Sesampai di surau, lihatlah buktinya kewujudan manusia yang menganggap sedekah itu ialah.... campak kerusi buruk anda di sini.
Ini pula adalah wakaf yang dibina secara gotong royong kira-kira 2 tahun yang lepas. Wakaf ini akan menjadi pentas ceramah. Selain Akhil Hayy yang pernah berceramah di sini tahun lepas, ustaz-ustaz lain yang pernah mengeluarkan suara lantang mereka ialah Datuk Harussaini Mofti Perak, Ir Shaari Sungip dan Dr. Fauzi Deraman. Penceramah yang sangat-sangat "power" seperti Taib Azamudin, Dr Hassan Ali dan yang sejenis dengannya biasanya dibuat di dalam surau sahaja. Bukannya apa... sengaja nak bagi SB-SB yang hadir merasa tidak berapa selesa hehehe.
Tempat duduk yang disediakan adalah terhad kerana surau cuma ada lebih kurang 200 kerusi sahaja. Yang lain kena duduk atas tikar jelah nanti.
Setelah semua persiapan seperti skrin besar, sistem PA, kerusi meja dan sebagainya selesai, maka acara simbolik membakar bendera Israel telah dibuat sebagai tanda membantah tindakan Yahudi laknat di Lubnan sekarang.
Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa peniaga yang membuat persiapan membuka gerai jualan di pintu masuk surau.
Selepas solat maghrib, projector dan laptop dipasang berhadapan skrin besar untuk tayangan rayuan derma pembinaan Kidas dan juga powerpoint aktiviti-aktiviti akan datang. Anak-anak aku tidak ketinggalan dalam membuat bayang-bayang di skrin besar tersebut.
Selepas isyak, muslimin dan muslimat mula memenuhi Dataran Al-Hidayah.
Hampir 9.40 baru Ustaz Akhil Hayy sampai. Rupanya ada kemalangan maut yang menyebabkan kesesakan lalulintas luarbiasa. Penyambut tetamu yang tidak dilantik telah memeriahkan lagi sambutan terhadap Ustaz.
Aku memilih untuk berdiri di wakaf sahaja daripada berebut-rebut untuk bersalam dengan ustaz. Dapat juga salam dengan dia sebelum dia naik ke wakaf.
Akhil Hayy kurang sihat malam itu. Makanya dia tidak dapat ceramah berdiri. Mujur ada orang yang pernah sedekahkan sofa cantik.
Sakit-sakit pun, lebihkurang 2 jam dia berceloteh. Sempat lagi buat mak aku terkenangkan seruan Azan di Mekah yang katanya sebiji seperti yang dilaungkan Akhil Hayy. Dengan tekak yang gatal itupun, masih merdu nyanyian yang dilagukan. Nyanyian yang diselang-selikan dengan ceramah penuh humor membuatkan masa berjalan begitu pantas sekali.
Tengah sedap-sedap dengar ceramah, si Abang mengamuk pulak nak balik sebab dia nak membotolsusu. Terpaksalah aku bawa dia balik ke rumah dulu. Selepas aku buat susu dia, aku periksa perangkap tikusku. Yahoooo.. dapat sekali 2 ekor cencorot!
Abang pulak sambil membotol, terus lelap. Yang lain masih di surau pula. Mujur anak jiran aku ada di rumah dia dan sanggup menemani Abang dan cencorot dalam sangkar tu. Aku menapak kembali ke surau. Hampir 11.45 malam, ceramah tamat. Rupanya ramai anak kecil yang sudah tertidur termasuklah Kakak dan Adik. Terpaksalah aku dukung si Adik pula dan menapak ke rumah sekali lagi.
Masa aku dukung Adik, aku lihat di pentas, sesi otogeraf tak rasmi telah mula berlangsung. Bila aku kembali ke surau 15 minit kemudian, sesi otogeraf itu masih panjang lagi "Q"nya. Mungkin sebab Akhil Hayy baru keluarkan album nasyid yang buat ramai yang mahukan tandatangan beliau pada kulit albumnya.
Sambil-sambil diaorang berebut-rebut nak otogeraf tu, sesi ambil gambar ajk surau bersama ustaz pun berjalan. Ambil gambar ikut suka tuan punya kamera hehehe. Rasa macam nak buat simbol rock kapak di belakang kepala Ustaz tapi tak sangguplah pulak.
Selesailah sudah ceramah Isra' Mi'raj Surau Al-Hidayah Saujana Utama untuk tahun ini. Bagi yang tak pernah dengar Akhil Hayy ni bernasyid, tekanlah "play" pada klip video di bawah. Pada yang nak dengar rakaman ceramah dia pulak, sila klik sini.
Sebagai penutup entri ini, sama-samalah kita hayati lirik Selimut Putih.
Bila Izrael datang memanggil,
Jasad terbujur di pembaringan,
Seluruh tubuh akan menggigil,
Terbujur badan dan kedinginan.
Tak ada lagi gunanya harta,
Kawan karib sanak saudara,
Jikalau ada amal di dunia,
Itulah hanya pembela kita.
Janganlah mahu disanjung-sanjung,
Engkau digelar manusia agung,
Sedarlah diri tahu diuntung,
Sebelum masa keranda diusung.
Datang masanya insaflah diri,
Selimut putih pembalut badan,
Tinggal semua yang dikasihi,
Berbaktilah hidup sepanjang zaman.
33 comments:
Sebuah cerita yg menarik. Lebih lebih lagi bila disudahi dengan lagu selimut putih tu.
wow!!! besarnye cencorot kat umah kooo. pemburu yang berjaya.
Masa kecik dulu aku sering di sisi turntable dengar Lagu Selimut Putih oleh el Soraya diputarkan oleh kakak. Teramat sayu mendengarnya malah amat tersentuh mengenangkan balik zaman anak-anak.
