Rezeki. Kita tak ada kuasa langsung nak tentukan rezeki kita. Yang kita boleh ialah berusaha mendapat rezeki. Dapat atau tidak... bukan kuasa kita.
On the way ke Sunway Lagoon minggu lepas aku tersalah jalan. Aku tak tahu dah ada flyover terus ke parking. Akibatnya aku memandu ke arah jalan yang sesak sebelum aku dapat buat pusingan U. Rugi 20 minit masa untuk berendam.
Sampai kat pintu masuk....
Ohh mak aiiii.. ramainya makhluk. Tambah lagi 20 minit masa rugi untuk berendam. Sambil beratur aku kira berapa duit nak kena keluar ni. Nak masuk Water Park + Amusement Park + Wildlife Park + deposit 5 gelang tangan = RM314! Aku kira-kira.... campur dengan belanja nak makan kat dalam nanti... habis duit honorarium aku ngajar kat Sabah hari tu.
Tetiba bini aku call tanya dah sampai kaunter tiket ke belom. Nasib baik belum sebab ada orang bagi tiket free untuk budak-budak. Sampai 6 tiket pulak tu. Tapi tiket tu untuk waterpark + amusement park je. Wildlife tak masuk.
Kakak datang hantar kat aku tiket tu. Oleh kerana wildlife tak masuk... jadi aku decide abaikan terus niat nak bergambar dengan ular dan monyet kat situ. Daripada kena keluarkan RM314 tadi... aku cuma perlu bayar RM146. Banyak dapat jimat tu. Kalau dah rezeki tu... akibat aku salah jalan dan ramai orang dok beratur.. aku dapat tiket free untuk 3 orang anak aku x RM36/seorang = RM108. Si Adik memang tak payah bayar.
Tiket dah beli.. gelang tangan dah pakai... jadi... bermulalah sessi bersukaria. Tapi kalau dah pergi dengan budak-budak.. memang payah sikitlah nak betul-betul bergumbira... Kakak dengan Bini aku yang paling banyak naik rides kat amusement park. Aku jadi tukang jaga Adik dan 2 budak lelaki ganas tetapi penakut nak main benda berpusing-pusing laju-laju. Kejap-kejap melalak ajak pergi ke kolam. Tak sabar nak berendam. Yang si Kakak dok sibuk nak main semua benda pulak.. Bini aku pun sama. Aku terpaksalah layan dorang main video game.
Sebelum masuk air.. aku ajak makan dulu. Ooo mak aiii... sekali makan abis RM60. Nasi RM11, soft drink RM5, mineral water RM3. Cekik darah tul bab makan-minum kat taman ni. Masa nak masuk, semua beg kena periksa. Tak da peluang nak seludup hatta makanan ringan sekalipun. Inilah yang dinamakan ekonomi kapitalis... bila permintaan tinggi.. harga akan naik. Kalau dah bayar beratus-ratus ringgit tak kan nak masuk kejap je kan. Dah tentu dok dalam tu lama-lama dan akan rasa lapar dan dahaga. Nak keluar dan masuk balik pun tak boleh. Kalau boleh keluar masuk.. harus ramai yang keluar gi makan nasik yang dah bawak siap-siap dari rumah kat kereta. Udah kenyang baru masuk balik.
Ok... pendekkan cerita....
Masa mandi-manda, aku tinggalkan jer beg kat tepi sebab aku tengok ramai yang buat camtu. Lagipun benda berharga aku simpan kat loker berkunci. Dalam beg cuma pakaian jer. Takkan ler ada yang nak curik kan kan kan.....
TAPIIIII.. aku silap percaturan. Ada peminat Liverpool yang tak pernah jumpa beg seperti beg galas Liverpool anak aku yang baru aku beli kat Padang Besar tempoh hari. Mungkin seumur hidup dia, dia tak pernah tahu ada beg sebegitu yang harganya sekitar RM20 sahaja. Mungkin bagi dia beg itu begitu berharga kerana Liverpool adalah sebuah pasukan yang sangat kuat. Dia sanggup ambil risiko untuk mencuri beg itu di tengah-tengah kesibukan orang ramai yang lalu lalang. Dia sanggup ambil risiko terkantoi dengan tuan punya beg semata-mata kerana sayangkan Liverpool!
Aku tak kisah pasal beg tu sangat sebenarnya sebab beg tu pun bukannya mahal pun. Yang aku kisah ialah..... Pakaian semua anak lelaki aku yang 3 orang tu ada dalam beg yang cantik itu lahhh! Dengan diapers Adik sekali disebatnya. Takkan dorang nak balik pakai baju renang jer?
Kalau masa nak masuk aku dapat rezeki terpijak ada orang bagi tiket free... masa nak balik aku terpaksa meminta jasa baik orang yang ada anak sebaya untuk sedekahkan diapers sehelai. Aku nak bayar... tapi orang tu tak nak. Terima kasih pada orang itu. Baju pulak? Takkan nak mintak sedekah jugak? Ingat lagi pasal ekonomi kapitalis yang aku sebut pasal permintaan tinggi harga mahal tu?.... Aku terpaksa beli pakaian 3 pasang yang harganya dekat-dekat RM150!
Rezeki.. rezeki....
No comments:
Post a Comment