4 Dec 2008

Undang-undang Baru Kereta Baru?

1 Aku + 1 Mak + 1 Bini + 4 Anak = 2 Saman?


Mulai 1 Januari 2009

Alternatif 1

Aku kena naik bas dengan Kakak; Bini bawa Mak, Bang Ngah, Bang Chik dan Adik bertolak guna kereta 1 jam kemudian; jumpa di tempat yang hendak dikunjungi. Bermesra, bermain, berenang, bermakan, berminum, bergembira dan sebagainya. Masa nak balik, Bang Ngah pula teman aku naik bas dan kami sampai di rumah 2 jam selepas yang lain sampai.


Alternatif 2

Aku ambil risiko bawak semua naik kereta. Ambil risiko kena saman.


Alternatif 3

Aku ambil risiko bawak semua naik kereta. Kalau ada road block, berhenti tepi jalan sampai road block habis. Kalau kena kejar dengan polis, larilahhh.. dah nama pun kena kejar.. mestilah lari


Alternatif 4

Aku ambil risiko bawak semua naik kereta. Kalau kena tahan.. bagi rasuah!


Alternatif 5

Duduk rumah diam-diam!


Ermmm... adakah peraturan tali keledar belakang ni ada kaitan dengan Proton MPV?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Dec 2008

Saiz Biasa Barang Besar

Ada masa-masa tertentu aku rasa susah betul kalau punya saiz kaki yang normal. Dalam timbunan kasut-kasut dalam gambar kat bawah ni... mungkin tak sampai 5% sahaja yang padan dengan kaki aku. Kasut saiz 8 hingga 11, berlambak-lambak. Saiz aku... punyalah payah nak jumpa. Bila dah jumpa, asyik yang sebelah kanan ajer. Aku sudah putus asa selepas lebih 1/2 jam mencari. Datang bini aku... tak sampai seminit dia jumpa yang belah kiri.


Secara kesuluruhannya, aku dan keluarga habiskan masa selama 3 jam kat jualan kilang kasut ni....demi nak dapatkan kasut sekolah RM10/sepasang dan kasut-kasut lain yang paling mahal pun cuma RM19 sepasang.




Gambar berikut tidak ada kena mengena dengan saiz kasut dan juga bukanlah untuk memberitahu aku dah beli DSLR. Ia hanya untuk menunjukkan betapa aku teringin nak ada barang besar macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Nov 2008

Tag Kasut

Aku paling malas layan tag-tag ni. Tapi oleh kerana aku takda idea nak tulis apa dan demi mengelakkan tuduhan liar mengatakan aku dah mula malas update blog ni.. aku terpaksalah respon pada tag oleh Aku Bukan Bidadari @ Tiara ini.


Oleh kerana Tiara telah membuat andaian aku tak pakai kasut.. dan sempena hari Jumaat ini... maka aku bagi gambar selipar jepun jelah.



Aku bagi extra lagi.... bukan takat selipar jepun, sebahagian kaki aku pun aku tunjuk sekali...

Ehh hampir terlupa pulak... dengan ini aku ingin tag blogger-blogger berikut untuk buat tag ini:-

1. Dr. Khir Toyo
2. Che Det
3. YB Teresa Kok
4. YB Husam Musa
5. Rocky' Bru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Nov 2008

Rezeki Di Tangan Tuhan

Pemuda A kata

Ishkk.. sepatutnya aku boleh belanja korang makan hari ni. Aku suruh Raju beli 5854.... tengok-tengok kat paper hari ni.. nombor aku naik. Pergghhh... modal RM10 menang RM500... berapa banyak punya untung tu weii. TAPIIII.... bila aku call Raju nak tanya dia dah ambik duit tu ke tak.. dia cakap nombor yang dia belikan aku tu.. amoi nombor salah tulis jadi 5554! Aduhhh frust betul aku.


Pemuda B pula kata

Ko jangan percaya sangat dengan si Raju tu. Dah ramai yang terkena dengan dia. Kali pertama menang dia bagi ko duit tu. Kali kedua, dia bagi lagi.... tapi kalau dah masuk kali ketiga... mulalah dia buat trick amoi salah tulis nombor tu. Abang C dah kena ari tu. Takkan benda yang sama terjadi kat orang lain jugak???


