31 Oct 2006

Gambar Raya

Satu hari sebelum balik kampung (satu-satunya kuih yang buat sendiri)

Malam raya (satu-satunya gambar Abang main bunga api yang nampak apinya)

Pagi raya pertama (nak duit raya pun kena beratur!)

Pagi raya kedua (penat gila cucuk sate ni weii)

Jemputlah ambil seorang secucuk ya!



Lepas "upload" gambar ni baru tersedar yang aku tak ambil gambar langsung kat rumah sendiri.. tak dapat nak tunjuk gambar sofa aku yang dah cantik tu hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Oct 2006

Otak Malas

Aku masih ragu-ragu lagi untuk mengorek hidungku yang gatal hari ni. Maklumlah, hampir sebulan aku tinggalkan kerja-kerja tersebut semasa di pejabat sebab takut terbatal puasa. Mungkin kepalahotak aku masih belum "adapt" dengan suasana pejabat lagi.

Aku juga masih ragu-ragu untuk menulis di blog ini. Maklumlah, 11 hari hidup tanpa internet. Mungkin kepalahotak aku masih belum bersedia untuk merapu lagi.

Aku. Masih malas guna otak aku lagi sebenarnya. Full Stop.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Oct 2006

Raya Sebiji Rambai

Dah hampir 45 minit aku termenung depan pc ni... nak tulis entri baru tapi aku tak tahu lagi nak tulis apa. Sebenarnya bukan tak tahu nak tulis apa, tapi tak tahu nak tulis yang mana satu. Nak buat lawak atau nak buat citer sedih. Nak buat lawak aku takut takder orang gelak. Nak buat cerita sedih, takut aku pulak yang nangis sorang-sorang haha. Err... kalau entri aku berterabur kali ni, korang maafkan aku jelah ya.

2, 3 hari ni aku sibuk sikit. Sibuk shopping haha. Bonus yang aku dapat dari kerajaan Malaysia ni dah aku habiskan dalam masa 5 jam jer! Pagi-pagi buta lagi sudah keluarkan duit beli bateri baru kereta. Kereta aku tu memang pandai. Kalau dia nak rosak, mesti ngam-ngam masa aku nak dapat bonus lah. Masa aku dapat claimlah. Masa ada orang yang baik hati bagi aku buat loanlah. Tapi kira oklah kan. Kalau dia rosak masa tak ada duit lagi susah kan.

Cerita pasal shopping pulak. Aku bukan nak cerita pasal apa yang aku beli dan kat mana aku shopping. Yang aku nak cerita dan luahkan di sini ialah.. aku rasa sedih sangat tengok keadaan orang-orang yang bershopping sekali dengan aku ni. Aku ni dahlah tengah puasa. Puasa tu bukan makna puasa makan minum je. Tapi kena puasa mata sekali. Tapi macam mana aku nak puasa mata, kalau orang lain tak puasa dari segi baju yang dia pakai? Macamana mereka ni boleh membuat persiapan raya dalam keadaan baju nampak alur dada? Macamana puasa diaorang ni kalau segala lekuk di badan tu orang boleh tengok bentuknya? Dan paling malang sekali, aku ternampak alur bontot masa aku tunduk ke bawah! Suweyy betul lah! Baju tu tak reti pakai yang labuh sikit ker? Dah tau kerja tu kena mencangkung nak ambik baju kat bawah rak tu, pakailah seluar yang cawatnya panjang sikit! Pakai tudung tapi nampak alur bontot! Siol betul.

Ok.. aku nak masuk bab lain pulak. Bab beraya tanpa arwah abah. Terus terang aku katakan, bagi aku hari raya bukanlah masa yang menyeronokkan bagi aku. Perkahwinan Mak aku dan arwah abah aku adalah di antara seorang janda dengan duda. Dua-dua kehilangan suami dan isteri pertama yang telah meninggal dunia. mak aku ada seorang anak dengan suami pertama, abah pula bawak 8 orang anak dari perkahwinan pertama dia. Janda dan duda ini menghasilkan 3 orang anak lagi dan aku adalah yang sulung dalam ketiga-tiga anak dorang ni. Dari dulu lagi bila orang tanya aku ada berapa adik-beradik... aku akan jawab, 3 kalau yang sama mak dan bapak. 11 kalau yang sama bapak tapi mak lain. dan 4 kalau yang sama mak tapi sorang bin lain. Semuanya 12 orang. Paham tak ni? Tak paham sudah. Abah aku meninggal masa aku tingkatan 4. 18 tahun yang lepas. Sejak dari itu, seronok beraya aku hilang sekali. Oleh kerana aku takut nangis pulak malam-malam buta ni.. aku stop cerita tu takat ni jer. Cukuplah aku katakan, mak aku bukanlah mak kandung abang-kakak yang sama bapak dengan aku. Dan yang sama mak dengan aku tu, memang dah lama buat mak aku bersedih bila time raya. Dia tak suka beraya dengan saudara tiri dia agaknya. Makanya, mak aku selalu bersedih di pagi raya kenangkan abang aku yang bin tak sama ni. Paham tak ni? Kalau tak paham tanya ya hehehe.

Raya kali ini, giliran aku balik ke kampung bini aku pulak. Kiranya, aku dapat rasalah balik kampung untuk beraya macam orang lain. Kalau giliran aku, aku cuma raya kat rumah ni jer sebab aku dah tak ada kampung. Masalahnya, mak aku akan beraya di sini dengan seorang adik aku yang masih bujang. Malam raya nanti, mungkin hanya tinggal diaorang berdua je. Paling kuat pun, tunang dia akan beraya kat sini agaknya. Tunang dia ni orang Indon, jadi kemungkinan besar dia raya kat sini lah kot. Pagi raya nanti, barulah ada 2, 3 orang abang kakak aku yang akan datang. Tapi dorang datang nak makan jelah. Dorang takkan datang tido sini dan tolong mak aku sebab rumah ni rumah aku, bukan kampung dorang dan mak aku, bukan mak dorang. Adik bujang aku tu pulak bukannya tinggal kat sini, maka dia tak kenal dengan orang2 kat sini. Memang rombongan takbir rumah ke rumah tu takkan singgah sinilah. Kalau aku ada, dah tentu rumah aku akan di takbir sebagai rumah terakhir kira-kira pukul 1 pagi!

Sebelum ni, bila giliran aku balik kampung bini, mak aku ada juga balik beraya di rumah mak sedara dia di Melaka. Tapi mak sedara dia dah meninggal. Jadi dia tak nak balik Melaka dah. Kalau dia di Melaka, senang sikit aku. Raya kedua aku akan lari sekejap dari Segamat pergi jumpa Mak aku kat melaka. Mak aku pulak siap cakap tak nak balik Melaka langsung tahun ni sebab dah bosan asyik dia je yang pergi rumah orang. Orang tak datang pun rumah dia ni (rumah aku le tu). Nak buat camna, rumah aku ni dah dichop ulu banat bagi setengah sedara mara aku. Tahun lepas, aku kakak aku yang datang Kualal Lumpur ni pergi rumah pakcik-pakcik tapi tak datang pun rumah aku jenguk mak aku tu. Itulah masalahnya. Ini rumah aku dan mak aku bukan mak dorang. Mungkin bagi dorang bila dah jumpa Mak aku masa kat Melaka dah cukup dah. Tapi bagi Mak aku tidak. Dia mahu anak-anak tiri dia datang jenguk dia kat rumah yang dia tinggal ni. Alasan dorang rumah aku jauh, tak sempat nak datang.

Kadang-kadang aku pening bila raya ni. Tanggungjawab aku sebagai adik, aku kenalah pergi dapatkan abang-kakak aku dulu. Tapi Mak aku pulak kalau boleh nak dorang jenguk dia dulu di sini. Susahlah beraya macam ni! Kalau Mak aku tak balik Melaka tahun ni, aku akan tambah pening. Takkan aku nak patah balik balik ke Sungai Buloh ni dan kemudian turun balik ke Melaka? Kat Johor pun ada banyak rumah nak kena pergi. Kalau aku ronda Melaka dan Johor dulu baru balik sini, mahu dekat seminggu raya baru aku jumpa mak aku. Mesti dia sedih sangat nanti. Aku harap sangatlah Mak aku akan ikut salah sorang abang aku yang akan datang sini masa raya pertama nanti balik Melaka.

