25 Aug 2010

Birthday Yang Mengantuk

Berat sungguh mata aku masa memandu ke pejabat tadik. Biasanya ada teman kat sebelah.. jadi kalau ngantuk sangat ada yang tolong picit atau cubit untuk hilangkan rasa nak pejam mata tu. Bini takde lah pulakkk. Dan aku telah bertekad untuk tidor dulu bila sampai kat opis ni.

Sebelum nak lelap sekejap, sebagaimana biasa, duduk jer mesti bukak pc dulu. Bila pc dah bukak, mestilah chek email dulu. Mak aiii.. banyaknya ucapan untuk aku di facebook. Mata terus jadi segar dan baca email satu persatu. Sayangnya, aku tak boleh nak bukak FB kat opis ni. Dah masuk hari ketiga FB dilembabkan perjalanannya.... ia tidak diblok terus sebab kalau awal pagi dan lewat petang, FB masih boleh dibuka. Cuma kadar kelembaban FB tersebut akan membuat anda menjadi seperti arnab yang sempat tidor dahulu sebelum si kura-kura sampai.

Oleh kerana aku tak boleh bukak FB sepanjang hari ini, di blog inilah aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas semua ucapan yang diberikan. Tak sangka betul.. ramai yang ingatkan aku lagi. Untuk korang, terimalah sebuah lagu yang aku karang sendiri liriknya :-

Termenung ku sendiri
Mengenangkan bini pergi Sabah
Susahnya aku nak bangun sahur tadik
Hampir-hampir terlajak ke pagi

Di pagi yang mulia
Hati sayu kena hidang sendiri
Biasanya semua makanan dah ready
Tunggu aku di atas meja

Apa nak dibuatttt
Bini aku kena pergi Sabah
Walau di hari lahirku
Dia pergi kerana kerjaaaaaa

Kepada semua teman
Yang sangat-sangat aku sanjungi
Terima kasih atas segala ucapan
Maafkanlah segala kesalahan
Terima kasih atas segala ucapan
Tahun depan buat lagi sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

Nur Hasyimah Mahasan said...

alahai ciannyer dier..takpe la kan..sekali sekala..semalam diriku berbuka pun ngan irsyad je...my husband plak bukak kat luar

RaYzeef said...

selamat hari lahir lan:)

nanti hari sabtu di Balai SeniLukis kami bawak tepung untuk ko dan Noh ya...

apsal ko punya pantun tak rhyme? puisi kot ke syair ni??..he he

Lida Rahim said...

td dah nak wish kat fesbuk.. br je nak taip 'Se' dah kene blog.. hehe

epi bestday en. lan

dah en. lan mintak mahap tu, saya pon nak gak mintak mahap kot² ada yg terrrrrr sepjg kat opis ni.. huhu (sampai bile² pon maafkan lah ye.. tak kira r raya bila... ahaks)

Lan Rambai said...

syimah.. terimakasih atas kesian mu itu..
razif... itu lirik lagu daaa... lirik lagu boleh main ikut suka je kan kan kan
axelida... tenkiu dan saya memang selalu maafkan orang yang selalu buat salah dgn saya hahaha

sinomosa said...

Waachhaaa..Senior Agustus..

Happy Born Day En Lan..
Sy dah wish kat fesbuk, tp disbbkan fesbuk kat opis adalah lembap berbanding kat umah sy yang laju ketika ini [sy kat umah muahaha <-- i'm not feeling well, ahaks siap mentioned] so sy ambik kesempatan wish sekali lagi laa eks..

Many happy returns & May Allah bless u & family now & poreber..

Wah sayu lagu tue mengalahkan lagu raya waka waka eh eh..rileks argh en Lan, augustus jiwa mesti kental hihi

Lan Rambai said...

cik samosa... terima kasih atas ucapan... lagu tu memang sayu... sampai menitis air mata masa karang lirik tu hahaha

aku said...

heppi belated besday en lan.. hope skang nie. wah sejak biler leh jadi komposer/penulis lirik nie ha..ha..

Lan Rambai said...

aku... terimakasih walaupun belated hehe