28 Sept 2006

Fitrah 1427

Bila aku dah mula pakai baju Melayu ke surau.
Bila aku dah mula pakai kopiah ke surau.
Bila beg kecik aku, dah mula aku sandang ke surau.

Itu tandanya, tugas aku sudah bermula. Tahun ni, RM4.70 sekepala. Sama macam tahun lepas. Setakat ini, dah dua malam aku menunggu. Sambutan pun macam tahun lepas. Ramai yang dok tengok jadual jer berapa nak kena bayar. Majoriti tunggu 10 malam terakhir. Takpelah. Aku sendiri pun hanya akan bayar 10 malam terakhir jugak. Aku bayar lambat bukan sebab ada fadhilat apa-apa pun. Aku bayar lambat sebab aku memang jenis suka buat kerja "last minute".

Tapi selambat-lambat aku, masih ramai yang lebih lambat daripada aku. Tahun lepas, pada pagi raya, aku tunggu di luar surau bermula jam 7.30 pagi. Kebanyakan yang datang bayar pagi tu, pekerja asing Indonesia. Tiba-tiba datang seorang yang berkereta dan berbaju Melayu lengkap bersamping serta songkok tinggi 1/2 kaki. Dia jumpa aku. Dia bayar kat aku. Masa tu 15 minit lagi akan mula solat sunat Edul Fitri. Nasib baik dia jumpa aku tahun lepas. Kalau tahun ini dia buat lagi macam tu, kemungkinan besar dia gagal bayar sebelum tamat tempoh. Tahun ini, aku balik kampung bini. Harapnya, mamat tu juga balik kampung bini dia. Biasanya di kampung, amil adalah orang tua yang tunggu anak-anak balik kampung. Di tempat aku, amil yang nak balik kampung!

Anda bagaimana? Tunggu pagi raya juga baru hendak tunaikan fitrah? Kalau anda tunaikan zakat fitrah dengan menyerahkan wang atau beras tersebut secara terus kepada golongan penerima zakat, memang ia sesuatu yang menggembirakan si penerima itu. Tapi kalau setakat nak bayar pakai duit kepada amil yang kutip RM4.70 sekepala itu, aku nasihatkan, tak perlu tunggu hingga pagi raya. Duit-duit itu semua hanya akan masuk ke akaun pusat zakat bila BSN dah buka lepas cuti raya! Sementara tunggu BSN buka juga, aku terpaksa bawa hasil kutipan aku ke serata negeri yang bakal aku lawat hari raya nanti. Kalau tak bawa tak sedap hati. Takut kena curi. Mampus kena ganti pakai duit sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Sept 2006

Kisah Jiwang Karat 3

Bini aku pernah buat aku merana di bulan puasa macam sekarang. Aku kata jangan, dia kata dia nak jugak. Aku kata, buat kat sini cukuplah. Dia kata dia nak buat kat sana jugak. Kat sini dah biasa sangat dah. Dia dah muak. Dia mahukan kelainan. Dia mahukan suasana yang lebih "thrill". Lebih sukar untuk menamatkan. Lebih banyak rintangan dan hasilnya pasti akan lebih manis.

Akhirnya, dia pergi. Bulan puasa itu, berat aku turun lebih banyak dari bulan-bulan puasa sebelumnya.

Aku pernah buat bini aku merana di bulan puasa macam sekarang. Dia kata, janganlah buat dia tukar fikiran. Aku kata, kalau dia tukar fikiran lagi bagus. Dia kata, dia dah buat keputusan untuk pergi sebelum dia jumpa aku. Aku kata, kini dia dah jumpa aku dia patut kena timbangkan balik keputusan itu. Dia kata aku hanya buat hal seminggu dua sebelum dia pergi ini. Aku kata, seminggu dua ini baru aku pasti akan merana bila dia tak ada.

Akhirnya, dia pergi. Bulan puasa itu, berat badan dia bertambah lebih banyak dari bulan-bulan puasa sebelumnya.


Kalau rajin sila baca :-
Kisah Jiwang Karat
Kisah Jiwang Karat 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Sept 2006

Sofa Kereta

Jumaat

Jumpa kain RM5 semeter untuk dibuat sarung kusyen sofa canggih ini. Aku mahu terus pilih corak dan warna yang sesuai.

Bini aku kata... sekejap.. kita kena lawat seluruh stor dulu.

Aku ikut di belakang dengan hati tertutup kerana yang lain harganya lebih daripada RM5 semeter. Aku tahu, bini aku turut menutup hatinya, cuma ingin meronda memenuhi sifat wanitanya.

Sabtu

Pagi, buat "allignment" dan "balancing". Stering tetap bergegar bila cecah 90 km/jam.

