29 May 2006

Sains Paduan

Bosan tak tahu nak buat apa kat rumah, aku bawak budak-budak gi Pusat Sains Negara. Kat situ boleh beli-beli barang tak? Ishkk budak ni... dia ingat macam gi Giant ke Tesco ke agaknya. Salah aku jugak.. kalau ajak jalan jer.. ke tempat camtulah yang selalu aku bawak pun. Maknanya, kalau tak kena keluar beli barang dapur.. aku jaranglah bawak dorang keluar. Bukannya apa.. minyak kan mahal kat Mesia ni.



Baru jer masuk sikit PSN tu, Adik tarik aku keluar balik sebab dia takut dengan bunyi-bunyian hutan. Jenuh memujuk.. lepas 10 minit baru dapat masuk setelah dia menerima cadangan aku.. Ayah dukung Adik.. Adik tutup telinga kuat-kuat tau. Kalaulah dia terus takmo masuk... alahai.. mau mati bosan aku tengok ikan jer.



Haaa.. tengok tu.... tadik tak nak masuk.. bila dah masuk.. tak reti-reti nak berenti menggodek segala macam benda yang boleh digodek. Mujur takder yang tercabut ke patah ke dikerjakan oleh budak bertuah ni.



Yang ni pulak.. Kakak punya fesyen rambut terbaru..... lupa pulak nak bawak gel bagi maintain rambut dia camtu ekekekeke



Abang pulak bertuah jadi bahan rehearsel sebelum pertunjukan sains dibuat untuk pengunjung. Kira kalau Abang punya eksperimen tak jadi.. maka batallah show tersebut hihihi.

Bagi diri aku dan Sayang... Kalaulah kita tinggal kat Planet Pluto kan bagus.. berat kita 7 kilo jer!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

KAMATO said...

baik2 engkau, banyak jin kat pluto tu...hehe

Lan Rambai said...

Kat Bumi ni pun berlambak-lambak jin Kamato..

sempoii said...

bestnya dok pluto, kalu rajin joging kat bumi, berat kita jadi -6 la kot bila kat sana eh?

blackpurple @ jowopinter said...

Selau lalu jer tempat tu, entah bila nak singgah....hehehe

Lan Rambai said...

sempoi: kalau nak berat jadi - kena jogging kat sana

bp: syok ohh gi situ... satu hari dok situ pun tak puas bebudak tu mengexplore

Pegawai Khalwat said...

Apara template sama.....

:P

Anonymous said...

kembar.. hehehe.. ok laa..

Lan Rambai said...

Pegkhalwat : maknanya aku ni pun insan seni macam ko ekekekeke
GT : coti2 sempat ke cc jugak ke?

ontahsapo said...

dari dulu aku asik dimarahi cikgu sabariah, sebab aku sebut 'sains panduan', mintak maaf cikgu kerana tidak meluku saya.....