31 May 2006

Tak Tahu Malu

Aku terpaksa tutup chat box aku. Aku bengang pada orang yang tak tahu malu tunjuk kemaluan sendiri dengan mengotorkan chat box aku tu. Aku tahu sejak awal lagi sapa punya kemaluan itu. Semalam Aku ban ip dia. Dia masuk dari ip lain pulak. Pagi tadik dia tunjuk lagi kemaluan dia.. aku check ip.. ip yang sama ngan ip aku sendiri sebab kami share 30 orang satu streamyx. (Streamyx yg RM600 lebih sebulan bukan yang RM20 sebulan tu!) Kalau dah ip sama ngan aku sendiri aku nak ban macamana? Aku buang ajer chat box tu senang cerita.

Aku takda mood mengarang Kisah Sebiji Rambai aku hari ni. Tapi Boss aku takde.. dia ikut Boss dia gi jalan-jalan kat negeri owang puteh. Jadi aku pulak jalan-jalan baca blog tersohor berikut.

10 PETUA UNTUK JADI WEBLOG POPULAR - Tok Rimau - bagus untuk blogger ingusan

Melayu yang satu itu menunding dengan muncung - Sinaganaga - muncung Melayu memang panjang

malam-malam - Abdullah Jones - errr.... mamat tunjuk kemaluan tu pasti suka sebab ini cerita kote Melayu

BIRU - Mat Jan - aku selalu search warna hijau jer

Aku harap dorang ni tak marah aku bukak peti ais dorang dan hebahkan kat dunia aku yang kecil ni pulak. Lagipun aku pun nak jadi blogger tersohor macam dorang!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 May 2006

Sains Paduan

Bosan tak tahu nak buat apa kat rumah, aku bawak budak-budak gi Pusat Sains Negara. Kat situ boleh beli-beli barang tak? Ishkk budak ni... dia ingat macam gi Giant ke Tesco ke agaknya. Salah aku jugak.. kalau ajak jalan jer.. ke tempat camtulah yang selalu aku bawak pun. Maknanya, kalau tak kena keluar beli barang dapur.. aku jaranglah bawak dorang keluar. Bukannya apa.. minyak kan mahal kat Mesia ni.



Baru jer masuk sikit PSN tu, Adik tarik aku keluar balik sebab dia takut dengan bunyi-bunyian hutan. Jenuh memujuk.. lepas 10 minit baru dapat masuk setelah dia menerima cadangan aku.. Ayah dukung Adik.. Adik tutup telinga kuat-kuat tau. Kalaulah dia terus takmo masuk... alahai.. mau mati bosan aku tengok ikan jer.



Haaa.. tengok tu.... tadik tak nak masuk.. bila dah masuk.. tak reti-reti nak berenti menggodek segala macam benda yang boleh digodek. Mujur takder yang tercabut ke patah ke dikerjakan oleh budak bertuah ni.



Yang ni pulak.. Kakak punya fesyen rambut terbaru..... lupa pulak nak bawak gel bagi maintain rambut dia camtu ekekekeke



Abang pulak bertuah jadi bahan rehearsel sebelum pertunjukan sains dibuat untuk pengunjung. Kira kalau Abang punya eksperimen tak jadi.. maka batallah show tersebut hihihi.

Bagi diri aku dan Sayang... Kalaulah kita tinggal kat Planet Pluto kan bagus.. berat kita 7 kilo jer!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 May 2006

Kematian



Burung ini bunuh diri.... errr.. sebenarnya ia kemalangan dengan cermin bangunan yang ada "reflect" pokok tempat dia lepak tadik





Remote Control ini kena bunuh!!!! Anak-anak aku punya kerja!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 May 2006

Hal Bini

Bini aku buat gempaq pagi tadi...."Sayang ada nampak tak purse oang pagi tadik?" Manalah aku tau. Call rumah, Mak cakap takder pun dalam kereta atau kat bilik. Ahhh sudahhh... ada 6 juta dalam purse tu.. :(( Melayang duit yuran sekolah agama Kakak, bayaran taska Adik, duit nak beli burger Abang... Nyesal lak aku bayar utang aku kat Bini semalam. Nasib baik aku ni jenis coollll jer bab ilang-ilang ni. Ni semua sebab ngulor time kerja la ni.. bisik hati aku.

Mujur bila Kakak balik dari sekolah tengahari tadik dia jumpa purse tu dalam beg novel Bini aku. Legaaaaaaaaaaaaa.... Aku ni dah ler gaji kecik.. kalau ilang duit Bini banyak tu... tak makan ahh kami 2 minggu!!

