30 Aug 2006

Merdekaaaaaaaa

Malam ini sambut merdeka
Sambut merdeka di dataran merdeka
Adakah itu tandanya merdeka
Sambut merdeka di dataran merdeka?

Di KLCC ada Mawi
Sambut merdeka dengan berjoget
Adakah ini cara Islam Hadhari
Sambut merdeka dengan berjoget?

Siti kahwin meriah sekali
Nikah bertudung bersanding tidak
Sudah merdeka kah kalau begini
Artis dipuja bagai nak rak

Pergi ke kedai membeli gula
Gula dah habis kata peniaga
49 tahun perintah negara
Gula punya hal pun tak boleh selesaikan ka?

I sound stupid if I berpantun
Ni semua si Kenny punya pasal
Salam merdeka buat semua penonton
Malam merdeka jangan buat hal

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

PS - Si Kenny tu suruh aku buat puisi, tapi dia sendiri buat pantun.. jadi aku pun buat format pantunlah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments:

Anonymous said...

terkedu si kambing menggigit jari
tengok si ayam ada banyak bini
tapi kambing mana ada jari
memang bagus la pantun kau ni

hehehe.

Kaklong Syikin said...

merdeka merdeka juga
nyanyian hiburan paling utama
jika tidak apalah merdeka namanya
itulah pandangan sesetengah mereka

gembira saya kerana kita merdeka
sering lupa sengsara saudara seIslam kita
moga kita sentiasa ingat padaNya
agar hidup kita merdeka sentiasa

Unknown said...

hahahaha... bagus bagus! tu la gua nak baca! Lan Boleh!!!

Anonymous said...

Wahhh pantun merdeka!

KAMATO said...

aku setuju pantun ko ni

Aku Bukan Bidadari said...

Selamat hari merdeka lan!

Anonymous said...

dah merdekakah aku?? pepun Selamat Hari Merdeka en. lan :)

~ GAB ~ said...

Today... 1 day after Hari Merdeka... reminds me of a flag in my yard. I wanna let it be there for the whole September running.

It's been there for a month already...

ontahsapo said...

tepuk amai amai
belalang kupu kupu
jom ramai ramai
buka buku baru...

Kemat said...

Merdeka disambut sana sini
Tua muda suami isteri
Apakah merdeka memberi erti
Jika budaya barat masih diikuti

Lan Rambai said...

Neezie, Syikin, OS dan Kemat
Pantun kamu memang hebat

Kenny.. aku perah otak aku ni 15 minit utk buat 5 rangkap tu .. ok lahh ekk hahaha
azhar.. apsal ko tak pantun sekali?
kamato.. aku pun setuju jugak hahaha
bukan bidadari... selamat utk ko juga
Kenit... entah? kita sambut jelah merdeka ni kann
Gab... ko gantung jer sampai lusoh hahaha

Rie said...

hahahhahaha ko punya pantun/puisi suppperrp. ni genre baru nih

Amanitium Cho said...

haha, pantun sama huruf terakhir je? ni pantun melayu hadhari ni. haha.

kingbinjai said...

hahahahaha bess bess

Sunan_Jati said...

Gambaten... merdeka?

13may said...

salam merdeka:)

Pantun 2 kerat dari aku:
merdeka! merdeka! merdeka depa memekak,
pi mai pi mai tang tu jugak!

Literature Sushi said...

merdeka! merdeka! mauduitka? :)

Lan Rambai said...

esis... superb? hahaha
amanitium... pantun sama perkataan akhir setiap baris susah nak buat wei.. hahaha
king.. aku tak reti berpuisi macam ko... pantun ni boleh lah sikit2 haha
sunan.. gambaten? apa tu?
13May.. salammmmm
raeidzal... mau mau mau!

tumismenumis said...

Anak aku lagi suka tengok Aznil yg laungkan Merdeka 7x kat TV, dia tak suka tengok kalau PM laungkan Merdeka kat TV, walaupun banyak kali.