9 Aug 2006

Hidup Umpama Roda

Selepas tamat pengajian, aku pernah kerja di 4 tempat dalam masa 4 tahun sebelum menjadi hamba kerajaan sejak hampir 7 tahun yang lepas ini.

Masa aku grad, aku boleh pilih nak kerja kat mana-mana yang aku suka. Aku pergi temuduga. Yang ditanya berapa gaji nak dan bila boleh mula. Tak sempat aku nak pergi temuduga kali kedua, aku sudah mula bekerja. Itulah untungnya grad zaman ekonomi Malaysia mencanak-canak naik macam tidak akan jatuh.

Cukup setahun di situ, aku sudah bosan. Aku pindah kerja. Bidang kerja sama tapi pejabat yang lebih kecil dan di lokasi yang aku lebih suka. Sebenarnya ia lebih kepada aku mahu dekat dengan awek aku hehehe.

Selepas setahun di tempat kedua ini, ekonomi mula goyang. Satu hari sebelum hari gaji, Bos buat mesyuarat tergempar maklumkan gaji kami semua dipotong 30%. Potongan gaji mula serta-merta dan esok akan mula dapat gaji baru! Giloss. Kami semua protes sebab tidak diberi amaran lebih awal. Bos dengar cakap kami dan dia sanggup jual batang-batang golf dia (atau apa-apa batang yang dia ada.. kami peduli apa) untuk bayar gaji penuh bulan tu. Tapi bulan depan tak ada kompromi lagi. Bos juga cadangkan kami cari kerja lain.

Tak sempat aku cari kerja lain, bos aku sudah carikan aku kerja lain di syarikat kawan dia. Gaji kurang sedikit tapi tidak sesedikit gaji yang akan dipotong 30% itu. Aku pun terima sahajalah. Rupanya, aku ibarat sudah keluar dari oasis kering melangkah ke perigi buta. Hari ketiga di tempat baru, aku sibuk berkenalan dengan pemungut-pemungut hutang yang ingin sangat berjumpa dengan bos baru aku. Dari indon tukang besi sampai towkei kedai bunga cari dia. Hampeh betol!

2, 3 minggu kemudian keadaan jadi tenang. Aku tak tahulah pegawai bank mana yang mangkuk berani bagi bos aku hutang lagi masa tu. Yang aku tahu, pemungut-pemungut hutang tu berhenti bersembang dengan aku dan bank tempat pegawai bank mangkuk itu bekerja dah bertukar signboard. Aku juga sudah tidak perlu duduk di pejabat lagi tetapi ditempatkan di pejabat tapak sebab projek baru dah bermula.

Bos aku janji akan bagi duit minyak dan elaun tapak sebab kena kerja di kontena dan berkantinkan Madhura. Bila ada lukisan yang nak diberikan pada subkontraktor, dia suruh aku cetak guna duit aku dahulu dan claim kat pejabat. "Baik bos" kata aku. Selepas beberapa bulan, aku masih tak dapat semua claim-claim aku. Bukan setakat aku je yang tak dapat apa yang dijanjikan, pekerja-pekerja Indon kat tapak semuanya dah tak nak kerja sebab dah lama tak dapat gaji. Nasib baik diaorang tak pelangkung aku!

Aku sendiri sudah mula mencari-cari kerja lain. Sementara aku sedang mencari-cari itu, pengarah syarikat yang membiayai projek aku tu buat lawatan mengejut dan dia bengang sebab tidak ada Indon yang bekerja. Rupanya, hari itu barulah aku tahu, bos aku sudah pusing duit projek ini untuk projek lama yang tak siap-siap dan takkan siap itu. Akibatnya... aku yang bekerja di syarikat yang mengendalikan kerja di tapak tapi tak tahu malu guna duit yang orang bagi untuk projek lain pulak, telah tidak diperlukan lagi.

Maka bermulalah hidup aku sebagai seorang Salesman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

Wow !!! Hebat! Syabas..

unclesam said...

Hey man that part of life circle!!!

Unknown said...

Begitulah kehidupan, kita semua ni macam survivor, kena cari jalan lain untuk hidup. I pun kena banyaklah sebelum menjadi hamba kerajaan seperti u.

Unknown said...

tapi syok gak ye, en.lan ada banyak experience.

Unknown said...

tapi syok gak ye, en.lan ada banyak experience.

kingbinjai said...

wah! banyak pengalaman ko nie! patutla ko cakap ko lebih makan garam dulu dari aku muahahaha. amacam? aku pengomen ke 6, puas tak? hahahaha

Lan Rambai said...

Bukan Bidadari... siapa yg wow dan hebat ni? Aku ker? hahaha
unclesam.. life cycle in roda.
Kenny.. u pun ngaku hamba kerajaan hahaha
Kenit.. sekarang memang jadik experience.. dulu2 tak syok pun
King.. aku ini jenis yg sukar dipuaskan tau tak dan jugak memang kuat masin hahaha

myberlingobox said...

aku rasa kau ni layak untuk menjadi produser filem, sebab cara kau cerita pengalaman hidup kau ni macam cerita Star Wars...cerita yang kemudian dulu, lepas tu cerita yang episode 1 pulak....peuhhhhh

anyway...your experience is the best teacher

Lan Rambai said...

berlingo.. yg ni still lom sampai episod 1 lagik hahaha

Rie said...

tragik... janji ada rezki bang..

kingbinjai said...

sukar dipuaskan? itu tamak namanya hahahaha

Unknown said...

Yg penting masih ada rezeki untuk kita mencari sesuap nasi di bumi Allah ini.

Bertuahnya badan, lepas grad terus dapat kerja, saya dulu, punyalah susah...pulak perempuan, nak pegi jauh sikit mak tak kasi, mcm2 halangan..tapi akhirnya dah kawin ni, ikut suami ke sini, dah jadi penganggur terhormat. Tapi jadi surirumah pun satu kerja yg hebat juga ...hihi.

Literature Sushi said...

Macam sama je perjalanan hidup kita...

Anonymous said...

Esis... tragik? haha
King.. bukan tamak.. dah memang camtu nak wat camna haha
Yus.. bertuahnya hanya beberapa tahun. yg grad sekarang memang payahlah nak dapat kerja. Surirumah memang satu kerjaya yang hebat dan tak tergalas oleh ramai ibu moden yg punyai suami kaya pun masih tetap bekerja.
Raeidzal... ramai yang macam kita ni haha

tumismenumis said...

ko ni lan sepatutnya dah jadi boss yg berjaya la, banyak ilmu ilmu boss yg ko dah expert, kasik turun gaji, kasik janji janji dan pusing duit projek. Susah nak dapat ilmu ni nih.

Lan Rambai said...

mazudi.. itu bukan kriteria bos yg berjaya tu.. tu ciri2 bos yg kaya jer.... kaya duit haram hahaha

ontahsapo said...

biasa tu lan, aku pernah duduk atas kapal minyak 45 hari, makan dan tidur, dialun oleh ombak, aku sendiri masa tu tak paham apa sebenarnya kerja aku... hahaha....