3 Aug 2006

Apa Kata Survey

Ketika berbicara tentang konflik dalam rumahtangga, penceramah ada menyebut tentang satu kajian oleh seorang saintis yang dia dah lupa nama. Kajian itu menyatakan, perempuan perlu menuturkan sebanyak 1,000 (atau 10,000???) patah perkataan dalam sehari. Lelaki pula hanya perlu bertutur sebanyak 20% sahaja dari jumlah perkataan seorang perempuan. Pendek kata, untuk memastikan sesuatu konflik di antara lelaki dan perempuan itu dalam keadaan terkawal dan menjurus kepada hasil yang positif, faktor kebercakapan yang banyak seorang perempuan haruslah difahami oleh seorang lelaki.

Untuk mengesahkan akan kebenaran teori ini, aku telah membuat perbandingan di antara blog-blog berikut :-

Blog Isteri Orang

MAMARISYA

RAHAYU

P-NUT

Blog Anak Dara

Sastri

Si Kenit

Tuan Tanah

Blog Suami Orang

Ontahsapo

Esis

DugongSenyum

Blog Lelaki Bujang

BlackPurple

Spyz

AyobKelubi


Hasil pemantauan aku ialah:-

Kebanyakan entri blog lelaki bujang dan yang dah berkeluarga tak banyak beza. Pendek.
Kebanyakan entri blog orang perempuan semasa bujang pendek-pendek... bila dah mula berkeluarga... mak aiii.. panjangnyaaaaa.

Kesimpulan anda?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 comments:

Lan Rambai said...

Cuma ada 1 pengecualian kot.. blog Bukan Bidadari masa bujang panjang-panjang, skrg ni pendek-pendek pulak. Sebab makin senget kot hahaha

tumismenumis said...

Blog orang bujang (lelaki ker pompuan ker) yang kemaruk nak kawen aku rasa lagi panjang la.

Aku Bukan Bidadari said...

oit oit..ngumpat..ekekek
masa bujang banyak masa nk tulis, masa dh kawin..sibok nak membunuh jer..wakakakakakkaaa apa2 jerlah ko nih lan..kreatip sungguh.. wei tempek lar gmbar vacuum yang canggih tu yang OS citer kat dlm blog dia

mazudi - ehem cuba check blog BP panjang tuuu ekekek nk kawin kut?

Lan Rambai said...

Mazudi..iya ka? kajian aku tak cukup menyeluruh ahh cam ni hahaha
Bukan Bidadari... hahaha
vakum tak sama ngan yg OS citer lah

Sastri said...

hmm... nanti nak cuba menten laa wat pendek2 nih... keskeskes...

blackpurple @ jowopinter said...

Woi...woi...apa mengumpat aku ni....! ha ha..

Biar pendek tapi padat dan power.....(Tiara, kau jangan melencong pulak ekk...!)

Unknown said...

errr.... blog saya kira panjang juga kadang-kala... macam mana ni? I tak nak jadi macam aunty la... hehehe

Anonymous said...

sastri.. bila agaknya tukau status tu ek?
BP... aku pun pikir lain jugak hahaha
rontol.. tak jumpa lagilah blog janda dan duda
Aunty Kenny... hahahaha

Cik Ketumbar said...

blog pompuan dah kawin jadi panjang berjela sebab banyak benda yang nak dibebelkan...maklumlah dah berlaki, beranak pinak..blum lagi bebel kat maid!

Unknown said...

terima kasih kerana masukkan blog saya dalam kajian anda..... hehehe :)

~ GAB ~ said...

Sebelum kawin pendek sebab belum kembang lagi. Lepas kawin...hah..tu dia! Hehe

Anonymous said...

Chuq.. biasakan menaip blog sambil bercakap tau. nanti balik umah dah kurang dah quota bilangan perkataan yg nak dituturkan pada laki hahaha
Kenit.. sama-sama
gab... kembang?

Aku Bukan Bidadari said...

Lan aku nk bagi komen ni kat BP.. BP untungnya sapa dapat baca entry PENDEK dan PADAT yang ada pada BP..heheheehe

kingbinjai said...

apsal nama aku takde? aku pun suami orang gak. ces ces ces

Anonymous said...

Bukan bidadari.. kalau nak bergocho kat sini pun boleh hehehe
king... entry ko tak cukup pendek utk menyokong hipotesis aku hahaha

ontahsapo said...

ha ha ha ha..... aku cuma ingin tahu apa moralnya..? adakah perempuan berubah setelah berkahwin.. atau apa..

NONIE AZIZ said...

hoiiii...patutlah aku asik tersedak jer masa kat penang!!ko ngata aku rupenye...harus minggu depan N3 aku pendek2

Rie said...

hahaha biar betul ko nih. tapi aku pernah baca artikel kajian ni. memang betullll.

ini simptom pengubat bosan. bagi org pompuan kawen... hehehe ammpuuunnn jangan marah.

Kemat said...

hmm..ini dah leh jadi petanda nak mengenali satus blogger pompuan..entri pendek mesti anak dara yea..satu kaedah yg baik dan mudah..

Anonymous said...

OS... moralnya... kena tunggu bloggers anak-anak dara sekarang ni ada perubahan tak bila dah kawin nanti
MR.. mana ada aku kata.. saintis tu yg kata hahaha
esis.. betolllllll
kemat.. hahaha.. senanglah ko nak carik calon hahaha

tuan tanah said...

ummm?

saya rasa entri saya semua panjang-panjang.
jadi bila dah kahwin nanti, bertambah panjang la ye?

sempoii said...

perempuan kena banyak bercakap sebagai terapi menghilangkan ketensenan yg di hasilkan oleh orang lelaki.

Orang lelaki itu boleh terdiri drp boss kita, asben kita, boipren kita, anak2 kita, atau jiran2 yg suka meletakkan sampah didepan umah kita.

Lan Rambai said...

TT... sebenarnya saya nak cukupkan quota 3 blog bagi setiap ketegori.. kira blog awak dianggap masih belum cukup panjang berbanding dgn blog isteri2 orang hahaha. Kalau dah kawin nanti... entah?
Sempoii.. ketensenan itu rasanya yg dihasilkan oleh sesama wanita pun byk jugak ye tak?