Selepas tamat pengajian, aku pernah kerja di 4 tempat dalam masa 4 tahun sebelum menjadi hamba kerajaan sejak hampir 7 tahun yang lepas ini.
Masa aku
grad, aku boleh pilih nak kerja kat mana-mana yang aku suka. Aku pergi temuduga. Yang ditanya berapa gaji nak dan bila boleh mula. Tak sempat aku nak pergi temuduga kali kedua, aku sudah mula bekerja. Itulah untungnya
grad zaman ekonomi Malaysia mencanak-canak naik macam tidak akan jatuh.
Cukup setahun di situ, aku sudah bosan. Aku pindah kerja. Bidang kerja sama tapi pejabat yang lebih kecil dan di lokasi yang aku lebih suka. Sebenarnya ia lebih kepada aku mahu dekat dengan awek aku hehehe.
Selepas setahun di tempat kedua ini, ekonomi mula goyang. Satu hari sebelum hari gaji, Bos buat mesyuarat tergempar maklumkan gaji kami semua dipotong 30%. Potongan gaji mula serta-merta dan esok akan mula dapat gaji baru! Giloss. Kami semua protes sebab tidak diberi amaran lebih awal. Bos dengar cakap kami dan dia sanggup jual batang-batang golf dia (atau apa-apa batang yang dia ada.. kami peduli apa) untuk bayar gaji penuh bulan tu. Tapi bulan depan tak ada kompromi lagi. Bos juga cadangkan kami cari kerja lain.
Tak sempat aku cari kerja lain, bos aku sudah carikan aku kerja lain di syarikat kawan dia. Gaji kurang sedikit tapi tidak sesedikit gaji yang akan dipotong 30% itu. Aku pun terima sahajalah. Rupanya, aku ibarat sudah keluar dari oasis kering melangkah ke perigi buta. Hari ketiga di tempat baru, aku sibuk berkenalan dengan pemungut-pemungut hutang yang ingin sangat berjumpa dengan bos baru aku. Dari indon tukang besi sampai towkei kedai bunga cari dia. Hampeh betol!
2, 3 minggu kemudian keadaan jadi tenang. Aku tak tahulah pegawai bank mana yang mangkuk berani bagi bos aku hutang lagi masa tu. Yang aku tahu, pemungut-pemungut hutang tu berhenti bersembang dengan aku dan bank tempat pegawai bank mangkuk itu bekerja dah bertukar
signboard. Aku juga sudah tidak perlu duduk di pejabat lagi tetapi ditempatkan di pejabat tapak sebab projek baru dah bermula.
Bos aku janji akan bagi duit minyak dan elaun tapak sebab kena kerja di kontena dan berkantinkan Madhura. Bila ada lukisan yang nak diberikan pada subkontraktor, dia suruh aku cetak guna duit aku dahulu dan
claim kat pejabat. "Baik bos" kata aku. Selepas beberapa bulan, aku masih tak dapat semua
claim-claim aku. Bukan setakat aku je yang tak dapat apa yang dijanjikan, pekerja-pekerja Indon kat tapak semuanya dah tak nak kerja sebab dah lama tak dapat gaji. Nasib baik diaorang tak pelangkung aku!
Aku sendiri sudah mula mencari-cari kerja lain. Sementara aku sedang mencari-cari itu, pengarah syarikat yang membiayai projek aku tu buat lawatan mengejut dan dia bengang sebab tidak ada Indon yang bekerja. Rupanya, hari itu barulah aku tahu, bos aku sudah pusing duit projek ini untuk projek lama yang tak siap-siap dan takkan siap itu. Akibatnya... aku yang bekerja di syarikat yang mengendalikan kerja di tapak tapi tak tahu malu guna duit yang orang bagi untuk projek lain pulak, telah tidak diperlukan lagi.
Maka bermulalah hidup aku sebagai seorang
Salesman.