Dan aku jugalah yg menjahanamkan pemain piring hitam itu... hehehe
yeah ustaz rock wa cayalu...
ps-dia ni macam Cat Stevens lah, antara ahli hiburan yang mendapat hidayah dari Allah... ramai orang depa boleh sentuh...
pps-bakar2 bendera dan buat sepanduk membazir big time... nak buat bendera dan sepanduk dah berduit, nak bakar pulak dah membazir (macam aku mainmercun le, heheh), nak buat rapat umum 3 jam lagi le bazir masa (macam umno bantai buat kat klcc) yang lagi tinggi nilainya dari duit... ugama haramkan pembaziran... dari dulu yahudi buat tak layan je benda2 gini sebab depa tau pembaziran yang tak kemana... baik duit tu beli peluru bagi terus kat pihak2 yang pandai menggunakannya...
mazudi.. alhamdulillah
esis.. esok paginya aku berjaya tangkap tikus yg dua kali lebih besar hahaha
uncle sam.. aku tak ingat lah.. tapi zulkifli nordin belum lagi da.. 30 ogos ni kan.
gab.. lagu ni memang dah ramai yg nyanyikan balik
izhal.. bakar bendera tu acara simbolik je. kosnya tak sampai RM2 kot hehehe. dan aku tukang amik gambar jer hahaha
perangkap jenis yg hang pasang tu senang nak tangkap cik ct tu. Terbukti berkesan, aku pernah cuba dulu hanya dgn berumpankan cekodok.
Aku memilih untuk berdiri di wakaf sahaja daripada berebut-rebut untuk bersalam dengan ustaz. Dapat juga salam dengan dia sebelum dia naik ke wakaf~ heehehehe..sebenarnya itu tektik ko..sebab ko tau Ustaz Akhil Hayy akan baik ke wakaf tu...apapun tahniah untuk tak yah susah2 nak berebut salam!!muahahah..
cencon tu kot masak lomak cili api tu sodap tu!!!
nak soh hubby cari la cd or kaset ust rock ni.
terima kaseh la bagi info ni..
sedapkan suara dia...
faridt... memang berkesan tapi tak sangka pulak sampai 2 ekor sekali dapat. aku pakai ikan kering.
MR... cencorot tu pehanya kecik sgt lah... rasa tak puas pulak hahaha
IV.. suara saya pun sedap jugak hahaha
fuh bess entry kali ini
dapat jugak 2 ekor tikus... dah kasi kucing makan? hehehe.
tak habaq pun serba sikit content ceramah tu?
beshnya dpt dengar ceramah..
lama dah tak dngar lagu selimut putih ni..
Ermm..tikus ye..."Goreng Pun Sodappp"!!!
boleh barangkan kemeriahan suasana masa ceramah tu..
Binjai.. entry aku sebelum ni tak best ke hahaha
kenny... kucing skrg tak minat tikus idup lah wei
msberry... contentnya byk kisah isra' mikraj lah hahaha... takut salah sampai pulak kat sini. kliklah pada link yg diberi tu dan donlod mp3 ceramah tu. tak lama... 2 jam jer ceramah tu
syikin... saya cuba cari kat youtube dan bolt lagu tu tapi tak jumpa lah... boleh beli album Akhil Hayy tu lah kalau nak dengar
debikdebuk... sampai hitam aku goreng tak sedap2 jugak rupanya hahaha
zino... rasanya, setakat ni, ini ceramah yg paling meriah di surau kami
tahniah pada semua ajk surau
tahniah sbb anda semua telah berjaya menjayakan majlis sebaiknya.. semoga lebih byk lg aktiviti mcm ni.. aminnnnn
waaahhh bergaya sungguh nampaknya en.lan rambai disamping Ustaz Akil yeee
Niat dan tujuan yang murni ada ganjarannya..InsyaAllah...
Kalau dihayati lagu itu betul2 menginsafkan....
Niat dan tujuan yang murni ada ganjarannya..InsyaAllah...
Kalau dihayati lagu itu betul2 menginsafkan....
kamato... alhamdulillah
ayu...bergaya? saya bergaya? ermmm
BP... memang menginsafkan jika kita sentiasa ingatkan kematian
Ada seorang kawan saya memaklumkan Ustaz Akhil Hayy akan membuat konsert amal di Taman Melewar pada 2 september ini.. Tiket RM10. Berhibur sambil menderma utk tabung Lubnan dan organisasi Islam.
Comment deleted...... apa komennya bai???....
ano... takder apa punn.. yg deleted tu komen aku sendiri yg tersilap teknik sikit... ehh.. lu ni sapa bai?
best lagu tu...
emmm..suka lagu tu..
raeidzal dan bukan bidadari... klip video tu masa dia nyanyi kat Kota Bahru dulu. Sayangnya album dia tak der lagu tu...
apsal kau nampak malu2 jer nak makan bersama ustaz tu? kau segan ker kau lapar sangat?
aku memang pemalu ahhh hahahaha
ko dah buat apa ngan cencorot tu? ko penah try masukkan dia dalam washing machine? takpun microwave oven? haha.
ishkkk.. buat busuk washing machine je wei.. aku panggang kat tempat bakar sate je hehehe
Cencorot tu hang hantaq zoo mana?
Night Safari Taiping ka?
Baru dengar zikr dari ustaz rock tadi tp kejap sgt, tak sampai pn lima minit spt yg trdpat pd link surau alhidayah saujana utama. How to get full version?
And satu lagi camana nak follow up ceramah akhil ni? Susah betul nak berdepan dgn si akhil nie. So kalau ada info email me: knizam2000@yahoo.com
Post a Comment