17 May 2006

Conteng Dinding Sekolah

Bestnyaaaaaaa... dah tua-tua ni baru dapat merasa menconteng dinding sekolah.. dalam pusat sumber pulak tu... Mula-mula si Kudin ngan Lanz conteng pakai kapur based on design yang dah dipersetujui oleh tuan pengurus pusat sumber. Selesai contengan kasar diorang, maka bermulalah kerja-kerja mewarna mural tu. Aku cuma sekadar menjenguk sesekali sebab aku lebih berminat menggunakan kepakaran mengetuk paku dan memotong kayu untuk dijadikan pentas mobile tempat menguji bakat bercerita anak-anak SKSU kelak.
Hasil Hari Pertama


Lepas aku selesai tolong Roin ngan Bang Raja buat pentas, aku tengok si Berlingo dok mengecat mural tu. Aku ni takut nak pegang berus sebenarnya.. tapi kalau Berlingo boleh buat.. dah tentu aku boleh punya.. Maka, aku pun dengan terketar-ketar memulakan pengecatanku. Terketar takut Kudin marah rosakkan hasil seni dia. Lepas dua tiga stroke memberus, ketaran aku tiba-tiba hilang. Sebabnya aku tengok orang lain pun (kecuali Kudin, Lanz dan Roin) sama kelas macam aku hahahaha. Habis meleleh-leleh cat tu. Budak bertiga dalam kurungan tadilah yang akan adjust balik mana-mana bahagian yang tak senonoh.
Dah Siappppppp


Akhirnya selepas 2 hari luangkan masa kat Psat Sumber SKSU... nama aku tertera di sudut bawah mural tu hehehe.


Nota Kaki - Gambar-gambar sumbangan Lanz Astro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Anonymous said...

Selamat bermural. saya pun sudah lama tidak mengasahkan bakat!