Showing posts with label cacamarba. Show all posts
Showing posts with label cacamarba. Show all posts

2 Nov 2010

Ulasan Nokia C7

Sangatttttttt besttttttt.... bagi seseorang yang telah menggunakan Sony Ericson K530i selama lebih 3 tahun. Itu sahaja ulasan aku.

Kalau tak paham dengan ulasan ringkas ni.... ibaratkan ko dah biasa bawak Kancil selama 3 tahun lebih.. ko trade-in kancil tu dan bawak balik keta yang 3 kali ganda lebih mahal harganya.

Kalau tak paham jugak sebab tak pandai guna signal masa memandu.... jom ikut aku ke Hong Kong hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Feb 2009

Minda Berkuasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Dec 2008

Saiz Biasa Barang Besar

Ada masa-masa tertentu aku rasa susah betul kalau punya saiz kaki yang normal. Dalam timbunan kasut-kasut dalam gambar kat bawah ni... mungkin tak sampai 5% sahaja yang padan dengan kaki aku. Kasut saiz 8 hingga 11, berlambak-lambak. Saiz aku... punyalah payah nak jumpa. Bila dah jumpa, asyik yang sebelah kanan ajer. Aku sudah putus asa selepas lebih 1/2 jam mencari. Datang bini aku... tak sampai seminit dia jumpa yang belah kiri.


Secara kesuluruhannya, aku dan keluarga habiskan masa selama 3 jam kat jualan kilang kasut ni....demi nak dapatkan kasut sekolah RM10/sepasang dan kasut-kasut lain yang paling mahal pun cuma RM19 sepasang.




Gambar berikut tidak ada kena mengena dengan saiz kasut dan juga bukanlah untuk memberitahu aku dah beli DSLR. Ia hanya untuk menunjukkan betapa aku teringin nak ada barang besar macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Mar 2007

Senarai

Aku nak buat entri baru tapi otak aku tak boleh nak mengarang sekarang ni. Jadi.. aku buat senarai jelah apa yang aku nak tulis.
  1. Buah hati pengarang jantung aku akan mula kerja balik Isnin ni. Kerja yang dibayar gajinya. Kerja yang tak perlu dibayar gaji tapi mendatangkan keseronokan itu masih bercuti lagi. UWAAAAAAAAAA.
  2. Kenapa pelajar sekolah agama kat Kelantan yang dapat 17 1A dan 1 2A tu tak diistihar pelajar terbaik SPM 2006? Adakah kerana "cadangan" asal ada pelajar lain yang berasal dari Johor dapat 19 1A? (yang kemudiannya didapati cuma 14 1A sahaja)
  3. Raja Lawak Astro patut ditukar tajuknya kepada Raja Badut Astro. Atau nama yang lebih baik Raja Lawak Bodoh Astro! Ehhh.. Raja Lawak Astro Bodoh lah lagi sedap.
  4. Akademi Fantasia dah bermula. Belum nyanyi dah suruh orang sms dah. Bangang betul. Bukan Astro yang bangang. Orang yang SMS yang bangang!
  5. Usaha aku untuk mendapat hit yang lebih tinggi dengan meletakkan "Cikgu Suraya" sebagai tajuk entri..... berjaya!
  6. Aku benci Manchester United.
  7. Masa dah tamat. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Mar 2007

Tiga Dalam Satu

Sukan SKSU 2007


Cikgu... Saya nak terkencing ni!!


Cikgu tak bagi saya kencing dulu tadi.. kan dah dapat nombor 3!


Cepat-cepat!


Cheh... nak kena merangkak pulak...


hehe... buat tahun kedua berturut-turut dapat medal...



Kak Long dan Bang Ngah bersama hadiah tambahan dari ayah.. Belon hehehe

*********************************
11 Mac 2003


Kek harilahir Bang Cik.. diraikan lewat sehari sebab ada masalah kedai kek.

