20 Nov 2006

Lepas Rapat



untuk laporan sila klik sini.

Laporan versi aku? Takda. Harap maaf. Aku tak reti buat laporan sebab aku bukan wartawan. Yang pasti, mamat tukang jaga lap top ini, telah buat aku tak senang duduk. Dia telah secara tak sengaja memaparkan senarai calon-calon shortlisted untuk Weblog Baru Terbaik pada pusingan pertama penyampaian anugerah. Aku pula, secara tak sengaja telah ternampak senarai itu. Nasib baik aku dah makan banyak-banyak masa tu.

Dah dekat hujung majlis, barulah nama blog ini secara rasminya diumumkan sebagai calon-calon Anugerah Weblog Baru Terbaik. Tak sangka betul. Aku tahu OP yang calonkan aku sebab aku telah secara tak sengaja terjumpa senarai semua pencalonan beberapa hari sebelum hari kejadian. Tapi aku tak sangka pulak akan disenaraipendekkan haha. Bila diumumkan pemenangnya..... errr... frust jugak. Siapa yang tak nak menang kan hehe. Tapi, bila dipikir-pikirkan balik.... gila apa? Takkan blog aku ni blog baru terbaik yang wujud tahun ni kannn. Lega pun ada. Kalau aku menang... pasti ramai yang akan mengata juri pulak "Laaaa.. macam ni pun boleh menang ke?" Expectation semua yang singgah kat sini mesti akan jadi tinggi jugak kan. Blog baru yang menang kategori ini adalah Afro & Tapai. Tahniah buat mereka berdua. Sayangnya dorang tak datang hari tu.

Tengah dok layan kepala yang masih frust tak dapat anugerah yang sangat berprestij tu, aku dapat SMS....

Alhamdulillah, Abg R dan Kak C dah ok, syukur


Gembiranya aku! Abang dan kakak aku ni dah tak bertegur sapa lebih 2 tahun! Aku pernah cerita pasal adik beradik aku yang ada sayap kiri, sayap kanan kat entri Raya Sebiji Rambai dulu. Bila abang aku tengah sakit sekarang ni, barulah akhirnya mereka bertemu. Alhamdulillah. Lepas ni, kalau aku buat kenduri kat rumah aku, tak perlu lagi kena pastikan dorang berdua ni datang waktu lain-lain!

Ok.. berbalik kepada Rapat06.... apsal korang tak datang ek?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: