28 Feb 2007

Aku Risau

Orang kita kuat betul tahap cemburunya kan. Hari tu, seorang ibu dikatakan membunuh 2 orang anaknya sendiri yang masih kecil hanya kerana suami beliau ingin kahwin lain. Yang dibunuh budak-budak tu apa faedah yang dia dapat? Masuk penjara/kena gantung atau berehat di wad hospital gila.... dan suami dapat bini baru!

Akhbar hari ni pulak, seorang tua cemburukan isterinya yang masih muda, simbah asid ke belakang isteri dan kemudian bunuh diri minum asid! Dasatttttttt! Sedih sangat isteri dah tak suka atau takut kena penjara sebab simbah asid kat bini? Entahlah.. apa nak jadi?

Kisah kajian ke atas 887 pelajar perempuan berusia 13 - 17 tahun ini juga sesuatu yang merisaukan. 886 anak dara bermasalah ini mengaku pernah menikmati "pleasures of the flesh". "Pleasure" yang macamana? Seks lah! Itu baru di satu negeri. Itu baru yang dikalangan pelajar bermasalah. Kalau semua negeri? Kalau termasuk pelajar yang depan mak bapak dan guru macam malaikat tapi di belakang macam setan?

Ehhh.. apa yang aku nak kaitkan kes bunuh anak dan bunuh diri dengan masalah remaja rosak ni ya?

Ohh yaa... kalau sekarang, masyarakat kita dah kacau-bilau, tunggu 10, 20 tahun lagi bila generasi remaja rosak sekarang menjadi ibubapa pulak.

Aku.... Risau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: