6 Jul 2006

Kucup Tangan

Masa aku kecik dulu, takder sapa pun yang ajar aku salam dengan orang cium tangan. Zaman tu Mak aku cakap, orang nak bagi salam pun malu. Takut dikata alim kot. Bila aku masuk asrama masa form 1, masa Mak nak balik, dia cium aku jer. Aku tak ingat aku salam Mak dan Arwah Abah ke tak. Yang aku ingat, beberapa bulan kemudian, masa kat stesen bas Melaka, aku nampak senior satu sekolah yang balik kampung satu bas dengan aku, bila jumpa mak dia, terus salam cium tangan. Aku? Aku malu nak salam orang cium tangan lah. Tak tahu kenapa. Sebab tak biasa agaknya. Tapi lepas aku saksikan kejadian senior cium tangan mak dia tu, aku berjaya salam Mak cium tangan sekali. Suka betul Mak.

Masa anak aku kecik pulak (sekarang ler), majoriti budak-budak dah diajar dah salam cium tangan. Budak yang asal boleh capai tangan kita jer, kita akan terus bawa tangan kita ke mulut dia bagi dia cium. Bila dah biasa.. takder masalah ahh.. malah menjadi masalah pulak budak-budak ini bersalam sesama sendiri sebab masing-masing hendak cium tangan orang yang disalam. Entah berapa kali tah, kepala anak aku berlaga dengan kepala sepupu atau kawan sebaya dorang terutama kalau yang bersalaman itu umur kedua-duanya sekitar 1.5 - 2 tahun.

Anak aku terutama Abang dan Adik memang pantang tengok aku keluar dari pintu rumah walau destinasi aku hanyalah di halaman rumah sahaja untuk menyesakkan dada sebentar. Kalau dorang sedang minum Milo pun sanggup berenti dan berlari2 mendapatkan aku sambil menjerit hendak salam. Walaupun aku kata aku tak kemana-mana, mereka tetap ingin bersalaman. Nak tahu kenapa? Sebab cara mereka salam lebih maju kehadapan dari anak-anak lain! Bukan takat nak kucup tangan ayahnya yang tersayang itu... mereka belasah jilat sekali... BERTUAH punya budak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

Izhal said...

belasah jilat sekali? hahahahaha...

abdullahjones said...

:)

Akima Akatoman said...

sampai begitu sekali.. hehe
kat mana dorang belajar tu agaknya..

Ayu Mohamad said...

hahahahaha tergelak beso aku baca Lan weiii hahahahahahaha takpelah tu tanda sayang terlebih pada ayahanda mereka yang tercinta hahahahahaha

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau jawa selain cium tangan siap bersila, bersimpuh lagi...

Jilat tangan tak apalah Lan... hehehe

ontahsapo said...

isk..best jugak tu kan, benda yg baik elok diajar dr kecik, nanti besar takde la malu diorang nak buat, aku nak ajar salam cium pipi lak...

NONIE AZIZ said...

Tak pelah lan sekurang-kurangnya daki kat tangan ko tu pasti tiada muahahahha

Lan Rambai said...

izhal.. ya.. kalau aku tak salam.. dorang mengamuk
dollahjones... :)
aki.. tah sapa yg ajar tah.. aku pun tatau lahh
ayu.. dorang memang sayangkan aku sangat hehehe
BP... jilat apa yang tak tak apa?
OS... laga pipi kan dah ramai jugak yg buat.
MR.. tangan aku mana ada daki weii

Literature Sushi said...

he..he.. macam-macam bebudak ni..

Unknown said...

hahaha...tapi betul lah tu. Saya dulu pun tak biasa cium tangan emak dan ayah. Setakat salam jer. Bila dah besar sikit, baru buat. mula2 memang kekok, sbb tak biasa. Tapi mcm en Lan cakap, budak skrg memang dah biasa sbb di ajar dari kecik. Anak saya pun sama, cium tangan sama jilat sekali. Pas tu sibuk nak cium pipi sekali...yg kecik tu, sampai basah pipi...wakaka

kingbinjai said...

anak aku, di bagi tangan terus digigitnya sambil berbunyi "hmph, hmph hmph" hahahahahaha

Lan Rambai said...

Moon.. tangan aku ni sama level sedapnya dgn ice cream kot
Raeidzal... nama pun budak kan hehehe
Yus... pipi pun kena jilat? Lagi ganaz tuuuu.. yang tu dia belajo dari mana pulak ek?
xayu... memang mesra
king... kalau yg takder gigi lagi takpelahh hehehe

Pandang Dengar Diam said...

kalau cium pipi ker aku tak kisah sangat nih dok jilat apa kes?? hehehehe budak2...

Lan Rambai said...

cuaca.. nasib baik dorang tak jenis jilat pipi hehehe

Sastri said...

uisk.... dasat tuuu... siap jilat lagi... ke lan letak milo atau susu atau mende manis kat tangan tu sampai depa jadik cenggitu?

Lan Rambai said...

sas.. tangan aku memang semulajadi manis :)

ayobkelubi said...

aduh.hahaha.jilat terus sekali bang?.aduh.hahaha,mmg bertuah sungguh!