Ermm.. naper lah Bini aku tak basuh-basuh lagi telekung dia ek? Kalau ikut jadual dah nak kering balik dah telekung tu time ni.... adakah Adik nak dapat adik? Jeng jeng jengggg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Silap Ajar

Dulu-dulu

Nampak lipas tu.. kang lipas tu gigit kang.. dok diam-diam!

Sekarang

Kakak gi naik atas amik buku Matematik. Esok nak periksa.

Ayahhhh.. ada lipas kat pintu bilik lahhhh... ayah amikkan lah buku tu.

Kesimpulan

Kesilapan 5 tahun lepas menyebabkan aku merana hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 May 2006

Dealova by Once

Sejak aku terdengar lagu Dealova kat blog si Sempoi.. kepala hotak aku asyik dok rewind lagu ni berulang kali. Berantu tol lagu-lagu Indon ni kan. Aku tak tahu lah lagu ni selalu disiarkan kat radio ke tak sebab jarang sangat dengar radio lah. Time dalam kereta jer baru dengar. Aku pulak dah lama tak bawak keta gi keja, so aku tak tau sangat lagu apa yang tengah top sekarang ni.

Lagu-lagu camni kan.. memang senang nak top carta lagu radio mana-mana pun sebab lirik dia kan boleh diguna kalau-kalau ada yang nak mengorat ke nak memujuk bini ker.

Lagu Dealova ini diminta oleh Ali khas buat halwa telinga Minah yang berada di Pulau Sebelah dengan ucapan... hayatilah lirik lagu ini....

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh karena hati telah letih


Lirik penuh sila google sendiri ya hehehe

Walaubagaimanapunnn.... hati Ali pasti punah kalau dapat balasan Minah begini

Cukuplah saja berteman denganku
janganlah kau meminta lebih
ku tak mungkin mencintaimu
kita berteman saja
teman tapi mesra


Mudahnya nak tolak cinta orang kan sekarang... main tuju-tuju lagu jer hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sosej! Sosej!


Mari-mari Beli Sosej



Pertama kali mencuba berniaga guna modal sendiri.. (modal mak aku sebenarnya hehehe). Seronok rupanya berniaga ni tapi penatlah. Waktu puncak adalah ketika peserta-peserta nasyid tengah dok tunggu hakim kira markah. Bebudak tu haus sangat kot sebab time tu dah dekat pukul 12 tengahari dah.

Plan asal nak jual dadih, tapi sebab supplier serbuk dadih buat hal pulak last minute, tak dapatlah wife aku buat benda tu. Mujur masa kat Makro aku tengok air kotak berlambak-lambak kat situ... terus aku terpikir nak jual air kotak tu. Kalau tak, cuma dapat jual sosej + nugget dan pelbagai bebola yang cucuk kat lidi tu jer. Kerepek yang korang nampak kat gambar ni milik rakan kongsi gerai aku. Kongsi gerai jer.. akaun lain-lain.

Cuma aku frust sikit sebab aiskrim malaysia special cuma dalam 15 batang je yg jadi keras. Salah bajet lah. Buat pun last minute.. dulu masa try buat dalam 20 batang, 5, 6 jam dah keras dah dalam fridge aku tu. Rupanya bila dah disumbatkan sampai hampir 150 batang... hampehhh.. Takder rezeki aku tang situ rupanya.

Ermmm.. bila lagi ada program camni ek? Orang Malaysia suka makan sosej weiiiiiii.

PS - tarikh pada gambar tu salah lah.. patutnya 20/5/2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 May 2006

Ajarkanlah Ilmu Tentang Cinta

Sedih bila baca "Ajarkanlah Ilmu Tentang Cinta" oleh Allahyarham Ghaz. First time jumpa blog tu. "Bloghopping" dari Wicked Witch dan Night Talks. Pengakhiran hidup kita nanti macamana agaknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 May 2006

Testing Letak Video

Gagal letak video yang boleh dinikmati di sini. Tapi takpelah... pada yang berminat bolehlah tengok kat sini. Malangnya camera "chokia" aku tu takde microphone.. so jadi wayang bisu jelah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Conteng Dinding Sekolah

Bestnyaaaaaaa... dah tua-tua ni baru dapat merasa menconteng dinding sekolah.. dalam pusat sumber pulak tu... Mula-mula si Kudin ngan Lanz conteng pakai kapur based on design yang dah dipersetujui oleh tuan pengurus pusat sumber. Selesai contengan kasar diorang, maka bermulalah kerja-kerja mewarna mural tu. Aku cuma sekadar menjenguk sesekali sebab aku lebih berminat menggunakan kepakaran mengetuk paku dan memotong kayu untuk dijadikan pentas mobile tempat menguji bakat bercerita anak-anak SKSU kelak.
Hasil Hari Pertama


