12 Jul 2006

Tak Ikut Arahan

Kursus Induksi Jun 2000 Permai Park Inn Kuala Trengganu.

Sila baca arahan dengan betul sebelum menjawab ujian ini. Terdapat 20 soalan dan anda diberi masa selama 2 minit.



1. Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.
2. Pastikan semua jawapan ditulis dengan terang dan mudah dibaca.
3. Sila jawab bla bla bla bla bla
4. Bla bla bla
5. Bla bla bla


Giler ahh dorang ni. Adakah patut nak kena jawab 20 soalan dalam 2 minit. Maka.... apabila fasilitator kata mulakan sekarang jer. Aku terus mula menjawab dengan pantas.

1. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke tiga? (Tun Hussien Onn)
2. Jika terdapat 50 orang pelari di dalam satu pertandingan Marathon, berapa ramaikah yang akan menghabiskan larian tersebut? (Giloss... mana lah aku tahu... kalau semua macam aku, semua tak abis ahh.. skip dulu)
3. 485/2? (Ishk.. kalkulator tak ada.. tak cukup jari nak kira ni.. arghhh... 242.5)
4. Sila berdiri dan sebut nama rakan yang duduk di sebelah anda dengan kuat. (Aku berdiri laju dan menjerit "Zakuan!"... sejurus aku duduk balik, si Zakuan pulak berdiri dan jerit "Lan Rambai!". Aku senyum kat dia.. senyum bangga sebab ternyata aku yang paling pantas menjawab soalan ujian ini.)
5. Berapakah bilangan jalur berwarna merah pada bendera Malaysia? (7 ke 8 ekk... 7 kot)
6. Sila tuliskan nama kucing peliharaan anda. (aku tak da kucing.. skip dulu)
7. Adakah anda rasa anda seorang yang bijak? (YAAAAAAAAAA!!!!!!!!)
8. Siapakah nama menteri yang bertanggungjawab ke atas runtuhnya bumbung PULAREK? (lagi soalan giler ni... kang aku salah jawab kang.. tak pasal2 kena ISA.. skip lah dulu)
9. Apakah nama blogspot anda? (Apa kejadahnya blogspot ini)
10. Siapakah yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2006? (Germany!!!)
11. Mengapa....

MASA TAMAT. SILA BERHENTI MENULIS!

Seminit kemudian.. aku menjadi orang yang paling malu di dewan yang sungguh indah pada pagi bersejarah itu. Nak tahu kenapa? Sebab arahan no. 5 Bla Bla Bla yang berwarna merah itu ialah... Sila jawab soalan 1, 5 dan 14 sahaja!

Nota kaki 1 - Semua soalan ujian yang dinyatakan di atas adalah rekaan aku untuk entri ini kecuali soalan no. 4 yang benar-benar buat aku berdiri memalukan diri sendiri!
Nota kaki 2 - Hanya aku dan Zakuan sahaja yang berdiri semasa orang lain dengan tenang menjawab 3 soalan sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 comments:

Literature Sushi said...

Alamak malu nyer...

Unknown said...

biar betul cik lan macam ni soalan kat kursus induksi, kecut perut den..

KUDIN.. said...

alaaaa..kacang je soalannya...ianya satu latihan supaya dapat mematuhi General Order (G.O)...macam jugak dalam askar...kitorang pun ada kursus macam ni...kita memang diajar utk patuh kepada arahan ketua..

p/s: yang problemnya bila ketua buat salah..anak2 buah tak berani nak tegur...semua jadi yesss man..budaya menegur kesalahan yg dibuat oleh ketua yg sepatutnya dibentuk.....tapi diorang akan jawab AAAAHHH...'aku makan gaji jee..".....tapi kena ingat gaji yg dibayar oleh kerajaan itu adalah duit orang ramai termasuk duit pembayar cukai macam aku...hahaahhahahahahahhahahahaha...aku tak buat entri hari ni...aku tumpang kau punya blog je...hahahahahahahaahahahaa.....

Lan Rambai said...

Raeidzal... memang memalukan
Si kenit.. ia adalah salah satu aktiviti dlm induksi khusus... yang banyak LDK tu.. bukan ujian betul2
Kudin... jauh benor menyimpang ko ni hehehe... blog ko ada lagi ker?

