22 May 2006

Sosej! Sosej!


Mari-mari Beli Sosej



Pertama kali mencuba berniaga guna modal sendiri.. (modal mak aku sebenarnya hehehe). Seronok rupanya berniaga ni tapi penatlah. Waktu puncak adalah ketika peserta-peserta nasyid tengah dok tunggu hakim kira markah. Bebudak tu haus sangat kot sebab time tu dah dekat pukul 12 tengahari dah.

Plan asal nak jual dadih, tapi sebab supplier serbuk dadih buat hal pulak last minute, tak dapatlah wife aku buat benda tu. Mujur masa kat Makro aku tengok air kotak berlambak-lambak kat situ... terus aku terpikir nak jual air kotak tu. Kalau tak, cuma dapat jual sosej + nugget dan pelbagai bebola yang cucuk kat lidi tu jer. Kerepek yang korang nampak kat gambar ni milik rakan kongsi gerai aku. Kongsi gerai jer.. akaun lain-lain.

Cuma aku frust sikit sebab aiskrim malaysia special cuma dalam 15 batang je yg jadi keras. Salah bajet lah. Buat pun last minute.. dulu masa try buat dalam 20 batang, 5, 6 jam dah keras dah dalam fridge aku tu. Rupanya bila dah disumbatkan sampai hampir 150 batang... hampehhh.. Takder rezeki aku tang situ rupanya.

Ermmm.. bila lagi ada program camni ek? Orang Malaysia suka makan sosej weiiiiiii.

PS - tarikh pada gambar tu salah lah.. patutnya 20/5/2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: