Kenapa kena ada tazkirah ek? Solat terawih dah ler. Ceramah bulan lain pun boleh. Terawih masa Ramadhan jer kan kan kan. Moreh pun ada masa Ramadhan jer. Bila ada tazkirah, terawih lambat mula dan moreh pun dah sejuk. tak sedap.
Kenapa kena dengar tazkirah ek? Sebab kita tak paham bahasa arab! Kalau kita paham bahasa arab, tak perlu ada sessi khas tazkirah... sebab sambil dengar imam baca ayat Al-Quran dalam Terawih, itu dah jadi tazkirah buat kita. Tapi kita tak paham bahasa arab, kenalah ada sessi khas untuk terangkan tentang apa yang ada dalam Al-Quran.
Tak suka dengar tazkirah ke? Pergi belajar bahasa arab dulu ya.
3 comments:
Salam.
Cuma nak sampaikan pndangan..
Dalam setahun Allah SWT berikan kita 12 bulan utk beramal & menuntut ilmu. Tetapi Allah SWT berikan keistimewaan bln Ramadhan utk kita Berpuasa & Berterawih. Solat sunat Terawih Khusus hanya boleh dilakukan pada Bln Ramadhan SAHAJA..
Oleh itu, manfaatkan & hayatilah sepenuhnya Keistimewaan Solat Terawih itu.. Kita ada 11 Bln lagi utk adakan majlis Tazkirah tu..
Blh juga buat waktu kuliah Subuh ke, kuliah zohor ke.. Tp waktu malam.... please... berilah peluang utk menikmati Solat Terawih. sekian...
Saudara arepeace... ni apis yang kat opis atau apis yang mana ek sebab profilenya tak boleh bukak pulak.
Apis baca betul-betul tak disebalik ayat simple saya mengenai tazkirah ni?
"Kalau kita paham bahasa arab, tak perlu ada sessi khas tazkirah... sebab sambil dengar imam baca ayat Al-Quran dalam Terawih, itu dah jadi tazkirah buat kita. Tapi kita tak paham bahasa arab, kenalah ada sessi khas untuk terangkan tentang apa yang ada dalam Al-Quran."
Apis juga tahu tak yang terawih tu tak semestinya dibuat sebaik saja selesai solat isyak macam yg kita biasa buat tu?
Apis juga tau tak berapa ramai yang datang dengar ceramah sepanjang 11 bulan yang lain tu?
Apis tau tak maksud tazkirah tu apa? peringatan.. just a peringatan... bukannya ceramah tau. kita ni perlu selalu diberi peringatan.. kalau tak diingatkan nanti kita cepat lupa. Kita perlu diingatkan tentang keperluan berpuasa itu setiap tahun. kalau tak diingatkan, takut2 kita ingat puasa utk tahan lapar, dahaga dan seks sahaja.
Akhir sekali nak tanya apis... menikmati solat terawih tu macamana ek?
terawih itu sunat.. tazkirah (mendengar peringatan, menuntut ilmu) adlah wajib, tak kiralah bulan ape sekali pun..
Post a Comment