Pagi semalam aku ada 2 komitmen. Nak kena jadi pengadil untuk Street Soccer Remaja Al-Hidayah dan juga nak bawak bini pegi check-up kat Pusrawi.
Aku cakap dengan bini, pagi-pagi aku mesti pergi ke surau dulu untuk buat undian dan kemudian beri penerangan pada budak-budak tu tentang peraturan pertandingan. Briefing tu dijangka dibuat jam 8.30 pagi.. jadi elok sangat ahh selesai briefing aku balik dan bawak bini ke klinik tu sebab klinik buka jam 9. Harapnya orang tak ramai dan aku dapat segera kembali bertugas di surau.
Walaubagaimanapun, rancangan hanya tinggal rancangan jelahhh. Pukul 9 baru mula briefing tu. Lepas penerangan selama lebih kurang 10 minit, aku dapati kawan aku yang dah ditugaskan untuk jadi pengadil sementara aku nak ke klinik tu masih belum sampai lagi. Hampehhh... aku pun tengok jugak Rep Chech kena belasah dengan Ghana sampai pukul 2 pagi tapi masih boleh bangun awal jugak.
Pukul 10 pagi baru nampak kelibat mamat tu. Aku pun terus serah wisel kat dia dan merempit balik ke rumah. Tak sabar rasanya nak tengok kandungan rahim bini aku bila di "scan" nanti. Kamera pun aku bawak untuk aku amik gambar still dan video pada screen monitor tu kalau-kalau doktor tu tak boleh nak produce.
Tiba di klinik, Alhamdulillah orang tak ramai. Tunggu dalam 20 minit dapatlah jumpa doktor. Doktor tanya latar belakang dan sejarah kemengandungan bini aku sebelum-sebelum ni dan akhirnyaaaa... "Sila baring kat atas katil tu" minta puan doktor. Aku pun menyebuklah berdiri dekat-dekat skrin monitor di sebelah katil tempat bini aku diskodeng isi rahimnya.
Belum sempat aku nak tanya doktor kalau-kalau boleh dapat gambar scan tu ke... semangat aku terus luntur bila aku dapati imej yang dipaparkan sama seperti imej yang aku lihat lebih kurang 3 bulan lepas aku kahwin dulu (1)... Reaksi doktor ini juga sama seperti dulu....saiz kandungan terlalu kecil dari yang sepatutnya.
"Saya bagi awak makan ubat ni dulu dan kita beri sedikit masa untuk ia membesar. Dua minggu lagi awak datang balik"
Bagi aku, aku tahu buat masa ini... Adik masih lagi anak aku yang bongsu dan panggilan Bang Cik (Abang Kecik) untuknya terpaksa ditangguhkan dulu.
UPDATE pd 4.25pm
Tambahan nota kaki
(1) Satu minggu lepas scan 3 bulan lepas kahwin itu, bini aku terpaksa buat D&C untuk membuang kandungan yang tidak menjadi.
12 comments:
oh! bape bulan dah?
kandungan sulung ker?syukur...berdoa semoga selamat....cuaca pun masih menunggu hujung bulan kalau2 lekat hehehehehe.....
sabar sabar......sot ba ro......!!!
King.. patutnya 2 bulan lebih tapi kandungan ikut scan tu 6 minggu je
cuaca... aku dah punya 3 anak
Ontahsapo... aku tak sabar tunggu 2/7 ni utk scan balik
teringinnya aku nak anak lagi..
sabarla, berdoa banyak2 insyaAllah takde apa apa. adik ipar aku juga kecil kandungannya
ebibaga.... rezeki di tangan Allah, tugas ko tambah je anak tu
king... Insyaallah
bawak bersabor dulu... tak ada rezeki... walaumacamanapun D&C tu kena buat juga
Ada hikmah nye... kadang-kadang kita tak tahu je...
Kamato... 2 julai nanti kena gi scan balik.. masa tu baru tau kena D&C atau tidak
Raeidzal.. memang setiap yg berlaku ada hikmah
Sabar bro'. Ada hikmahnya tu. Kita cuma merancang........... :)
sabar ek Lan.. ko buatlah solat hajat..minta pada Allah.. tp apapun kene tabah la.Kalo ade rezeki insyaAllah tak ke mana.. okeh? kalo nak compare kan ko dengan aku..ko lg la bertuah. aku ni ha blom ade rezeki pon lg.. :)
Post a Comment