Heiii heiii heiii.... aku hanya mampu menjerit sambil berharap mamat tu sedar dari lamunannya. Tapi malang, bukan sahaja jeritanku macam tak wujud bagi dirinya, malah lori yang entah berapa tan beratnya melintas di depan motosikal beliau pun seolah-olah dilindungi dari penglihatan. Yang peliknya, pembonceng di belakang pun seakan mengelamun sama tanpa menyedari bahaya yang bakal menimpa. Gedebang.... tayar depan kapcai itu bertembung dengan tayar belakang lori tersebut. Mujur yang jahanam hanya tayar sahaja tanpa mencederakan kedua-dua pengelamun tadi. Mungkin yang terjejas adalah angan-angan yang sedang bermain di kepala otak mereka. Legaaaa.... Kalaulah terjadi sesuatu yang lebih buruk... aku rasa sekarang ni aku sedang sibuk berurusan dengan polis sebagai saksi kematian 2 insan yang maut semasa sibuk melayan fikiran yang melayang entah ke mana. Dan kalau itulah yang terjadi, aku sendiri tak pasti adakah aku mampu untuk meneruskan perjalanan aku sendiri yang berkapcai sama seperti mereka.
"Macam mana lah dorang boleh tak nampak lori tu ek?" Sayang ku yang menjadi pembonceng eratku hanya mampu berkata "Begitulah agaknya keadaan mereka yang kemalangan... tak nampak langsung benda yang dilanggar!" Aku hanya mengangguk tanda setuju.
1 comment:
kadangkala kemalangan ini memberi keinsafan bahawa kematian ada di mana-mana.
Post a Comment