Pemuda A jawab balik

Takperrr.. aku percaya kat Raju.... takkan dia nak tipu rakan sendiri. Besok dia kata dia nak tunjuk kat aku slip nombor yang dia belikan aku tu. Dia kata dia pun susah hati sebab dia pun rugi.. tak dapat komisyen. TAPI.. kalau besok dia buat cerita kata anak dia dah makan ke slip tu, kucing dia bawak lari ke nombor tu.. Siaplah ko Raju. Aku belasah kat situ jugak


Kenyataan terakhir pemuda A

Kalau betul amoi tu dah tersilap masukkan nombor.... aku tak kisah.. nak buat camna kan.. dah takda rezeki


Dasat tu.. kaki nombor boleh terima kenyataan rezeki dia tak ada disebabkan oleh kesilapan amoi menaip nombor yang dia pilih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Nov 2008

Hari Kakak Jadi

Hari ini tepat 9 tahun aku bergelar Ayah.



Tahniah buat Kemat yang baru 2 hari jadi Ayah.

ps - aku tengah sibuk mengemas barang nak pindah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Nov 2008

Lambat Matang Pulak

Anak-anak aku ada masalah lambat matang. Bang Ngah yang baru habiskan tahun 1 sekolah rendah pernah dikategorikan sedemikian oleh seorang doktor. Sebulan yang pertama bersekolah tidak ada masalah. Satu hari tu, tiba-tiba dia buat hal lari dari kelas dan balik ke rumah. Puncanya... dia takut dengan cikgu. Bang Ngah memang agak ganas sedikit di sekolah, maka aku tak hairan kalau-kalau cikgu hilang sabar dengan dia dan marahkan dia. Sebab cikgu marahkan dia.. dia tak nak ke sekolah. Aku terpaksa mintak dengan sekolah supaya Bang Ngah ditukarkan ke kelas lain.

Bila dah tukar kelas... hilang masalah kejap. Dia akan cakap kat aku betapa seronoknya bersekolah bila dah masuk kelas lain tu. Tapi... selang 2,3 minggu.. bila cikgu di kelas baru pulak marah kat dia, kes lari dari sekolah berulang kembali. Bang Ngah ponteng sekolah lagi. Puas dipujuk, dibawa berjumpa macam-macam "tukang ubat", tapi masih tak berkesan. Di satu pusat rawatan alternatif di Sungai Buloh, hasil pemerhatian doktor di situ, beliau memaklumkan tentang kelambatmatangan Bang Ngah berbanding rakan-rakan sebaya.

Untuk memendekkan cerita pasal Bang Ngah... daripada 13 kelas tahun 1 yang ada kat sekolah tu.. Bang Ngah pernah belajar dalam 4 kelas. Peperiksaan tengah tahun, aku yang jadi pengawasnya.. dia buat berseorangan di kantin bersebelahan dengan kelas dia. Cuma di kelas terakhir sahaja yang aku mampu buat dia masuk balik ke kelas yang sama semula selepas beberapa hari buat hal. Sebabnya.... cikgu kelas dia yang terakhir ni tolong pujuk dia sekali. Cikgu kelas yang lain..... ermmm.. mungkin dorang lebih suka anak aku tak masuk kelas dorang.

Si Kakak pula. Kakak memang tak pernah ada masalah untuk ke sekolah. Walaupun di sepanjang tahun 1 dulu, dia masih kurang lancar membaca.. istilah ponteng sekolah tidak pernah wujud dalam diri dia kecuali ada beberapa hari yang dia rasa letih sangat dan tidak dapat menghadiri kelas KAFA di sebelah petang. Masalahnya..... korang tengoklah gambar ni.



Neneknya janji nak belikan hadiah sebab dapat nombor 1 KAFA tempoh hari. Adakah patut, dia pilih mainan. Mainan yang sesuai untuk si Adik yang dipilihnya!



Lambat matang jugak nampaknya si Kakak ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Nov 2008

Otak Lambat Mula

Maaf.. aku sedang sibuk menyiapkan kerja yang telah diberikan oleh Boss besar pada 2 minggu yang lepas. Aku baru mula buat semalam dan perlu disiapkan hari ini. Sebelum semalam otak aku tak boleh nak proses apa yang Boss aku suruh buat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...