16 Jun 2006

Aku Boss

Aku tak sangka betul. Tak sangka ada Lanrambai lain di dunia ini. Selama ini aku sangka aku seorang jer pakai nickname tu. Cik AnitaA meroyan telah menyedarkan aku bahawa nama itu bukan hak aku seorang. Orang itu pernah menjadi boss kepada Wan Azham. Orang itu mempunyai lubang hidung yang kembang. Orang itu mempunyai jari yang jegang....err... apa maksud jegang ek? Orang itu juga sudah kematian abahnya. Orang itu mempunyai seorang kawan yang selalu meroyan sehingga sanggup memanggil anak Lanrambai itu baghral kelohom. Sayang sekali.. Cik AnitaA ini hanya pandai meroyan di blog orang tapi takut memperkenalkan dirinya. Email yang diberikan tidak ada Anita yang menghantar surat meminta kepastian adakah Lanrambai penulis blog ini adalah orang yang sama dengan boss Wan Azham itu.

Wahai Cik Anita.... saya tidak kenal siapa Wan Azham. Saya tidak pernah menjadi boss kepada Wan Azham. Saya kurang periksa sama ada lubang hidung saya kembang. Saya tidak tahu makna jari jegang... jadi tak dapat nak berikan maklumat tentang hal ini. Abah saya telah meninggalkan saya pada 20 Mac 1988. Saya takkan ambik kesempatan mengecas bateri saya semasa memandikan anak perempuan saya. Saya juga tidak sebodoh Pak Pandir yang memandikan baby dalam kawah mendidih!

Wahai Wan Azham. Cik Anita kata kamu sering menjenguk di blog ini dan blog Sinaga. Tapi kenapa hanya berkirim salam melalui Cik Anita ini? Kenapa tidak anda sendiri yang menyampaikan salam anda sendiri? Apa kata kalau anda yang memperkenalkan diri anda kepada saya? Mungkin saya terlupa akan kehadiran diri kamu... walaupun setakat ingatan saya sekarang tidak ada memori langsung mengenai sesiapa yang bernama Wan Azham.

Setelah membaca entri ini di blog Abdullah Jones... aku jadi makin bingung. Adakah AnitaA meroyan ini orang yang sama dengan tukang komen Anonymous yang mengakhiri komennya dengan nickname Puteri? Adakah Puteri ini orang yang sama yang memberi komen sebegini:

Putihalibutapasalpantangnampakmustihina said...

Azalan Hussain makan ubat penenang, penah masuk wad neurologi(sakit otak ke weh?)
Oit oit! Wad giler tanjung rambutan kosong satu katil untuk kamu!

1:16 AM

makangajibutakenabuangkejakesianyer said...

Ermm..rakan sekerja diDawama terutama wan azham,kirim salam,katanya dia mengidap penyakit sawan babi keturunan.



Dawama? Wan Azham? Rasa macam pernah dengar nama tu.. tapi di mana ya.. ehh.. kat msjbox aku rupanya. Aku pernah jadi Boss Wan Azham di Dawama ke? Gilosss.. aku ini kerja bidang tukang-tukang bikin rumah, masjid, pejabat, jalanraya dan kini hanya tumpukan pada sungai. Apa barang aku nak jadi boss Wan Azham kat Dawama? Yang aku tahu pasal Dawama ni dorang jual buku dan sama-sama buat heboh dengan TV3. Aku kerja dengan buku? ohhh tidak.. Aku Bukan Boss pun aku tak beli-beli lagi.

Sekarang ini.... yang aku pelik sangat... apa kaitan aku dengan Sinaga dan Dollah Jones?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

kingbinjai said...

lan, dia lupa makan ubat kot? takyah layan la nanti berjangkit kat ko plak lagi haru

ontahsapo said...

aku faham perasaan kau, tapi aku tak paham apa diorang nak..layan jer...asal england menang sudah....

Lan Rambai said...

Samurai, King dan Kecik (hahahaha).. aku bukan nak layan.. cuma aku kesian kat dia yg tersilap orang tu..lagipun aku takut orang lain pulak yg ingat aku ni kawan dgn minah meroyan tu hehehehe

To Kecik.. Germany jumpa Chech final nanti... tak caya tungguuu hihihi

Literature Sushi said...

Tak pe lan, serah saje kepada team edisi siasat untuk menguruskan misteri ini...

Anonymous said...

cik lan dah glamer .... :)

Akima Akatoman said...

Ermm...
terhidu sesuatu yang busuk di sini.
siapa yang kentut agaknya?

tuan tanah said...

Kesian.

tapi tak apa. lihatlah dari sudut positif. ini tandanya encik lanrambai adalah orang yang masyhur.
orang masyhur ramai orang tak suka.
:)

KAMATO said...

lan, ramai peminat ko... baik2 ko jangan menjangkit penyakir meroyan tu......... hehe

Tok Rimau said...

Lan,
Aku rasa aku kenal orang gila yang merayau-rayau sambil menyumpah orang ini.

Aku pun tak tahu apa peranan kau dalam drama epik dia. Macam mana kau boleh masuk ini filem? tapi kalau kita jumpa kelak, tanya aku tentang cerita-cerita terdahulu siri ini agar aku boleh update kau.

Kalau nak beli Ayah Kita Bos, sms Tok 012-765 2115.

Lan Rambai said...

Raiedzal... aku dah tanya edisi siasat, dorang tak mampu nak settlekan
Sikenit... glamer?
Ebibaga... blog raeidzal lebih busuk sebab ada orang tak cebuk kat situ :)
Tuan tanah... kalau orang tak suka camna boleh masyhur lak?
Kamato... aku pun takut gak.
Tok Rimau.. ada orang bikin filem rupanya... erra fazira ada sekali tak? Dengar citer ramai yg dah isi borang nak apply kawin Misyar dengan dia hahaha.. Kirim salam ngan si Anita ni ya kalau ko jumpa dia.

Ayu Mohamad said...

adehhh sabo jek la.. aku pon moskel.. apa la yg dorang ni carik kat ko eks hahahahha