Tip 1 - How To Reload Faster
- Pastikan baki nilai kad bawah RM1
- Kalau que lorong reload pendek.. beratur jelah macam orang lain
- Kalau que lorong reload panjang - JANGAN ikut sama orang lain yang lurus bendul itu
- Terus pandu ke lorong Touch N Go di sebelah lorong reload
- Buat macam tak tahu baki kad tak cukup
- Bila palang tak naik-naik, suruh kawan sebelah keluar dari kereta dan pergi reload di lorong reload kat sebelah.
- Sambil melihat kawan anda berjalan itu... lambailah tangan anda ke belakang meminta maaf pada deretan kereta yang menjerit-jerit memaki anda
- Bila dah touch kad yang dah penuh dengan duit... tunjukkan isyarat jari hantu anda sebagai tanda terima kasih atas kesabaran mereka yang dibelakang anda itu.
- Pandulah dengan selamat.... kalau boleh pecut laju-laju.. takut yang di belakang anda tadi ingin membalas lambaian jari hantu anda tadi
Tip 2 - How To Save on Tol Payment Using Smart-Tag
- Masuk ke PLUS Hiway.. buat macam biasa... pastikan Rangkaian Segar tahu anda masuk ke hiway tu.
- Pastikan ada kereta yang ikut kereta anda dalam jarak tak sampai 2 meter semasa menghampiri lorong smart tag untuk keluar dari hiway
- Pastikan smart tag anda sendiri dicabut baterinya/rosak/masuk air.. paling senang sorokkan bawah seat.
- Palang tidak akan naik seperti biasa.. tunggu sampai betul-betul di palang...
- Sementara itu.. kereta di belakang anda akan sampai di sensor dan smart tag beliau akan berbunyi "tit"
- Palang naik dan di skrin akan menunjukkan baki kad kereta di belakang anda.
- Palang akan turun sebaik sahaja anda melepasinya dan menyebabkan orang lain terkandas.
- Teruskan perjalanan anda ke One-Utama dan tengoklah wayang bersama isteri anda yang tercinta
- Selesai berdating.. balik guna hiway yang sama.
- JANGAN guna lorong Touch n Go atau Smart Tag!
- Pastikan anda melalui lorong tol si Markonah dan ambil tiket sambil tersenyum manja pada beliau
- Keluar dari hiway guna lorong Smart Tag.. pastikan Smart Tag anda telah kembali berfungsi.
- Singgahlah makan di mana-mana menggunakan duit yang anda jimat daripada menbayar tol itu tadi
NOTA PENTING 1 - pastikan anda masuk dan keluar di tol yang berasingan
NOTA PENTING 2 - pastikan pesan isteri anda untuk tidak membuang tiket tol yang sukar diperolehi itu
NOTA PENTING 3 - Aku tak tahu bila Kisah Jiwang Karat aku tu akan disambung
11 comments:
salam kenal..
hehehe.. wat malu jerk kalu buat cenggitu
apapun.. cantik blog
tip no 2 aku pernah rasa...tapi secara tak sengaja....di elevated ampang...best gak...
mama : tip no 1 memang hanya utk orang yang tak tahu malu jerr ekekeke
os : tip no 2 tu based on pengalaman aku sendirik.. tapi aku dah bagi kat mamat tol utk touch kan kad aku.. tengok2 baki tak berubah lagik.. so aku terpaksa melakukannya ekekeke
nak citer, kalau tiara lalu kat tol yg org len beratur pjg bayar manual tu.. yg tk pakai kad t&go ni kan, selalu tiara bukak tingkap pehtu lambai2 kad t&go ni kat depa tuh..wakakakaa (mcm belagak abih ler)sebab tak sesak nk beratur mcm depa..ekekeee..
Mana entah pulak aku letak TnG aku tuh....
ABB... ishkk.. sombongnya dia .. tak baik tau... stat next week.. tngo pun beratur panjang gak kat jln duta tu
BP - kat bawah seat le tu
macam gumpunk punya tipsss....hahahahahahahahahaaaa.....
idea first class, tapi janganla kecuali terdesak....hehe
tak aci tul la..
apsal blogger je bleh tuleh komen.
aku dah takmo guna nick nih sebenonya..
lan, takleh ke ko bukakan ruang untuk `other'
hahahha tips yang bagus sekali!
Komeng, Kamato dan KingBinjai.. tips ini memang utk yg tak tau malu dan yg terdesak jer hehehe
ebibaga... tgklah nanti.. akan dipikirkan... tapi tatau lagi bila
Post a Comment