4 Oct 2006

22 Tahun Lagi

Hari ini, genap 7 tahun aku berkhidmat di sektor kerajaan. Jadi "hamba kerajaan". Arghhh... kalau umur aku panjang dan tak ada sesiapa yang nak tawarkan aku gaji RM15,000.00 sebulan (dengan kenaikan RM2,000 setiap tahun) + MPV (sekali dengan petrol dan kos selenggara) + waktu kerja 4 jam sehari + internet laju + makan minum dan pakaian ditanggung penuh + tuntutan hospital tanpa had + ... (apa lagi ek?), aku kena hidup bosan lagi 22 tahun. Kalau tiba-tiba kerajaan umum umur bersara wajib naik jadi 80 tahun, bertambah lamalah aku hidup dalam bosan!

Kalau aku bosan, kenapa aku tak berhenti? Sebab aku takut! Aku sudah cukup lama dalam bidang pembinaan ini untuk aku lihat betapa teruknya kesan bila ekonomi merudum. Tambah-tambah macam sekarang ni. Dah dekat 10 tahun, sektor pembinaan ini tak naik-naik macam masa aku "grad" pada 1995 dulu. Bermula 1997, sampai sekarang, ramai yang berebut-rebut nak jadi hamba kerajaan macam aku. Dulu tidak. Masa aku belajar dulu, tak pernah terlintas pun untuk jadi pegawai kerajaan ini. Dan masa aku "grad", kemasukan ke sektor kerajaan adalah secara "walk-in interview". Dan untuk jawatan aku ni, tak ada pun yang berjalan masuk. Semua seronok pergi temuduga dengan syarikat swasta untuk menjawab dua soalan sahaja. Berapa gaji nak dan bila boleh mula. Aku jawab.."Kawan saya dah dapat kerja di syarikat ABC dan gaji dia RMXXXX. Saya pun nak yang sama lah." Penemuduga hanya senyum dan tanya kalau mula minggu depan boleh? "Bolehhhhhhhh" jawab aku.

Selepas 2 tahun kerja di dua buah syarikat, ekonomi mula gawat. Gaji aku kena potong sampai jadi lebih rendah dari gaji mula-mula aku kerja. Hinggalah satu ketika tu, aku sampai jadi jurujual "vacume cleaner" ketuk rumah orang. Mujur "timing" aku pohon kerja kerajaan ni tepat. Daripada hampir 40 orang yang ditemuduga, aku terpilih bersama dengan 14 yang lain. Mungkin sebab utama aku dapat ialah aku jadi jurujual masa tu. Penemuduga pulak pernah beli benda alah Lux tu, jadi dia banyak tanya pasal pengalaman aku jual "vacume" tu. Soalan teknikal ada juga, tapi semuanya mudah aku jawab sebab aku belajar dulu bukan setakat untuk lulus periksa sahaja hahaha. Lagipun, pengalaman 3 tahun lebih sebelum jadi jurujual banyak membantu. Masa aku daftar diri dulu, aku diberitahu bahawa "in-take" kali ini adalah yang terakhir buat masa itu. Lebih setahun lepas aku bergelar pegawai kerajaan itu, baru ada temuduga yang lain untuk isi jawatan kosong yang baru diwujudkan. Alhamdulillah... kalau aku lambat isi borang dulu, aku tak tahulah apa aku akan buat sebab masa tu aku dah tahu sangat, aku ni tak ada bakat jadi "salesman".

Ehh.. kenapa aku bosan pula dengan kerja aku sekarang? Ada banyak sebab. Aku tak boleh cerita semua. Kalau ada yang pantau blog aku ni, tak pasal-pasal aku kena OSA hahahaha. Yang aku boleh bagitahu ialah. Aku tak suka dengan profesyen aku ini. Aku ambil kursus ni dulu pun sebab abang aku yang pilih jurusan dan isikan borang UPU. Aku tak tahu apa yang aku akan belajar masa dapat surat tawaran ke U dulu. Tapi tak semualah yang aku tak suka. Cuma sebahagian besar sahaja hahaha. Lagi satu faktor ialah, aku masuk lewat selepas tamat belajar. Ramai "junior" aku masa belajar lebih "senior" daripada aku dalam senarai kekananan jawatan aku sekarang. Diaorang akan naik pangkat dulu dan aku pula akan pencen dulu waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: