Aku kena hadir kursus Pengurusan Konflik dan Krisis selama 2 hari. Tadi (Selasa) cerita pasal konflik. Esok (Rabu) cerita pasal krisis pulak. Kursus ok. Tapi aku rindukan blog aku! Kat rumah ni sempat jenguk sekejap2 jer sebab anak-anak aku sibuk suruh buka website Ultraman dan Power Rangers. Si Kakak pulak demam, sampai Ustazah dia hantar balik ke rumah petang tadi. Bila dorang dah tidur, baru boleh memblog dengan aman hehehe. Baru sempat jengah beberapa blog dan komen apa yang patut... tengok jam dah lewat malam dah. Pada tuanpunya blog-blog yang aku tak sempat tinggalkan jejak tu aku nak mintak maaf banyak-banyaklah ya. Tapi tak tinggal jejak tak bererti tak lawat ya :). Kalau ada yang sudi, silalah jenguk fotopages aku. Aku akhiri entri aku ini dengan pertanyaan... Apakah yang pelik dengan amaran pada tingkap bilik hotel ini?
19 comments:
Patutlah tak nampak u... happy berkursus. Eh... apa hotel tu? Pesanan ni nampak macam pernah ramai orang melompat dari tingkap tu.
Hotel cokia mana hang pi dok kursus ni?
rasanya dia takut baju yang sidai kat luar tu hempap kepala orang kat bawah agaknya.... :) tarikan gravitikan kuat...
hahahaha tingkap hotel mana boleh bukak hahahahhaha
huhuhu..ntah la ekk, kat genting je slalu bukak tingkap..hehe
hmm..maybe
1) ada pencuri yg suka masuk melalui tingkap, or curi baju
2) ada monkey yg suka curi baju
3) ada hantu..wooooooooooooo
tak tahu ler
eee takut!!!
aiseh akak demam ke??? get well soon, AMIN...
ps-geram betul tengok signboard tu... dah lama merdeka tapi bahasa melayu dok kat bawah juga... siap bawah bahasa cina lagi tu yang syok tu... dah jadi bahasa ke-3...
mungkin ada mmonyet yg suka masuk bilik hotel....
tergelak aku baca hahahaha selama aku dok hotel tak penah jumpa lagi signboard mcm nih hahahahaha
Tanda-tanda tegar tu Lan..hehe
Pakaian 'besar' ke pakaian 'kecil'..?
Jejak Bertapak.... tanda jenguk gak ni..
Sidai baju kat luar dengan sotong kering bergantungan ini memang menjadi kebiasaan terutama utk rumah2 flat..ISu ini pernah dibincangkan kat kabinet masa Tun dulu kalau tak silap masa tu kita jadi tuan rumah utk PATA...tahun 1987 aku rasa..
Pemandangan baju tersidai kat tingkap dan balkoni ni memang nampak buruk dan jelek...sebab itu le diorang buat syarat..kalau nak design flat low cost..no more balcony....dan kena sediakan ruang jemur yang agak tersorok...bila macam tu..kurang direct sun light..diorang sidai le kat tingkap....lagi nampak buruk..penat2 arkitek pikir utk cantikkan design rumah flat diorang..dah bergantungan dengan sotong kering pulak...
and then ada satu masa Datok Mustafa cadangkan diadakan sistem coin operated utk laundry..kununnya diorang hantar laundry dan keringkan baju dan tak payah sidai2 lagi...masa tu pilot project diorang test dekat flat pekeliling..last tak jalan jugak dan coin operate laundry machine tu dah kena roboh bersama Flat Pekeliling ...hahhaahhahahahahaha.......sekarang dah tak tau ape pulak rancangan diorang....hahahahahhaahahaahhaha..
sori Lan..terover comments....
Abis ko gantung pakaian ko kat mana Lan, ada ampaian ker kat bawah? Ko basuh baju kat hotel eek?
Kenny... mungkinlah kotttt
Peg Khalwat.. aku tak duduk kat hotel masa kursus laa..
Kenit... ada yg pernah cedera parah kena hempap ngan baju kot
King.. kalau ada sliding door boleh bukak pulak..
Ted.. kalau kat fraser hill pun boleh sebab bilik takder aircond
Bukan Bidadari.. semua jawapan anda salah
Izhal.. Kakak masih demam lagi sebab dia tak nak makan ubat langsung...
OS.. makin hari ko ni makin lawa macam Bukan Bidadari hahaha
Ayu.. kenapa ko gelak ek?
BP... ko tu lagi tegar hahaha..pakaian besor ke kecik bukan pointnya wei
Gab.. jejak ko memang byk kat sini.. aku tau and tenkiu
Kudin.. jauh benor pandangan ko tapi tak saman macam pandangan aku
Mazudi.. baju gantung kat toilet jer
Pada semua.... yang aku nampak pada sticker tu ialah:
Ada dua sticker berlainan
1) berkenaan larangan bukak tingkap - stiker ni dalam english dan bahasa cina sahaja... maknanya kebarangkalian orang Melayu utk bukak tingkap dan terjun tu kuranglah kot hahaha
2) berkenaan tak boleh sidai baju - yg dlm bahasa cina aku tak paham... yg aku tak puas hati ialah.. kenapa dalam english dinyatakan PLEASE, dlm bahasa Melayu tidak ada perkataan TOLONG? Kenapa mesti guna DILARANG..
Itu sahaja yang saya nak katakan tentang stiker itu. Terima kasih.
ohh... okok, biar I translate tulisan cina tu...
Atas: demi kelelamatan anda, sila tutup tingkap.
Bawah: Dilarang menggantung pakaian di tingkap.
tenkiu Kenny... maknanya.. tulisan cina pun dorang tak gunakan bahasa yg lembut macam Please tu lah ek..
Nak nyibuk lah kat blog ni sebelum blog ni kena`BAN'..hehhehehe
Saya rasakan Lan..dorang ni nak jimat..kalau tulis DILARANG... lagi pendek dari tulis TOLONG JANGAN
Kalau jadikan signboard bergambar, ntah gambar apa yg keluar ye hehehe
kopi O... blog ni ada ciri2 nak kena ban ker hahahaha.... kalau nak jimat.. buang PLEASE tu pun boleh kasi lebih jimat apa.
dug.. entah hehehe
Post a Comment