek. Otomatik hadiah tu jadi dia punya pulak tu haha.



Oh ya... hadiah istimewa yang aku janji bukan untuk korang yang aku kenal secara alam betul ya. Hanya untuk kawan alam maya sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Nov 2008

Bakal Opis Baru

Encik Lan.. sila ambil kotak dan bolehlah mula mengemas.





Waduhhh.. malasnya aku bab nak kemas-mengemas ni. Korang tengoklah bilik aku sekarang...



Aku rasa banyak benda yang akan dibuang jer nanti haha

Tadi aku pergi naik atas tengok opis baru yang sedang direnovate. Ingatkan dah nak siap... cheh lagi 2, 3 minggu belum tentu siap lagi rupanya.



Tapi bakal bilik baru aku tinggal pasang karpet je... pasti lepas ni tido aku akan lebih lena lagi sebab bilik ni 3 kali ganda lebih luas dari bilik sekarang hahaha



Kalau nak terber atau nak kencing senang banget sebab toilet dalam opis jer.



Kalau nak pegi minum pun senang... keluar ikut pintu ni.. boss tak nampak.. terus jumpa kantin kat bawah.



Cuma satu je tak best. Opis sekarang tak yah naik tangga. Opis baru kat tingkat 2... perghhh.. banyak betul anak tangga nak kena naik... dalam 32 kali nak kena angkat kaki ni.... letihhhhh tuuuu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Nov 2008

Demam



2 November 2008, Ahad - hari yang muram. The Reds kalah buat kali pertama musim ini. Baru nak rasa nikmat dok kat atas, tahan seminggu jer. Carragher jaring gol sendiri dan Spurs sumbat gol kemenangan masa kecederaan. Berembun di kedai mamak sehingga jam 3.30 pagi buat aku rasa macam nak demam.

3 November 2008, Isnin - markah "Fantasy League" aku cuma 19 je!



Dah le kena kutuk sebab liverpool kalah.. fantasy league pun kena kutuk jugak! Dan rasa macam nak demam aku tu makin kuat sekarang ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 Oct 2008

Kotor!

Bang Ngah dah habis periksa akhir tahun minggu lepas. Minggu ni aku tak tahulah apa yang dia buat kat sekolah tu. Entah-entah cikgu pun tak masuk kelas kot. Korang tengoklah baju dia lepas habis sekolah.





Aku dulu, masa kecik-kecik, tak pernah kotorkan baju sekolah sampai camtu sekali. Budak-budak ni... comel aku jer yang dorang ikut... yang lain semua tak nak ikut.. hampeh tul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...