Semua yang dalam gambar ni berebut nakkan kereta mainan yang diletakkan di atas kek cadangan asal.. akibatnya... kek ada kereta batal.. dan beli kek yang ada buah banyak ni...

*************************
Blok Tambahan


Masa aku sekolah rendah dulu, gelanggang takraw sentiasa ada budak yang main. Sebelum kelas mula, masa rehat dan selepas sekolah. Budak-budak sekarang, bola takraw pun ada yang tak kenal agaknya... gelanggang terpaksa dijadikan tapak blok tambahan sekolah. Tak ramai yang peduli pun pasal gelanggang ni.. mak bapak sekarang kan dok sebok pasal akademik jer. Semua nak anak masing-masing dapat 19 1A jugak nanti....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Dec 2006

CINTA 2

Waktu pejabat di hujung-hujung tahun macam sekarang, aku sibuk selesaikan kerja aku yang telah aku kumpul sepanjang tahun.
Komen-komen korang aku tak sempat nak balas satu-satu.
Malam-malam pulak aku sibuk tengok Sukan Asia.
Aku benci tengok Sukan Asia kat RTM tapi aku tetap tengok juga.
Tapi aku sempat tengok filem CINTA... memang bagus! Cerita melayu terbaik pernah aku tengok kat pawagam. Kali pertama dulu, Sembilu. Nyesal sampai sekarang aku tengok cerita tu. Filem CINTA ni kali kedua aku tengok cerita melayu kat panggung! Rasa macam nak tengok lagi...
Aku hampir-hampir babikan seorang perempuan dalam panggung macam Sinaganaga. Mentang-mentang dia tengah tengok buat kali yang 47 agaknya, kalau boleh semua babak dia nak cerita kat kawan dia.
19 hingga 22 Disember ni aku akan ke Langkawi. Bukan bercuti, tapi bermesyuarat sambil bercuti. Kalau kebetulan korang pun ada kat sana time tu, jom jumpa! Mesyuarat tu ada 3 je lelaki. Lagi 2 orang bawak bini. Nampak gaya aku akan jadi supir kat sana! Bawak bini orang dan mak orang yang tak bawak famili pergi Idaman Suri hahaha.
Terima kasih.

ps - rasa macam nak bukak blog lain je tahun depan sebab nak masuk kategori weblog baru terbaik lagi haha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Aug 2006

Selimut Putih

Sebelum pergi ke surau untuk persediaan ceramah, pasanglah dulu perangkap tikus di rumah anda.

Sesampai di surau, lihatlah buktinya kewujudan manusia yang menganggap sedekah itu ialah.... campak kerusi buruk anda di sini.

Ini pula adalah wakaf yang dibina secara gotong royong kira-kira 2 tahun yang lepas. Wakaf ini akan menjadi pentas ceramah. Selain Akhil Hayy yang pernah berceramah di sini tahun lepas, ustaz-ustaz lain yang pernah mengeluarkan suara lantang mereka ialah Datuk Harussaini Mofti Perak, Ir Shaari Sungip dan Dr. Fauzi Deraman. Penceramah yang sangat-sangat "power" seperti Taib Azamudin, Dr Hassan Ali dan yang sejenis dengannya biasanya dibuat di dalam surau sahaja. Bukannya apa... sengaja nak bagi SB-SB yang hadir merasa tidak berapa selesa hehehe.

Tempat duduk yang disediakan adalah terhad kerana surau cuma ada lebih kurang 200 kerusi sahaja. Yang lain kena duduk atas tikar jelah nanti.

Setelah semua persiapan seperti skrin besar, sistem PA, kerusi meja dan sebagainya selesai, maka acara simbolik membakar bendera Israel telah dibuat sebagai tanda membantah tindakan Yahudi laknat di Lubnan sekarang.

Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa peniaga yang membuat persiapan membuka gerai jualan di pintu masuk surau.

