26 Feb 2007

Pelik Bin Ajaib

Nak jawab ke tag-tag Tiara, Penyubiru dan Tedungs ni? Ishhkkk.. malas betul aku lah. Tak buat kang, depa kata aku tak ada semangat keblogan pulak. Nak buat, rasanya tak ada benda yang pelik pada aku ni. Lagipun dah banyak blog yang senaraikan kepelikan dorang dan aku dapati ada banyak benda yang dorang rasa pelik tu, aku pun dok buat jugak. Jadi, bagi aku, dah tak pelik lah sebab orang lain pun dok buat benda yang sama.

Bagi aku, dalam entri Demam, aku dah ceritakan satu benda pelik aku iaitu aku tak boleh makan ubat demam. Sebenarnya apa-apa ubat penahan sakit aku tak boleh makan. Setakat panadol yang jadi kebiasaan untuk kebanyakan orang bila pening-pening tu pun aku tak boleh makan, inikan pulak ubatan lain yang lebih kuat. Sebut pasal alahan ubat ni, teringat aku akan kepelikan aku yang lain pula iaitu, aku jarang sangat rasa pening kepala. Mungkin sebab aku memang tak dibiasakan makan ubat, makanya kepala aku dapat kawal kepeningan tanpa perlu agihkan rasa tu pada aku agaknya.

Kepelikan aku yang seterusnya ialah, aku pernah dinasihatkan oleh doktor supaya jangan berada berhampiran dengan orang yang merokok. Nasihat itu aku dapat masa aku baru darjah 4 atau 5. Yang peliknya, sekarang ni, kalau rokok takda masa nak ke jamban, aku sanggup pergi kedai dulu beli rokok, baru boleh masuk jamban dan selesaikan urusan di situ. Tu sebab, bulan puasa, aku jarang sangat ke jamban waktu siang.

Kalau ada kalangan korang yang berjanji nak jumpa dengan aku, pastikan korang datang tepat pada masanya. Kalau korang lambat 15 minit pun cukuplah buat aku aku fikir yang bukan-bukan. Aku akan mula terbayang-bayang yang korang kemalangan ke, dah mati kena tembak dengan perompak ker, kena bobbit dengan bini ke dan sebagainya. Pendek kata, aku akan fikir benda tak elok yang sudah berlaku sebab aku cepat risau.

Ehhh.. dah berapa ekkk pelik aku? Baru empat rupanya.... apa lagi ya. Oh ya.. aku kuat makan. Perut aku akan berasa lapar balik dalam masa 3 - 4 jam selepas aku makan. Aku pun hairan sejak bila aku mula berperangai sebegini. Tapi kesannya ialah, berat aku telah mencecah ke satu tahap yang tak pernah dicapai lagi seumur hidup aku iaitu 79.75 kg pada minggu lepas. Walaubagaimanapun, alat penimbang tersebut agak meragukan kerana jarumnya bengkok sedikit dalam 2 darjah.

Arghhh. aku sekarang ni tengah lapar dah ni. Tapi takpa, aku akan cuba habiskan satu je lagi kepelikan aku iaitu, aku malu dengan perempuan. Sekian. Terima kasih.


Ps - sebagai pemutus rantaian tag yang tidak rasmi, maka dengan ini aku mengumumkan, tidak ada sesiapa yang dipilih untuk meneruskan tag ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: