8 Aug 2014

Wasiat Bahagian Pertama

Pemergian Arwah abang saya tanpa meninggalkan balu dan anak telah menyedarkan saya betapa pentingnya ilmu dan pengetahuan tentang wasiat, hibah dan faraid. Setelah habis saya kaji nanti, saya akan kongsikan di blog ini. Setakat ini yang saya tahu ialah saya sendiri tidak layak mendapat sebarang pusaka Arwah kerana saya berlainan ibu dengan Arwah dan wasiat kepada bukan waris ada had tertentu.
Persoalan lain antaranya adalah berkenaan....
Hulum Wasiat kepada waris?
Wang gratuiti terbitan kerana meninggal dunia semasa masih dalam perkhidmatan kerajaan?
Takaful/insurans nyawa?
Mrta rumah?
Hutang piutang?
Duit sumbangan orang ramai?
Bantuan urus jenazah kakitangan kerajaan?
Anak angkat?
Ibu tiri?
Cukai pendapatan?
Zakat?
Oooooo. . Pening oooo. Soalan saya kepada beberapa perunding wasiat tidak dijawab terus kerana perlukan kajian dibuat terlebih dahulu.
Kalau kita benar - benar yakin yang kita akan mati pada bila-bila masa, sudah pasti kita akan jadi sangat bimbang jika kita masih belum sediakan wasiat.....macam saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Anonymous said...

Salam. Saya menunggu bahagian ke 2 kerana ingin belajar dan mengambil iktibar. T. kasih.

Lan Rambai said...

Maaf lambat update. Wasiat bahagian kedua baru ditulis.