13 Aug 2006

Lepas Ceramah

Makan dengan Ustaz Akil Hayy di rumah seorang sahabat.



Tengah buat apa tu Ustaz?



Ohhh....



Otograf kedua yang pernah aku dapat. Yang pertama, Sinaganaga untuk buku Ayah Kita Bos.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Aug 2006

JEMPUTAN



UPDATE - Peta ke Saujana Utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Aug 2006

Hidup Umpama Roda

Selepas tamat pengajian, aku pernah kerja di 4 tempat dalam masa 4 tahun sebelum menjadi hamba kerajaan sejak hampir 7 tahun yang lepas ini.

Masa aku grad, aku boleh pilih nak kerja kat mana-mana yang aku suka. Aku pergi temuduga. Yang ditanya berapa gaji nak dan bila boleh mula. Tak sempat aku nak pergi temuduga kali kedua, aku sudah mula bekerja. Itulah untungnya grad zaman ekonomi Malaysia mencanak-canak naik macam tidak akan jatuh.

Cukup setahun di situ, aku sudah bosan. Aku pindah kerja. Bidang kerja sama tapi pejabat yang lebih kecil dan di lokasi yang aku lebih suka. Sebenarnya ia lebih kepada aku mahu dekat dengan awek aku hehehe.

Selepas setahun di tempat kedua ini, ekonomi mula goyang. Satu hari sebelum hari gaji, Bos buat mesyuarat tergempar maklumkan gaji kami semua dipotong 30%. Potongan gaji mula serta-merta dan esok akan mula dapat gaji baru! Giloss. Kami semua protes sebab tidak diberi amaran lebih awal. Bos dengar cakap kami dan dia sanggup jual batang-batang golf dia (atau apa-apa batang yang dia ada.. kami peduli apa) untuk bayar gaji penuh bulan tu. Tapi bulan depan tak ada kompromi lagi. Bos juga cadangkan kami cari kerja lain.

Tak sempat aku cari kerja lain, bos aku sudah carikan aku kerja lain di syarikat kawan dia. Gaji kurang sedikit tapi tidak sesedikit gaji yang akan dipotong 30% itu. Aku pun terima sahajalah. Rupanya, aku ibarat sudah keluar dari oasis kering melangkah ke perigi buta. Hari ketiga di tempat baru, aku sibuk berkenalan dengan pemungut-pemungut hutang yang ingin sangat berjumpa dengan bos baru aku. Dari indon tukang besi sampai towkei kedai bunga cari dia. Hampeh betol!

2, 3 minggu kemudian keadaan jadi tenang. Aku tak tahulah pegawai bank mana yang mangkuk berani bagi bos aku hutang lagi masa tu. Yang aku tahu, pemungut-pemungut hutang tu berhenti bersembang dengan aku dan bank tempat pegawai bank mangkuk itu bekerja dah bertukar signboard. Aku juga sudah tidak perlu duduk di pejabat lagi tetapi ditempatkan di pejabat tapak sebab projek baru dah bermula.

Bos aku janji akan bagi duit minyak dan elaun tapak sebab kena kerja di kontena dan berkantinkan Madhura. Bila ada lukisan yang nak diberikan pada subkontraktor, dia suruh aku cetak guna duit aku dahulu dan claim kat pejabat. "Baik bos" kata aku. Selepas beberapa bulan, aku masih tak dapat semua claim-claim aku. Bukan setakat aku je yang tak dapat apa yang dijanjikan, pekerja-pekerja Indon kat tapak semuanya dah tak nak kerja sebab dah lama tak dapat gaji. Nasib baik diaorang tak pelangkung aku!

Aku sendiri sudah mula mencari-cari kerja lain. Sementara aku sedang mencari-cari itu, pengarah syarikat yang membiayai projek aku tu buat lawatan mengejut dan dia bengang sebab tidak ada Indon yang bekerja. Rupanya, hari itu barulah aku tahu, bos aku sudah pusing duit projek ini untuk projek lama yang tak siap-siap dan takkan siap itu. Akibatnya... aku yang bekerja di syarikat yang mengendalikan kerja di tapak tapi tak tahu malu guna duit yang orang bagi untuk projek lain pulak, telah tidak diperlukan lagi.

Maka bermulalah hidup aku sebagai seorang Salesman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Aug 2006

Lelap

Maghrib.

