7 Feb 2007

Demam

2 malam lepas, tetiba ja aku rasa tak sedap badan. Rasa lemah seluruh badan. Rasa sejuk menyucuk tulang. Aku baring depan TV sambil pakai jaket. Bangun sekejap gosok baju sekolah, terasa kurang sejuk sedikit. Masa nak tidur, rasa sejuk datang kembali. Apa lagi, berselimut lah aku.

Pagi semalam pulak, badan terasa berat nak bangun. Tapi anak nak ke sekolah. Bangun tetap kena bangun. Lepas hantar mereka ke sekolah, aku sambung tidur. Tak sarapan pun. Pukul 2 baru aku bangun. Tak rasa lapar pun. Biasanya aku ni 3 jam sekali mesti makan. Aku mintak mak aku masakkan maggi jer sebab tak selera nak makan nasik.

Lepas makan maggi sebungkus, aku mandi. Layan Rintihan Anak Tiri sekejap dan pergi ke klinik. Badan aku ni pulak satu hal. Bila ke klinik jer, mesti hilang semua demam dan selsema aku. Suhu 36.4. Nasib baik doktor tu baik. Tetap bagi aku MC. Selamatttt....

Aku rasa doktor tu ingat aku sesaja nak beli MC agaknya. Setahun adalah 2 kali aku MC dalam keadaan yang sama. Demam malam dan pagi, bila jumpa doktor belah petang, dah tak demam dah. Padahal aku bukan sesaja nak beli MC tu pun.

Kalau aku boleh makan panadol macam orang lain, dah lama aku telan sebijik dua panadol pada malam mula-mula rasa sejuk tu lagi. Tapi aku tak boleh. Aku alahan ubat demam. Panadol pun tak boleh. Dah 2, 3 kali aku masuk wad sebab cuba makan ubat lain yang diberi doktor bila aku cakap aku tak boleh makan panadol. Muka aku akan jadi bengkak bermula di kawasan mata. Paling teruk aku pernah kena sampai sesak nafas dan bengkak kat mata aku terlampau besar hingga nak bukak kelopak mata pun susah. 3 malam aku kena lepak kat wad HKL.

Masa aku kecik-kecik dulu, aku tak da masalah nak makan ubat ni. Semuanya bermula semasa aku di darjah enam. Masa tu, kawan aku yang juga sekampung dengan aku, ada seorang adik perempuan yang setahun lebih muda dari kami.

Dengan kata-kata "aku ini pemalu dengan perempuan", sekian sahaja buat kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: