Aku dah cerita dari segi harganya, bagaimana dengan tempat berbulan madu itu sendiri? Adakah aku berpuas hati? Adakah "resort" itu seperti yang aku jangkakan? Adakah pulau itu seperti "Fantasy Island" yang aku mimpikan? Baik.. mula-mula sekali, sila lihat gambar-gambar air laut ini.


Mungkin bagi sesiapa yang pernah pergi ke pulau-pulau seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang atau Pulau Gadong di Melaka, air laut seperti dalam gambar di atas sudah cukup menarik. Tapi bagi aku yang pernah ke Pulau Tioman dan Pulau Perhentian, air laut yang hijau ini tidak menarik langsung hati aku untuk terjun ke dalamnya. Bahkan air laut di Pulau Labuan jauh lebih jernih! Aku rasa mendiang Paverotti tidak sempat ke pulau-pulau si sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia sebelum dia mati dulu. Kenapa aku sebut Paverotti? Sebab di laman web PLR dan YTL Community ada diletakkan kata-kata mendiang "I almost cried when I saw how beautiful God had made this Paradise." Adakah YTL dah tetapkan apa yang dia perlu kata sebelum dia sampai ke pulau itu lagi dan sebagai balasannya, nama mendiang diletakkan sebagai nama salah satu suite di PLR? Ehh.. terumpat mendiang dan YTL pulak. Komen aku pasal pulau, cantik.. tapi tidaklah secantik yang aku harapkan dan bukanlah secantik yang digembar-gemburkan dalam laman web PLR.Sekarang aku nak komen pasal resort pulak. Aku mulakan dengan gambar-gambar berikut.









Komen aku pasal resort... tunggu entri lain hahaha
No comments:
Post a Comment