Khamis 12.35 t/malam
Bosannya akuuuuu.. dah dekat nak mula World Cup ni, decoder Astro aku buat hal pulak. Langsung tak keluar apa-apa pun.. hampeh betullah. Nak kena keluar duit le jawabnya. Sebelum ni memang dah selalu menatang tu buat hal tapi taklah sampai shut down terus sejak aku balik kerja sampai sekarang macam malam ni.
PC aku pun satu hal jugak. Internet kat umah aku ni pakai USB Wifi Adapter. Kitaorang share 30 orang guna Streamyx Enterprise ke apa tah namanya tah… letak kat rumah Arif dan pancar pakai Wifi melalui antenna buatan sendiri yang dipacakkan di puncak surau. Masalahnya sekarang, USB port aku tu tah apa kena tah, selalu “hilang” ghaib tetiba jer. Kekadang dapatlah dalam ½ jam melayari sesawang ni… tapi yang selalunya dalam seminit dua jer terus hilang connection. Kalau rosak betul-betul mesti tak boleh dapat connection langsung… ini kejap ada, selalunya tak ada.. arghhhhhhhhh
Mata aku tak ngantuklah pulak.. semangat nak World Cup le katakan…jadi aku taiplah entry aku ni guna Words. Tak tahulah bila dapat publish kat blog. Nak kacau bini… dia tengah demam lah pulak… Ganti tempat Abang yang dah sembuh tu. Abang seronoklah.. boleh bergusti balik dah. Aku?? Arghhhh… Bini aku pun dah start tak lalu nak makan dah ni.. terutamanya ayam. Tiap kali ada isi dalam perot dia tu mesti tak selera tengok ayam. Apsal ek? Nasib baik aku sentiasa selera tengok dia ekekeke.. melalutlah pulak aku ni.
Sejak bukak blog ni… aku rasa tak pernah aku tulis panjang-panjang. Rasa macam menyusahkan orang jer kalau nak kena baca apa yang aku tulis kalau aku karang panjang-panjang. Tapi kali ni.. siaplah korang…. Aku nak tulis seberapa panjang yang boleh ekekeke… sampailah mata aku ni menyerah kalah pada sinaran monitor pc ni. Korang nak baca sampai abis lagi bagus. Kalau tak larat…. Korang boleh copy paste ke word ker.. dan print cantik-cantik. Buatkan kulit sekali.. lepas tu buat spiral binding ke stapler binding ker… baca masa kat atas katil sebelum korang tidor. Kalau malas jugak nak baca.. letak bawah bantal tu dan tepuk 3 kali sambil ko jerit nama aku kuat-kuat. Aku akan cuba untuk masuk dalam mimpi korang dan tolong bacakan…
Korang ingat tak bila kali pertama korang jumpa bini/laki/awek/balak/kekasih/janda/duda korang? Aku? Mestilah aku ingat.. kalau tak, takkan aku tanya soalan tu. Tarikhnya 20 Oktober 1995. Ya… dah hampir 11 tahun aku kenal bini aku. Macamana aku jumpa dia? Ermmmm.. kisahnya begini…..
Pada suatu masa dahulu…. Aku cuba nak ngorat budak junior aku... tapi….ngoratan aku gagal sepanjang aku study dulu. Namun, masa aku dah kerja kat KL dan dia masih belajar kat JB, aku yang gigih berusaha ini tetap cuba nak ngorat dia. Manalah tau.. bila dah ada kerja ni.. baru dia nak terima aku. Masa aku study dulu… nak makan nasik pun selalu duit tak cukup…. nak belanja dia makan.. ermm jauh sekalilah. Aku cuma gunakan kata-kata aku dan kehenseman aku jer untuk ngorat minah tu. Moga-moga berkat titik peluh aku sendiri ni akan membuka pintu hati S untuk menerima diri ini…. chewah.. macam novel remaja lak entry aku kali ni.