Abang-abang dan Kakak-kakak aku pulak satu hal lagi. Sejak abah kami takder ni, ada sahaja pergaduhan dorang ni. Gaduh bukan takat sehari atau sebulan dua. Gaduh jenis makan tahun wei! Tahun ni dah tahun ketiga dah kot, dorang ni berpecah. Aku jugak pening kepala sebab aku tak gaduh dengan sapa-sapa. Masalahnya, kalau aku konvoi dengan yang belah kanan, belah kiri marah. Pergi rumah yang belah kiri pulak, yang kanan pulak tak puas hati. Aku kena pastikan kedua belah sayap ni tak bertembung di rumah sedara yang nak aku ziarah. Dah lama dah aku tak rasa serbu rumah pakcik aku secara serentak sampai tuan rumah tak mampu nak layan macam dulu-dulu. Mahu tak terlayan, sekali datang sampai 10 kereta haha. Kata-kata ayng aku selalu dengar sekarang.."Abang X dan Kakak Y kau tu baru je balik tadi" Memang aku tahu dorang baru datang sebab aku kena pastikan dorang dah jalan rumah lain baru aku sampai dengan sayap yang lagi sebelah ni. Kiranya aku ni kan, kejap jalan dengan geng kanan, esoknya jalan dengan geng kiri pulak. Susah!!!!!!! Mungkin bila ada kematian baru dorang ni berbaik semula macam dulu!

Ok. Aku berhenti menaip. Kalau korang rasa lawak, korang tolong gelak ya. Kalau ada yang rasa sedih pulak, tolong nangis sikit2 ya. Aku sendiri tak tahu nak gelak ke nak nangis! Yang aku tahu, sejak ada keluarga sendiri dan punya anak kecil ni barulah aku rasa meriah balik raya ni sebab seronok tengok gelagat dorang. Kalau aku bujang lagi, aku rasa, tak payah raya lagi bagus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Oct 2006

Ajar Puasa

Petikan ceramah Ustaz Hassan Din yang aku baru dengar di TV3 sebentar tadi:

Anak kecil yang dilatih berpuasa, sudah tentu bila besar akan berpuasa tetapi belum tentu lagi bersolat.

Anak kecil yang dilatih bersolat, selain dari solat, dia juga pasti akan berpuasa.


Memang bagus paksa anak berpuasa dan memberi upah jika dia berpuasa. Solat? Tak pernah pula kita terfikir nak bagi upah kan? Patutlah aku tengok ada yang beria-ia berpuasa tapi tak pernah bersolat pun.

Ingatan untuk diri sendiri: Ibubapa wajib suruh anak-anak dirikan solat apabila berumur 7 tahun. Anak sulung aku tak lama lagi genap 7 tahun!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Oct 2006

Kemalangan Lagi

Baru-baru ni ada seorang lelaki tu eksiden masa balik dari tempat kerja dia. Teruk. Cedera parah. Kereta "total loss". Dia bernasib baik sebab bomba cepat datang dan keluarkan dia. Pendarahan dia berjaya dihentikan dengan cepat.

Walaubagaimanapun, keadaan dia masih kritikal ketika sampai di bahagian kecemasan HKL pada malam tu. Untuk selamatkan dia, satu pembedahan besar terpaksa dibuat. Jadi segala persedian dibuat dengan cepat dan bilik bedah pun dah sedia. Doktor pun dah dimaklumkan dan dalam tempoh singkat telah pun berada di katil pembedahan.

Akan tetapi... sebaik sahaja dia nampak sahaja wajah mangsa kemalangan tersebut, "I am not going to operate my son!" Doktor tu terus belah. Nasib baik ada doktor lain yang dapat buat pembedahan tu. Kalau tak, kemungkinan untuk mamat tu selamat.. nipis.

Sekarang.... persoalannya ialah...siapakah doktor itu?
>
>
>
>
Mestilah ayah lelaki tu?
>
>
>
>
Salah!
>
>
>
I am not going to operate my son!
>
>
>
Mestilah bapa budak tu... kan anak dia yang dia tak nak bedah tu?
>
>
SALAH! Cuba fikir lagi dalam 1 minit. Jangan scroll ke bawah selagi belum 1 minit!
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Dah satu minit ke? Tak dapat jawapan lagi? Siapakah doktor itu? Pakcik dia? Ayah Angkat dia? Bukan!
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Sila "scroll" ke bawah untuk jawapan.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Dah habis fikir? Mengalah? Oklah. Tengok kat komen!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Oct 2006

Berita Utama

Antara berita penting yang aku dengar pagi tadi.