Tengahari, tukar "drive shaft". Gegaran dan pertukaran gear yang tidak selesa juga telah hilang.

Petang, kereta aku sudah boleh dipandu laju di lebuhraya kembali.. yehaaa..

Bukan.. aku tidak berniat berlumba... aku cuma mahu sampai ke rumah sebelum waktu berbuka. Itu sahaja.

Kesimpulan

Kalau aku terbeli kain yang lebih dari RM5 semeter, kemungkinan untuk aku selalu berbuka puasa di dalam kereta pada tahun ini adalah sangat besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Sept 2006

Orang Miskin Lama

Aku rasa nak beli telefon bimbit baru.
Aku rasa nak pasang pergola kayu Chengal kat laman rumah.
Aku rasa nak beli bola boling baru.
Aku rasa nak beli komputer riba baru.
Aku rasa nak beli Naza Ria atau Toyota Innova atau Toyota Wish atau mungkin juga Honda Oddesey.
Aku rasa nak belikan anak-anak aku basikal baru seorang satu.
Aku rasa nak tempah langsir mahal macam P-Nut.
Aku rasa nak belanja bini makan kat Menara KL.
Aku rasa nak bawa keluarga aku jalan-jalan makan angin di Eropah.
Aku rasa nak taja semua orang yang baca blog ni ke Perjumpaan Geng Jurnal 2006.

Tapi... aku sedar. Aku bukan kaya betul. Aku kaya hutang. Dan sebahagian besar dari hutang aku yang baru ini adalah untuk abang aku yang menggunakan nama aku sebagai peminjam. Aku cuma tambahkan sedikit nilai yang dipinjam untuk aku bayar hutang aku sendiri yang dah tertunggak.

Maaf ya kawan-kawan. Aku dah kembali miskin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Sept 2006

Pakcik Pokai + Kayo

Hari ini kekayaan aku bertambah hahahahahaha....

Terima kasih Bank Rakyat kerana sudi menambahkan hutang aku untuk 10 tahun lagi.

Tapi 15 minit sebelum aku kaya.......

Entah mengapa kad ATM aku dah tak boleh pakai. Bila aku tanya pada pegawai khidmat pelanggan, dia kata kad aku dah luput tempoh guna. Dia bagi aku nombor giliran dan minta aku tunggu dipanggil ke kaunter. Tunggu dalam 2 minit, nombor aku dipanggil.

Minah Kaunter : Kad encik dah "expired" ni.
Aku: Ohh.. sebab dah lama tak guna ek?
Minah Kaunter : Iya.. sebab caj RM8 setahun tu tak dapat ditolak dari akaun encik. Kalau encik nak sambung penggunaan kena bayar RM8 tu.
Aku: Err.. saya takda lah RM8 sekarang
Minah Kaunter : RM8 takder? (Tunjuk muka heran sambil hulur balik kad ATM aku... suruh aku tinggalkan kaunter dia lah tu)

Aku ambil kad tu cepat-cepat dan terus tinggalkan bank. Malu. Aku takda walau 1 sen pun masa tu.

Masuk dalam kereta dan mula fikirkan siapa yang sudi pinjamkan aku RM8 tu.

Kembali 15 minit ke hadapan semula.

Aku Kayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Sept 2006

Aku Buat Silap?

Korang tahu cara mudah menjawab pada orang yang tegur kesilapan kita?

Kita tidak endahkan teguran itu dan balas dengan menyebut kesalahan orang yang tegur kita itu! Senangkan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Sept 2006

Kepala Sejuk

Arghhh.. Kepala aku sejuk sangat. Itu sahaja yang aku nak tulis.

Update... untuk mengelakkan salah anggapan kepala mana yang sejuk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Sept 2006

Piknik Geng Jurnal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Sept 2006

Penalti

David Beckham pernah.

Roberto Baggio pernah.

Andrei Shevcenko pernah.

Ramai lagi pemain-pemain bolasepak terkenal dunia pernah melakukannya. Mereka pernah menjaringkan gol penting buat pasukan mereka. Mereka pernah menjadi penyelamat pasukan mereka yang diambang kekalahan. Mereka juga dibayar dengan harga yang mahal atas kemahiran mereka itu.

Rabu, 6 September 2006.

Aku juga melakukan apa yang mereka pernah sumbangkan untuk kelab dan negara mereka. Cuma aku tidaklah bermain bolasepak hingga ke peringkat setinggi itu. Aku cuma bermain untuk pasukan jabatan aku sahaja. Namun sumbangan aku sama seperti mereka....

Aku gagal menendang bola ke arah gol yang begitu luas yang dijaga oleh seorang penjaga gol yang begitu kecil sekali semasa mengambil sepakan penalti! Waaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...