Sampai sekarang aku tak tahu adakah dia pernah menerima ngoratan aku tu… Sebabnya…. Kalau aku telepon dia…. Asyik aku jelah yang bercakap.. dia cuma ah..ah..ah jer…. Bukan arghhhh..arghhhh..arghhh ya! TETIBA…… dengan takder apa-apa petanda atau petunjuk.. dia call aku… buat pertama kalinya dalam hidup dia, dia call aku!!! Warghhh.. bestnyaaaaaaaaaaa. Kalaulah dia suruh aku turun JB jumpa dia pada masa tu… gerenti akan aku tinggalkan kerja aku serta merta dan terus menuju ke Puduraya untuk menemui dirinya… masa tu mana ada kereta lagi.. takkan nak naik EX5 sampai JB?. Rupa-rupanya….. dia nak mintak tolong carikan maklumat untuk tugasan dia. Ermmm.. takpelah.. maknanya ada jugak guna aku pada dia… Aku janji untuk tolong carikan maklumat tu dan memaklumkan bahawa aku sendiri akan menghantar benda alah tu guna tangan aku. Dia suruh guna tangan Pos Malaysia jer.. tapi aku tetap dengan pendirianku. Tangan Pos Malaysia tak best kata aku. Sukahati awaklah.. jawab dia sambil ketawa manja.
Selidik punya selidik… dapatlah aku jumpa sumber maklumat yang dikehendaki tu. Petang itu…. ya petang dua puluh haribulan Oktober sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh lima yang bersejarah itu… aku bersama Mok yang sedang membuat praktikal di firma tempat aku kerja, beriringan menuju ke Melawati dari Subang Jaya menggunakan motor cub kami. Aku naik EX5 aku… dia bawak EX5 dia. Hujan lebat tak diendahkan sebab aku pakai baju hujan. Si Mok malu nak pakai baju hujan.. tak macho katanya… (percayalah.. ada yang anggap lepak bawah jambatan semasa hujan adalah lebih jantan daripada memakai baju hujan!!) Sebenarnya hujan tak ler lebat sangat pun.. jadi si Mok ni takder lah ajak aku lepak bawah jambatan petang tu. Sampai kat Setapak.. dia gelakkan aku sebab kat Setapak panas terik. Aku sorang jer yang bawak motor pakai baju hujan…. Masa ni aku pulak yang terasa bengong tapi tak kuasa aku nak berenti semata-mata untuk bukak baju hujan tu…. Kalau tetiba hujan balik, nak kena berenti lagik.
Selepas bermotosikal secara bersaing-saing dan sesekali membuat pacak..(hat ni aku tambah cerita sebab aku tak pernah berani nak buat aksi giler sebegitu) akhirnya.. lebih kurang jam 7 malam, kami selamat sampai di pejabat kawan Mok. Kawan Mok ni lah yang menjadi sumber kepada maklumat yang aku carik tu. Lupa nak cakap pulak tadi, Mok juga perlukan maklumat yang sama seperti minah yang bernama S tadik. Dah tak ingat sapa S pulak? Gi baca dari mula balik ekekeke.
Rupa-rupanya kawan Mokh ni perempuan… “Kenalkan.. ni Emy…. ni Lanrambai”. Entah kenapa…. Hati ini terasa seperti disentuh semasa aku pertama kali menatap wajah itu. Rasa berdebar yang amat sangat. Macam pernah aku rasa sebelum ni.. tapi di mana ya? Ohh…. Aku letakkan hujung jariku di leher dan aku membilang jumlah denyutan nadiku selama seminit… ternyata.. inilah denyutan yang paling laju pernah aku rasa. Denyutan gelabah dan gumbira tak tahu kenapa. Adakah disebabkan oleh senyumanmu wahai kawan Mok? Sungguh manis sekali senyumanmu kala itu kurasakan. Keceriaanku sejak pagi kerana berjaya mencari maklumat yang dikehendaki S tiba-tiba bertukar dengan keterpesonaan aku menatap wajah mu Emy! Bukan setakat wajah.. malah.. langkah penuh sopan-santun dan adab tertib dirinya membuatkan aku terus melupakan S yang ada ciri-ciri ganas sedikit. (Dah jumpa yang lain baru perasan S tu ganas hahahaha) “Woi! Hang nak ke tak nak ni?” Terkezuttt aku diterjah si Mok. Mestilah nak.. takkan datang jauh-jauh tak ambil pulak dokumen tu. Lagipun aku telah berjanji dengan seorang rakan lain untuk ke JB pada malam itu jugak. Dah kebetulan dia nak ke JB jumpa awek dia, aku nak tumpang lah.
Kami melangkah pergi meninggalkan pejabat kawan Mok tu. Semasa sedang memakai helmet… Mok usik aku suruh ngorat kawan dia tu. Aku cuma senyum jer… senyum malu ahhhhh. Dah siap nak merempit balik, kami menuju ke destinasi masing-masing. Mok balik ke Shah Alam. Aku terus ke Pandan. Kepalahotak aku dok menayang kembali senyuman si Emy tadi. Alhamdulillah….aku selamat sampai ke Pandan 20 minit kemudian. Kat Pandan ni rumah kekawan study aku. Mamat yang aku nak tumpang tu bukan tinggal kat situ pun tapi kat situlah tempat bertemu yang dipersetujui sebab aku tak tahu rumah dia kat mana. Sementara menunggu supir aku datang… sambil menghisap rokok… “Aku jumpa awek yang bakal buat mak aku suka lah tadik Kecik… Rasa malas pulak nak gi JB ni”. Kecik hanya sengih jer dengar cakap aku tu.
Tetiba telefon rumah tu berbunyi..(ni zaman handphone hanya untuk yang kaya-raya dan tak malu nak bawak handset besor gedebuk disamping bateri spare dalam poket depan) “Lan… kereta Atuk tayar pancat lah…. Dia tak jadik gi JB”….. Tak tahu kenapa.. aku jadi gembira mendengar perkhabaran itu. Bukan aku gembira kawanku ditimpa kesusahan nak tukar tayar pada malam itu.. bukannnn…. Aku gembira kerana aku tak jadi ke JB dan hantar dokumen tu. Tetiba aku rasa…. “Ahh.. Si S ni bila nak gunakan aku barulah carik aku… selama ini dia tak pernah endahkan pun wajah tampan aku ni… lantak ko lah…malas aku nak bagi benda ni.” Sejak malam itu… aku tak pernah hubungi S lagi. Dia ada menelefon beberapa kali bertanyakan maklumat yang dia mintak tolong tu… tapi aku tipu dia hidup-hidup. Aku kata aku tak dapat hahahahaha…. Baru padan muka dia.
Alamak.. panjang lagilah cerita aku ni…. Tak larat ahhh nak tulis lagik. Lain kali sambunglah.
11 comments:
Sambung lah babe.. tergelak aku baca masa kao tak sempat nak tukau baju hujan tuh walaupun panas terik sebb takut ujan balik....
Wei..nie boleh buat Drama bersiri nie dalam slot Samarinda...
sampai ngantuk dibuatnye.....
sesekali menjiwang ok jugak....
best2x.. bila nak buat episod seterusnya..?
Komeng... patutlah anak ko malas membaca ekeke
Mlanz, samurai dan raiedzal... korang kena tunggu mood nak menulis aku datang balik hahaha
OS.... jiwang ngan bini takper ekekeke
penat2 baca pun best jugak, bila nak sambung?
ha ha,
tahniah la di atas kehadiran org baru. yg ke nerapa nie? semoga murah rejeki dan dirahmati insyaAllah.
by the way, terima kasih pasal add blog aku. aku dah add blog ko.
Kamato: tenkiu ahh walau penat sudi membaca jugak...
kingbinjai : anak ke empat. hidup bloggers ni kan kena saling add meng add hehehe
lan....macam pernah ku dengar cerita ni...tapi kat mana ye....ataupun kau olah balik cerita aku yang aku pernah cerita kat kau...ahhahahahahaha....
lan kalu nak buat mini drama utk cerita ni..aku dan berlingo boleh tolong buat..dlm bentuk vcd..hahahahahaha..
kudin: ko baca betul2 ke tak ni? takder sangkut paut pun dgn cerita ko tu wei...
Post a Comment