Bilalah aku nak naik pangkat ni. Sekarang ni dah lewat tengah bulan November dah. Kedengaran cerita pasal naik pangkat beramai-ramai sejak dari bulan Mei lagi. Kejap keluar cerita orang ni belum tandatangan surat tertentu. Tak lama lepas tu, dengar khabar orang lain pula yang belum tandatangan surat tertentu yang lain pula. Kat tempat aku sekarang ada lima jawatan yang sama macam aku tapi cuma dua sahaja yang dah berisi. Jawatan atas aku sikit, ada 3 kosong. Itu baru kat pejabat aku. Kat tempat lain, berlambak-lambak lagi kekosongan yang tidak diisi.
Dalam perkhidmatan awam ni, bila ada jawatan yang tidak diisi, pegawai lain boleh membuat penanggungan kerja di jawatan yang tidak diisi itu. Masalahnya, jawatan yang kosong yang perlu ditanggung adalah lebih banyak dari yang boleh menanggung. Prosidur menanggung kerja pun satu masalah jugak. Ditambah dengan birokrasi yang melambatkan proses kelulusan menyebabkan ramai pegawai yang lambat menerima bayaran. Kebiasaannya kita hanya akan dapat merasa saguhati tanggung kerja selepas beberapa bulan. Kekadang selepas hampir setahun!
Selepas hampir sepuluh tahun berkhidmat, perbualan wajib apabila bertemu rakan-rakan sepelantikan adalah isu bila nak naik pangkat ini. Kalau jawatan kosong untuk dipanjat tiada, mungkin tidak ada sesiapa yang kisah. Perbezaan gaji dan elaun yang begitu ketara menambah lagi ketidaksabaran melihat bilik-bilik kosong tidak berpenghuni yang kononnya layak diisi oleh kami.
Bagi diri aku sendiri, aku sudah ada senarai yang semakin panjang untuk membelanjakan tambahan elaun dan gaji sebanyak hampir RM2,000.00 sebulan itu.
MPV - terpaksa beli sebab anak ramai dan makin membesar.
Kamera DSLR - nak ambil gambar candid senang
Wilson K-Factor - reket tenis abang aku yang aku dok guna dah makin berat
Bola bowling reaktif dengan beg troli - supaya orang gerun tengok aku bila masuk pertandingan hahaha
Rumah lot tepi dengan tanah luas - nak buat barbeque ajak korang makan selesa sikit
Jadi, kalau korang nak tengok gambar yang cantik-cantik kat blog ni, nak makan dengan selesa kat rumah aku, nak kena belasah dengan aku kat lorong bowling dan gelanggang tenis... tolong buat solat hajat memohon kenaikan pangkat aku sekarang!
No comments:
Post a Comment