Air Nira adalah satu minuman istimewa kegemaran Perdana Menteri kita. Rakan kepada PM kita Encik Songkok Tinggi mengatakan setiap tahun PM pasti akan balik ke kawasan Parlimen beliau untuk menikmati air nira tersebut.


Berita jam 7 pagi TV3. Aku yakin Pak Lah sendiri tak tahu berita dia suka minum air nira keluar dalam berita.

Puasa tidak menghalang Kak Nita untuk bersenam sambil mengekalkan bentuk tubuh Kak Nita yang masih belum berubah sejak Kak Nita akil baligh. Kak Nita akan pastikan Kak Nita membawa basikal setempat selama 2 jam sehari.


Berita ringkas Hot FM. Berita penting buat semua nenek-nenek lebih separuh abad bagaimana mahu kembali muda.

Pasukan bolasepak sebuah negeri akan kehilangan kesemua pemain utamanya kerana semua pemain telah menandatangan kontrak bermain dengan pasukan lain.


Berita ringkas Hot FM. Menunjukkan betapa profesionalnya pengurusan bola sepak di Malaysia. Setiap musim tukar pemain!



Dan yang paling penting sekali untuk hari ini ialah,

Orang Selangor dijangka akan membanjiri Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi untuk menyusahkan sesiapa yang terpaksa bekerja pada hari ini.


Blog Kisah Sebiji Rambai. Petang ni nak balik rumah. Jem luar biasa. Gerenti!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Oct 2006

Incredible Hulk

Masa aku sekolah menengah dulu. Ada seorang Ustaz yang sangat lembut dan tidak pernah aku lihat dia marah-marah. Jauh sekali untuk merotan aku dan kawan-kawan aku.

Masa aku sekolah menengah dulu. Semasa hari terakhir puasa di sekolah, aku main mercun katak di asrama. Bukan satu. Banyak. Meriah sungguh. Nak rayalah katakan.

Masa aku sekolah menengah dulu. Ada seorang ustaz yang telah bertukar perangainya 100% daripada seorang Ustaz yang tidak pernah marah orang kepada seorang Ustaz yang sangat bengis dan suka merotan.

Masa aku main mercun katak masa aku sekolah menengah dulu tu. Ustaz itu yang juga seorang warden asrama sedang tidur selepas solat Zuhur!



ps - teringat kisah ini lepas baca entri Halogamora ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Oct 2006

2 Minggu Lagi

Pagi tadi aku dengar Farah Fauzana cakap kat radio, lebih 13,000 kemalangan yang dilaporkan berlaku sepanjang musim raya tahun lepas. Mengerikan. Hari raya kali ini berapa banyak pula. Kenapa banyak sangat ek kemalangan kat Malaysia ni?

Kau rasa kau ada kemungkinan tak untuk jadi statistik tahun ini? Tak ada? Kenapa? Sebab kau tak pernah langgar lampu merah? Sebab kau tak pernah memotong di "double line"? Kerana kau tak pernah memandu dalam keadaan letih atau mengantuk? Kalau begitu yang kau fikir, kau silap!

Kenapa?

Kerana yang langgar lampu merah akan langgar kenderaan yang benar-benar mematuhi lampu isyarat seperti engkau! Kerana yang memotong di "double line" akan bertembung dengan yang elok-elok memandu di lorong yang betul seperti engkau. Kerana yang terbabas akibat letih atau mengantuk akan menghentam orang lain yang berada di laluannya.

Sekarang. Kau masih rasa kau tidak mungkin akan jadi statistik untuk tahun ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Oct 2006

22 Tahun Lagi

Hari ini, genap 7 tahun aku berkhidmat di sektor kerajaan. Jadi "hamba kerajaan". Arghhh... kalau umur aku panjang dan tak ada sesiapa yang nak tawarkan aku gaji RM15,000.00 sebulan (dengan kenaikan RM2,000 setiap tahun) + MPV (sekali dengan petrol dan kos selenggara) + waktu kerja 4 jam sehari + internet laju + makan minum dan pakaian ditanggung penuh + tuntutan hospital tanpa had + ... (apa lagi ek?), aku kena hidup bosan lagi 22 tahun. Kalau tiba-tiba kerajaan umum umur bersara wajib naik jadi 80 tahun, bertambah lamalah aku hidup dalam bosan!

