2 Jun 2006

Abang Demam

Semalam aku cuti kecemasan. Abang demam panas. Kesian aku tengok dia. Melepak jer.. suruh makan tak nak, minum tak nak... makan ubat lagilah dia tak nak. Rindu nak tengok dia terlompat sana-sini, bergusti dengan Adik, naik basikal ronda satu taman, bergaduh dengan Kakak... Bila dia sihat, geram tengok perangai dia yang macam tak pernah penat. Ada sahaja yang dia buat untuk dapatkan perhatian orang macam bunuh remote Astro, sepak terajang Ayahnya yang baru nak berbaring depan TV, minum air tin Kakak sampai habis, buat sommersault kat sofa, buat "pacak" guna basikal kawan dan macam-macam lagilah. Sekarang ni bila tengok dia baring lesu jer 24 jam... alahaii.. siannya tengok dia. Bagi aku, biarlah rumah aku hiruk-pikuk dengan jeritan aku sendiri marahkan dia daripada aku kena merayu dia makan ubat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

Hmm Bapa Mithali nih..bestnyaaaa

Lan Rambai said...

Bapa mithali? ermmm.. semua bapa adalah bapa mithali.. kalau bukan bagi orang lain, paling kurangpun pada anak beliau sendiri.

KUDIN.. said...

bapa mithali ok...kalu jadi suami Misyar lagi best...he..he..

KUDIN.. said...

oooii..komen kat aku punya pulak...

ontahsapo said...

dia tgh kumpul tenaga dalaman tu...kau sabar la..nanti kau jugak yg tahu...

Pnut said...

Apa perkembangan terkini kisah tak basuh telekung tu? ada kabar gumbira??? heheheh busy bodynya aku....

Lan Rambai said...

Kudin : Suami misyar ke misya omar?
Ontah : Aku rasa lepas dia baik nanti.. makin tunggang-langgang rumah aku hahaha
Pnut : Pasal telekung tu.. dah basuh dah pagi tadik.. sebab dah lama tak basuh.. guna telekung lain pulak :)

blackpurple @ jowopinter said...

Kesian abang...

Dia dalam tempoh 'berehat' sebelum 'mengganas' semula tu sebenarnya...hehehe

Unknown said...

tumpang lalu yeee..

encik rambai...x letak tagboard ke ?..

Lan Rambai said...

BP : Betul jugak.. petang ni dah ada tanda-tanda dia nak mengganas balik dah ekekeke
Faza : Sila baca post Tak Tahu Malu.

Akima Akatoman said...

salam kenalan..
aku ayah kepada sorang anak..
seronok baca coretan lanrambai ngan telatah anak-anak.

KAMATO said...

tenguk dia baik, wresling balik bapak dia...

myberlingobox said...

Lan Rambai - Bapa Mithali Saujana Utama