Esok kat opis aku ada game bowling jam 12 tengahari. Betulll.. 12 tengahari. Memang begitulah cara-cara untuk menggantikan kerja-kerja yang sepatutnya dijalankan pada hari Sabtu kedua atau keempat dulu. Sekarang Sabtu dah tak kerja... jadinya kerja penting itu terpaksa dibuat waktu tengahari hari Isnin. Sian akuu.. kena main bowling masa aku patut tido!
Selasa pulak aku nak bercoti-coti di KK dengan family. Naik kapalterbang paling morah di dunia itu. Mana tak morahnya.. dorang boleh guna duit airport tax yang aku bayar 6 bulan dulu tu utk macam-macam benda. Ya.. aku bayar 6 bulan yang lepas pada mereka dan mereka hanya akan bayar pada MAB sekarang. Bijak tak mereka? Bijak kan. Kalau mereka tak bijak macam company yang satu lagi itu, pasti aku tak mampu nak bawak family aku ke KK!
Rabu ini pula... adalah hari paling penting dalam hidup kita semua. Apa dia? Tak tahu lagi? 28 Jun 1998 adalah hari aku dihalalkan untuk buat anak! Ya.. sudah 8 tahun aku menceburi bidang itu. Buat Black Purple dan Sastri.... jangan tunggu lama-lama.... nanti lama-lama... (kepalahotak aku ada macam-macam idea untuk diletak di sini tapi aku tak sanggup taip hehehe)
Kesimpulan kepada entri ini ialah.. Hari jumaat minggu hadapan, baru akan ada entri lain dari aku. Aku tak nak lah jadik macam Tiara yang menghilangkan diri senyap-senyap dan tetiba buat entri suruh laki dia tunggu dia pulang atas katil. Kot ya pun.. suruh lah laki dia tunggu kat airport ker stesen bas ker atau kat pagar rumah dulu kan hahahaha.
Selamat berbowling untuk aku dan Kota Kinabalu.... aku cabar kau....
15 comments:
Woo gi jenjalan..ok happy holiday..jgn lupa souvenier ..muekekeeeeee wuu wuuuu tak dapat tgk bola wuuu wuuuu
selamat sampai dan selamat kembali
Selamat berjalan2..selamat menambahkan umat!! Hepi Anniversary..Semoga berbahagia dan dimurahkan rezeki seisi keluarga..
adeshhhh... anyway, baru hari ni dapat masuk balik blog ni... sebelum ni try masuk byk kali keluar page blank jer... Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yer... Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat... Have a nice vacation... :-)
Happy Anniversary Lan.. Selamat...selamat...selamat..
Aku ni macam Datuk K gak. Biarlah rahsia.... :)
happy annivesary..semoga bertambha bahagia dan bertambha rezeki hendaknya.. aminnnnnn
Tenkiu buat semua
selamat bercuti, nak pesan udang boleh tak ?
waa.. jauh main bowling...
berlingo.. nak pesan tak boleh... malas nak bawak hahaha
raedzal... aku main bowling tadi kat kl jer.. esok ke kk takder kaitan ngan bowling pun hihihi
kirim lobster 2 ekor...
happy annivesary, semoga tambah lagi umat nabi
heppy anniversary...
Pilih-pilih kristal, mutiara, seronok bangatkan....?
OS.. lobster tak jumpa ahh sebab dok sibuk belek kristal jer hehehe
Kamato & Cuaca... tenkiu
Sikenit... bini aku lah yg seronok hehehe
Post a Comment