NONIE AZIZ said...

kamu dua orang memang bersemanagat waja...ada tak fasilitator cakap macam tu...

Unknown said...

ada bawa balik kertas soalan? I nak kenakan rakan-rakan I jugak... hahaha

Lan Rambai said...

MR... terlebih semangat kot hehehe.. nasib baik fasi tak kutuk.. dia cuma ingatkan pada semua pasal baca arahan betul-betul jer.... dan akulah yang paling nyata tak ikut arahan hahahah
kenny... kertas soalan tu tak boleh bawak balik sebab dorang nak kenakan peserta batch lain pulak

ontahsapo said...

aku suka usaha kau menjawab semua soalan, usaha yg murni, sekurang kurangnya kau tak menggunakan calculator...

Ayu Mohamad said...

hahaha lan.. ko nih sabo jek laaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Pegawai Khalwat said...

Ha ha.... soalan macam ni aku dah kena masa darjah 6 la.

Moon® said...

Itulah lain kali baca arahan dulu, tapi aku tak salah kan ko memang sifat semulajadi kita cam tu nak cepat aje tapi arahan tak baca. Tapi soalan no: 4 tu malu babe..

Amanitium Cho said...

haha, tidak apa, cuba lagi lain kali. semoga anda membaca semua soalan dahulu sebelum mula menjawab lain kali.

Lan Rambai said...

OS.. usaha aku yg tak kena pada tempatnya hehehe
ayu.. aku memang jenis tak sabar hehehe
peg khalwat.. darjah 6 ko dah terkena ek?
moon & amani.. sejak dari kejadian itu memang aku baca abis semua arahan

kingbinjai said...

hahaha aku baca arahan tu dah tau dah kisah entry nie pasal aku dulu pun pernah terkena juga hahahahaha

Lan Rambai said...

king.. akhirnya aku jumpa jugak dgn orang lain yg pernah terkena macam aku... selama ni aku ingat aku berdua jer hehehe

KUDIN.. said...

betul la aku cerita tu Lan...General Order (G.O) utk mengajar orang supaya ikut arahan dan prosidur yg telah dibuat...jangan pakai belasah je.....sekarang ni diorang tambah pulak akujanji.....kalau bocor rahsia dsb boleh masuk OSA...hahahahahahaha..

blackpurple @ jowopinter said...

Isk kau ni.... kan dah kemaluan......

Sastri said...

keskeskes... gelak gilos sas baca nih... memang lawak....

Unknown said...

wakaka.......lain kali baca habis arahan. Tu mesti tgk ada 20 soalan, terus takut tak habis jawab...nak cepatlah konon, tp sendiri dpt malu. Takpe...pengajaran utk yg lain.

Lan Rambai said...

Kudin.. betullah kot
BP.. masa tu memang kemaluan aku amat besar sekali hahaha
Sastri.. awak gelakkan saya ya..
Yus.. kalau gi kursus dgn ramai yg kita tak kenal, bagus jugak kalau mengglamerkan diri camtu hihi

Akima Akatoman said...

hehehe..
lenkali baca dulu arahan tu sampai habis..

MLanz said...

kuang-kuang2 kua.. biasala tu..
dulu aku pun kena juga.. tetiba jawab hanya 3 soalan jugak..sebb kita panik masa yg diberikan.. so the moral of the story is... read theinstruction first dalam apa hal juga....he..he.. sure malu gile punye...

sempoii said...

aku kena soklan ni masa SRP. Yea..yea...aku amik SRP, bukan PMR ya. Masa tu ada soklan, "jerit nama Sekolah menengah (nama sekolah aku la)...bla bla" dengan kuat apabila abis jawap.

dushhh! muakakaka!

Lan Rambai said...

Lanz.. ko pun pernah terkena jugak.. bagussssss
sempoiii.. ko amik srp? maknanya ko ni dah tua ahh hahahahaha

sempoii said...

napa? ko ingat aku macam budak UPSR ker? wakakaka!

Anonymous said...

Excellent, love it!
» » »