Kalau aku bosan, kenapa aku tak berhenti? Sebab aku takut! Aku sudah cukup lama dalam bidang pembinaan ini untuk aku lihat betapa teruknya kesan bila ekonomi merudum. Tambah-tambah macam sekarang ni. Dah dekat 10 tahun, sektor pembinaan ini tak naik-naik macam masa aku "grad" pada 1995 dulu. Bermula 1997, sampai sekarang, ramai yang berebut-rebut nak jadi hamba kerajaan macam aku. Dulu tidak. Masa aku belajar dulu, tak pernah terlintas pun untuk jadi pegawai kerajaan ini. Dan masa aku "grad", kemasukan ke sektor kerajaan adalah secara "walk-in interview". Dan untuk jawatan aku ni, tak ada pun yang berjalan masuk. Semua seronok pergi temuduga dengan syarikat swasta untuk menjawab dua soalan sahaja. Berapa gaji nak dan bila boleh mula. Aku jawab.."Kawan saya dah dapat kerja di syarikat ABC dan gaji dia RMXXXX. Saya pun nak yang sama lah." Penemuduga hanya senyum dan tanya kalau mula minggu depan boleh? "Bolehhhhhhhh" jawab aku.

Selepas 2 tahun kerja di dua buah syarikat, ekonomi mula gawat. Gaji aku kena potong sampai jadi lebih rendah dari gaji mula-mula aku kerja. Hinggalah satu ketika tu, aku sampai jadi jurujual "vacume cleaner" ketuk rumah orang. Mujur "timing" aku pohon kerja kerajaan ni tepat. Daripada hampir 40 orang yang ditemuduga, aku terpilih bersama dengan 14 yang lain. Mungkin sebab utama aku dapat ialah aku jadi jurujual masa tu. Penemuduga pulak pernah beli benda alah Lux tu, jadi dia banyak tanya pasal pengalaman aku jual "vacume" tu. Soalan teknikal ada juga, tapi semuanya mudah aku jawab sebab aku belajar dulu bukan setakat untuk lulus periksa sahaja hahaha. Lagipun, pengalaman 3 tahun lebih sebelum jadi jurujual banyak membantu. Masa aku daftar diri dulu, aku diberitahu bahawa "in-take" kali ini adalah yang terakhir buat masa itu. Lebih setahun lepas aku bergelar pegawai kerajaan itu, baru ada temuduga yang lain untuk isi jawatan kosong yang baru diwujudkan. Alhamdulillah... kalau aku lambat isi borang dulu, aku tak tahulah apa aku akan buat sebab masa tu aku dah tahu sangat, aku ni tak ada bakat jadi "salesman".

Ehh.. kenapa aku bosan pula dengan kerja aku sekarang? Ada banyak sebab. Aku tak boleh cerita semua. Kalau ada yang pantau blog aku ni, tak pasal-pasal aku kena OSA hahahaha. Yang aku boleh bagitahu ialah. Aku tak suka dengan profesyen aku ini. Aku ambil kursus ni dulu pun sebab abang aku yang pilih jurusan dan isikan borang UPU. Aku tak tahu apa yang aku akan belajar masa dapat surat tawaran ke U dulu. Tapi tak semualah yang aku tak suka. Cuma sebahagian besar sahaja hahaha. Lagi satu faktor ialah, aku masuk lewat selepas tamat belajar. Ramai "junior" aku masa belajar lebih "senior" daripada aku dalam senarai kekananan jawatan aku sekarang. Diaorang akan naik pangkat dulu dan aku pula akan pencen dulu waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Oct 2006

Kerusi Empuk

Pagi tadi

Ring ring,
Ring ring,
Ring ring,

Arghhh.... Siapa pula yang telefon aku pagi-pagi buta ini?

Hello.
Oh pasal tu.
Ok ok.
Nanti aku dapatkan maklumat tu.
Bye.


Sekarang

Puas aku fikirkan apa maklumat yang aku kena cari tu. Errr.. nak telefon tanya balik? Takkan nak bagitahu, "aku tak ingatlah apa yang ko cakap pagi tadi". Masa tu dah pukul 10.30 pagi! Mana mungkin dia terima aku masih terlelap atas kerusi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...