Anak-anak aku ada masalah lambat matang. Bang Ngah yang baru habiskan tahun 1 sekolah rendah pernah dikategorikan sedemikian oleh seorang doktor. Sebulan yang pertama bersekolah tidak ada masalah. Satu hari tu, tiba-tiba dia buat hal lari dari kelas dan balik ke rumah. Puncanya... dia takut dengan cikgu. Bang Ngah memang agak ganas sedikit di sekolah, maka aku tak hairan kalau-kalau cikgu hilang sabar dengan dia dan marahkan dia. Sebab cikgu marahkan dia.. dia tak nak ke sekolah. Aku terpaksa mintak dengan sekolah supaya Bang Ngah ditukarkan ke kelas lain.
Bila dah tukar kelas... hilang masalah kejap. Dia akan cakap kat aku betapa seronoknya bersekolah bila dah masuk kelas lain tu. Tapi... selang 2,3 minggu.. bila cikgu di kelas baru pulak marah kat dia, kes lari dari sekolah berulang kembali. Bang Ngah ponteng sekolah lagi. Puas dipujuk, dibawa berjumpa macam-macam "tukang ubat", tapi masih tak berkesan. Di satu pusat rawatan alternatif di Sungai Buloh, hasil pemerhatian doktor di situ, beliau memaklumkan tentang kelambatmatangan Bang Ngah berbanding rakan-rakan sebaya.
Untuk memendekkan cerita pasal Bang Ngah... daripada 13 kelas tahun 1 yang ada kat sekolah tu.. Bang Ngah pernah belajar dalam 4 kelas. Peperiksaan tengah tahun, aku yang jadi pengawasnya.. dia buat berseorangan di kantin bersebelahan dengan kelas dia. Cuma di kelas terakhir sahaja yang aku mampu buat dia masuk balik ke kelas yang sama semula selepas beberapa hari buat hal. Sebabnya.... cikgu kelas dia yang terakhir ni tolong pujuk dia sekali. Cikgu kelas yang lain..... ermmm.. mungkin dorang lebih suka anak aku tak masuk kelas dorang.
Si Kakak pula. Kakak memang tak pernah ada masalah untuk ke sekolah. Walaupun di sepanjang tahun 1 dulu, dia masih kurang lancar membaca.. istilah ponteng sekolah tidak pernah wujud dalam diri dia kecuali ada beberapa hari yang dia rasa letih sangat dan tidak dapat menghadiri kelas KAFA di sebelah petang. Masalahnya..... korang tengoklah gambar ni.
Neneknya janji nak belikan hadiah sebab dapat nombor 1 KAFA tempoh hari. Adakah patut, dia pilih mainan. Mainan yang sesuai untuk si Adik yang dipilihnya!
Lambat matang jugak nampaknya si Kakak ni...
No comments:
Post a Comment