Dah hampir 45 minit aku termenung depan pc ni... nak tulis entri baru tapi aku tak tahu lagi nak tulis apa. Sebenarnya bukan tak tahu nak tulis apa, tapi tak tahu nak tulis yang mana satu. Nak buat lawak atau nak buat citer sedih. Nak buat lawak aku takut takder orang gelak. Nak buat cerita sedih, takut aku pulak yang nangis sorang-sorang haha. Err... kalau entri aku berterabur kali ni, korang maafkan aku jelah ya.
2, 3 hari ni aku sibuk sikit. Sibuk shopping haha. Bonus yang aku dapat dari kerajaan Malaysia ni dah aku habiskan dalam masa 5 jam jer! Pagi-pagi buta lagi sudah keluarkan duit beli bateri baru kereta. Kereta aku tu memang pandai. Kalau dia nak rosak, mesti ngam-ngam masa aku nak dapat bonus lah. Masa aku dapat claimlah. Masa ada orang yang baik hati bagi aku buat loanlah. Tapi kira oklah kan. Kalau dia rosak masa tak ada duit lagi susah kan.
Cerita pasal shopping pulak. Aku bukan nak cerita pasal apa yang aku beli dan kat mana aku shopping. Yang aku nak cerita dan luahkan di sini ialah.. aku rasa sedih sangat tengok keadaan orang-orang yang bershopping sekali dengan aku ni. Aku ni dahlah tengah puasa. Puasa tu bukan makna puasa makan minum je. Tapi kena puasa mata sekali. Tapi macam mana aku nak puasa mata, kalau orang lain tak puasa dari segi baju yang dia pakai? Macamana mereka ni boleh membuat persiapan raya dalam keadaan baju nampak alur dada? Macamana puasa diaorang ni kalau segala lekuk di badan tu orang boleh tengok bentuknya? Dan paling malang sekali, aku ternampak alur bontot masa aku tunduk ke bawah! Suweyy betul lah! Baju tu tak reti pakai yang labuh sikit ker? Dah tau kerja tu kena mencangkung nak ambik baju kat bawah rak tu, pakailah seluar yang cawatnya panjang sikit! Pakai tudung tapi nampak alur bontot! Siol betul.
Ok.. aku nak masuk bab lain pulak. Bab beraya tanpa arwah abah. Terus terang aku katakan, bagi aku hari raya bukanlah masa yang menyeronokkan bagi aku. Perkahwinan Mak aku dan arwah abah aku adalah di antara seorang janda dengan duda. Dua-dua kehilangan suami dan isteri pertama yang telah meninggal dunia. mak aku ada seorang anak dengan suami pertama, abah pula bawak 8 orang anak dari perkahwinan pertama dia. Janda dan duda ini menghasilkan 3 orang anak lagi dan aku adalah yang sulung dalam ketiga-tiga anak dorang ni. Dari dulu lagi bila orang tanya aku ada berapa adik-beradik... aku akan jawab, 3 kalau yang sama mak dan bapak. 11 kalau yang sama bapak tapi mak lain. dan 4 kalau yang sama mak tapi sorang bin lain. Semuanya 12 orang. Paham tak ni? Tak paham sudah. Abah aku meninggal masa aku tingkatan 4. 18 tahun yang lepas. Sejak dari itu, seronok beraya aku hilang sekali. Oleh kerana aku takut nangis pulak malam-malam buta ni.. aku stop cerita tu takat ni jer. Cukuplah aku katakan, mak aku bukanlah mak kandung abang-kakak yang sama bapak dengan aku. Dan yang sama mak dengan aku tu, memang dah lama buat mak aku bersedih bila time raya. Dia tak suka beraya dengan saudara tiri dia agaknya. Makanya, mak aku selalu bersedih di pagi raya kenangkan abang aku yang bin tak sama ni. Paham tak ni? Kalau tak paham tanya ya hehehe.
Raya kali ini, giliran aku balik ke kampung bini aku pulak. Kiranya, aku dapat rasalah balik kampung untuk beraya macam orang lain. Kalau giliran aku, aku cuma raya kat rumah ni jer sebab aku dah tak ada kampung. Masalahnya, mak aku akan beraya di sini dengan seorang adik aku yang masih bujang. Malam raya nanti, mungkin hanya tinggal diaorang berdua je. Paling kuat pun, tunang dia akan beraya kat sini agaknya. Tunang dia ni orang Indon, jadi kemungkinan besar dia raya kat sini lah kot. Pagi raya nanti, barulah ada 2, 3 orang abang kakak aku yang akan datang. Tapi dorang datang nak makan jelah. Dorang takkan datang tido sini dan tolong mak aku sebab rumah ni rumah aku, bukan kampung dorang dan mak aku, bukan mak dorang. Adik bujang aku tu pulak bukannya tinggal kat sini, maka dia tak kenal dengan orang2 kat sini. Memang rombongan takbir rumah ke rumah tu takkan singgah sinilah. Kalau aku ada, dah tentu rumah aku akan di takbir sebagai rumah terakhir kira-kira pukul 1 pagi!
Sebelum ni, bila giliran aku balik kampung bini, mak aku ada juga balik beraya di rumah mak sedara dia di Melaka. Tapi mak sedara dia dah meninggal. Jadi dia tak nak balik Melaka dah. Kalau dia di Melaka, senang sikit aku. Raya kedua aku akan lari sekejap dari Segamat pergi jumpa Mak aku kat melaka. Mak aku pulak siap cakap tak nak balik Melaka langsung tahun ni sebab dah bosan asyik dia je yang pergi rumah orang. Orang tak datang pun rumah dia ni (rumah aku le tu). Nak buat camna, rumah aku ni dah dichop ulu banat bagi setengah sedara mara aku. Tahun lepas, aku kakak aku yang datang Kualal Lumpur ni pergi rumah pakcik-pakcik tapi tak datang pun rumah aku jenguk mak aku tu. Itulah masalahnya. Ini rumah aku dan mak aku bukan mak dorang. Mungkin bagi dorang bila dah jumpa Mak aku masa kat Melaka dah cukup dah. Tapi bagi Mak aku tidak. Dia mahu anak-anak tiri dia datang jenguk dia kat rumah yang dia tinggal ni. Alasan dorang rumah aku jauh, tak sempat nak datang.
Kadang-kadang aku pening bila raya ni. Tanggungjawab aku sebagai adik, aku kenalah pergi dapatkan abang-kakak aku dulu. Tapi Mak aku pulak kalau boleh nak dorang jenguk dia dulu di sini. Susahlah beraya macam ni! Kalau Mak aku tak balik Melaka tahun ni, aku akan tambah pening. Takkan aku nak patah balik balik ke Sungai Buloh ni dan kemudian turun balik ke Melaka? Kat Johor pun ada banyak rumah nak kena pergi. Kalau aku ronda Melaka dan Johor dulu baru balik sini, mahu dekat seminggu raya baru aku jumpa mak aku. Mesti dia sedih sangat nanti. Aku harap sangatlah Mak aku akan ikut salah sorang abang aku yang akan datang sini masa raya pertama nanti balik Melaka.
Abang-abang dan Kakak-kakak aku pulak satu hal lagi. Sejak abah kami takder ni, ada sahaja pergaduhan dorang ni. Gaduh bukan takat sehari atau sebulan dua. Gaduh jenis makan tahun wei! Tahun ni dah tahun ketiga dah kot, dorang ni berpecah. Aku jugak pening kepala sebab aku tak gaduh dengan sapa-sapa. Masalahnya, kalau aku konvoi dengan yang belah kanan, belah kiri marah. Pergi rumah yang belah kiri pulak, yang kanan pulak tak puas hati. Aku kena pastikan kedua belah sayap ni tak bertembung di rumah sedara yang nak aku ziarah. Dah lama dah aku tak rasa serbu rumah pakcik aku secara serentak sampai tuan rumah tak mampu nak layan macam dulu-dulu. Mahu tak terlayan, sekali datang sampai 10 kereta haha. Kata-kata ayng aku selalu dengar sekarang.."Abang X dan Kakak Y kau tu baru je balik tadi" Memang aku tahu dorang baru datang sebab aku kena pastikan dorang dah jalan rumah lain baru aku sampai dengan sayap yang lagi sebelah ni. Kiranya aku ni kan, kejap jalan dengan geng kanan, esoknya jalan dengan geng kiri pulak. Susah!!!!!!! Mungkin bila ada kematian baru dorang ni berbaik semula macam dulu!
Ok. Aku berhenti menaip. Kalau korang rasa lawak, korang tolong gelak ya. Kalau ada yang rasa sedih pulak, tolong nangis sikit2 ya. Aku sendiri tak tahu nak gelak ke nak nangis! Yang aku tahu, sejak ada keluarga sendiri dan punya anak kecil ni barulah aku rasa meriah balik raya ni sebab seronok tengok gelagat dorang. Kalau aku bujang lagi, aku rasa, tak payah raya lagi bagus.
No comments:
Post a Comment