Selepas solat maghrib, projector dan laptop dipasang berhadapan skrin besar untuk tayangan rayuan derma pembinaan Kidas dan juga powerpoint aktiviti-aktiviti akan datang. Anak-anak aku tidak ketinggalan dalam membuat bayang-bayang di skrin besar tersebut.

Selepas isyak, muslimin dan muslimat mula memenuhi Dataran Al-Hidayah.


Hampir 9.40 baru Ustaz Akhil Hayy sampai. Rupanya ada kemalangan maut yang menyebabkan kesesakan lalulintas luarbiasa. Penyambut tetamu yang tidak dilantik telah memeriahkan lagi sambutan terhadap Ustaz.

Aku memilih untuk berdiri di wakaf sahaja daripada berebut-rebut untuk bersalam dengan ustaz. Dapat juga salam dengan dia sebelum dia naik ke wakaf.

Akhil Hayy kurang sihat malam itu. Makanya dia tidak dapat ceramah berdiri. Mujur ada orang yang pernah sedekahkan sofa cantik.

Sakit-sakit pun, lebihkurang 2 jam dia berceloteh. Sempat lagi buat mak aku terkenangkan seruan Azan di Mekah yang katanya sebiji seperti yang dilaungkan Akhil Hayy. Dengan tekak yang gatal itupun, masih merdu nyanyian yang dilagukan. Nyanyian yang diselang-selikan dengan ceramah penuh humor membuatkan masa berjalan begitu pantas sekali.

Tengah sedap-sedap dengar ceramah, si Abang mengamuk pulak nak balik sebab dia nak membotolsusu. Terpaksalah aku bawa dia balik ke rumah dulu. Selepas aku buat susu dia, aku periksa perangkap tikusku. Yahoooo.. dapat sekali 2 ekor cencorot!

Abang pulak sambil membotol, terus lelap. Yang lain masih di surau pula. Mujur anak jiran aku ada di rumah dia dan sanggup menemani Abang dan cencorot dalam sangkar tu. Aku menapak kembali ke surau. Hampir 11.45 malam, ceramah tamat. Rupanya ramai anak kecil yang sudah tertidur termasuklah Kakak dan Adik. Terpaksalah aku dukung si Adik pula dan menapak ke rumah sekali lagi.

Masa aku dukung Adik, aku lihat di pentas, sesi otogeraf tak rasmi telah mula berlangsung. Bila aku kembali ke surau 15 minit kemudian, sesi otogeraf itu masih panjang lagi "Q"nya. Mungkin sebab Akhil Hayy baru keluarkan album nasyid yang buat ramai yang mahukan tandatangan beliau pada kulit albumnya.

Sambil-sambil diaorang berebut-rebut nak otogeraf tu, sesi ambil gambar ajk surau bersama ustaz pun berjalan. Ambil gambar ikut suka tuan punya kamera hehehe. Rasa macam nak buat simbol rock kapak di belakang kepala Ustaz tapi tak sangguplah pulak.

Selesailah sudah ceramah Isra' Mi'raj Surau Al-Hidayah Saujana Utama untuk tahun ini. Bagi yang tak pernah dengar Akhil Hayy ni bernasyid, tekanlah "play" pada klip video di bawah. Pada yang nak dengar rakaman ceramah dia pulak, sila klik sini.



Sebagai penutup entri ini, sama-samalah kita hayati lirik Selimut Putih.

Bila Izrael datang memanggil,
Jasad terbujur di pembaringan,
Seluruh tubuh akan menggigil,
Terbujur badan dan kedinginan.

Tak ada lagi gunanya harta,
Kawan karib sanak saudara,
Jikalau ada amal di dunia,
Itulah hanya pembela kita.

Janganlah mahu disanjung-sanjung,
Engkau digelar manusia agung,
Sedarlah diri tahu diuntung,
Sebelum masa keranda diusung.

Datang masanya insaflah diri,
Selimut putih pembalut badan,
Tinggal semua yang dikasihi,
Berbaktilah hidup sepanjang zaman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...