"Abang ni bau ikan lahh.. pegilah mandi cepat!"
Aik.. aku yang baru balik main bola ni dikatakan bau ikan... ehh.. bini aku mana pernah panggil aku abang... anak aku yang sukar disuruh mandi itu rupanya yang berbau.

Tengah Malam.

"Sayang ni kuat benau bau petai.. gi lah gosok gigi tu dulu"

Lepas gosok gigi.... aku taip entri ini sebab bini aku dah lelap! Lama betul aku menggosok rupanya.



Ps... aku pergi Laman Seni lawat gerai geng jurnal. Kalau nak tahu kisah sorang jejaka pemalu yang aku jumpa kat situ.. sila ke entry kingbinjai ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Aug 2006

Apa Kata Survey

Ketika berbicara tentang konflik dalam rumahtangga, penceramah ada menyebut tentang satu kajian oleh seorang saintis yang dia dah lupa nama. Kajian itu menyatakan, perempuan perlu menuturkan sebanyak 1,000 (atau 10,000???) patah perkataan dalam sehari. Lelaki pula hanya perlu bertutur sebanyak 20% sahaja dari jumlah perkataan seorang perempuan. Pendek kata, untuk memastikan sesuatu konflik di antara lelaki dan perempuan itu dalam keadaan terkawal dan menjurus kepada hasil yang positif, faktor kebercakapan yang banyak seorang perempuan haruslah difahami oleh seorang lelaki.

Untuk mengesahkan akan kebenaran teori ini, aku telah membuat perbandingan di antara blog-blog berikut :-

Blog Isteri Orang

MAMARISYA

RAHAYU

P-NUT

Blog Anak Dara

Sastri

Si Kenit

Tuan Tanah

Blog Suami Orang

Ontahsapo

Esis

DugongSenyum

Blog Lelaki Bujang

BlackPurple

Spyz

AyobKelubi


Hasil pemantauan aku ialah:-

Kebanyakan entri blog lelaki bujang dan yang dah berkeluarga tak banyak beza. Pendek.
Kebanyakan entri blog orang perempuan semasa bujang pendek-pendek... bila dah mula berkeluarga... mak aiii.. panjangnyaaaaa.

Kesimpulan anda?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Aug 2006

Kursus

Aku kena hadir kursus Pengurusan Konflik dan Krisis selama 2 hari. Tadi (Selasa) cerita pasal konflik. Esok (Rabu) cerita pasal krisis pulak. Kursus ok. Tapi aku rindukan blog aku! Kat rumah ni sempat jenguk sekejap2 jer sebab anak-anak aku sibuk suruh buka website Ultraman dan Power Rangers. Si Kakak pulak demam, sampai Ustazah dia hantar balik ke rumah petang tadi. Bila dorang dah tidur, baru boleh memblog dengan aman hehehe. Baru sempat jengah beberapa blog dan komen apa yang patut... tengok jam dah lewat malam dah. Pada tuanpunya blog-blog yang aku tak sempat tinggalkan jejak tu aku nak mintak maaf banyak-banyaklah ya. Tapi tak tinggal jejak tak bererti tak lawat ya :). Kalau ada yang sudi, silalah jenguk fotopages aku. Aku akhiri entri aku ini dengan pertanyaan... Apakah yang pelik dengan amaran pada tingkap bilik hotel ini?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Jul 2006

Nak Cepat Sangat

Kalau anda sekeluarga sedang menuju ke Tiara Beach Resort, Port Dickson untuk bersuka ria di hujung minggu beberapa hari selepas kakitangan kerajaan mendapat gaji, anda pasti berhadapan situasi seperti gambar di bawah semasa melalui lebuhraya Utara Selatan.




Semasa anda sedang mengawal perasaan disebabkan tempoh perjalanan yang menjadi lebih panjang akibat kesesakan jalanraya di lebuhraya yang tinggi kadar tolnya itu, beberapa kereta yang dipandu oleh beberapa orang yang menyangka hanya mereka sahaja yang perlu segera sampai ke destinasi akan memotong anda dan manusia penyabar yang lain menggunakan lorong kecemasan. Contohnya adalah seperti gambar berikut.




Apa yang anda perlu lakukan? Berdoalah semoga mereka-mereka yang mementingkan diri sendiri itu mendapat bala dan teruskan kesabaran anda melayan anak-anak anda yang sudah acap kali bertanya .... "Bila nak sampai ni ayah? Kitaorang tak sabar nak berenang ni." Kesabaran aku dan doa aku makbul segera pada petang sabtu lepas!




Padan muka!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...