Lepas aku selesai tolong Roin ngan Bang Raja buat pentas, aku tengok si Berlingo dok mengecat mural tu. Aku ni takut nak pegang berus sebenarnya.. tapi kalau Berlingo boleh buat.. dah tentu aku boleh punya.. Maka, aku pun dengan terketar-ketar memulakan pengecatanku. Terketar takut Kudin marah rosakkan hasil seni dia. Lepas dua tiga stroke memberus, ketaran aku tiba-tiba hilang. Sebabnya aku tengok orang lain pun (kecuali Kudin, Lanz dan Roin) sama kelas macam aku hahahaha. Habis meleleh-leleh cat tu. Budak bertiga dalam kurungan tadilah yang akan adjust balik mana-mana bahagian yang tak senonoh.
Dah Siappppppp


Akhirnya selepas 2 hari luangkan masa kat Psat Sumber SKSU... nama aku tertera di sudut bawah mural tu hehehe.


Nota Kaki - Gambar-gambar sumbangan Lanz Astro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 May 2006

Selamat Hari Cikgu

Sempena hari guru ni, aku nak uji ingatan aku sendiri lahh. Aku nak senaraikan seberapa banyak nama cikgu yang masih aku ingat sampai sekarang.

Sekolah Rendah Kebangsaan Tengkera (1) Melaka

Cikgu Anum, Cikgu Sarah, Miss Lee, Mr Chong, Mr Vellu, Cikgu Aziz.

Laaaa.. 6 orang je yang aku masih ingat nama lagi??? Dah tua benor aku ni agaknya. Tapi kira oklah kan sebab dah lebih 20 tahun aku tinggalkan dorang kan.

Sekolah Datuk Abdul Razak

Baharom Kamari HM, Anak Ahmadun Penolong Kanan... nama dia aku tak ingat, Mrs Madhavan BI, Mat Tulang Bio, Rahim Robin Geog, Lee Pui Leng BI, Hasni Seksi BI, Mr Chia Guitar BI, Rahim What Is The Because , Azizi Gimnastik, Nava Kriket, Suhaimi Pengurus Kriket, Latif Kuat Isap Rokok, Ustaz Dollah Chebum, Ust Bakar Mengamuk, Lee Chui Peng Matematik, Bandung Kimia Tangkap Aku Meniru.. kali pertama cuba meniru kantoi dan tak pernah meniru dah sampai sekarang hehehe, Aidi Jantan Warden.

Banyak lagi yang hanya rupa dan karektor dorang jer yang aku ingat....

Universiti Teknologi Malaysia

Pen Dekan Rosli Rashid, Pak Ya, Jamadi Quantities, Haridan Sibuk Ngan Firm Sendiri, Mazlan Che Mat, Wan Yusof, Pak Amin Gemuk Sekarang Dah Slim, Rosdan Gila Assignment, Wahid Seluar Merah, Cik Zubaidah, Prof Madya Omar Munir, Jamaludin Lawyer, Norizan Ngantuk, Khairudin Lawak, Kamaruddin Mat Ali Menjerit Kacau Awek Yang Lalu Masa Tengah Jaga Student Exam, Yahya Services.

Kat U ni pun sama gak... ramai lagi yang aku ingat rupa jer tapi tak ingat nama.

Pada cikgu-cikgu semua.... terima kasihlah ya sebab pernah ajar aku. Pada yang aku tak ingat dah terutama masa aku Form Six yang aku tak ingat walau sorang pun sebab aku masuk kelas dalam sebulan jer, mintak maaf jelah sebab ingatan aku takat yang dalam senarai kat atas tu jer buat masa ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 May 2006

Ahaakkkkssssssss


Steven Gerrard... ko memang classssssss (Pic Source - Soccernet)


Berikut adalah beberapa sms yang aku dapat sepanjang Final FA Cup yang baru tamat tadi.

Liv 0 West Ham 1
Pyan : Ehem! steady west ham
Apai : Bravo west ham
Hilmi : Ahaak!

Liv 0 West Ham 2
Apai : Go west ham! Go

Liv 1 West Ham 2
GOLLLLLLLLL

Liv 2 West Ham 2
GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL

Liv 2 West Ham 3
Apai : Sorry this year no cup! Only "teh tarik" cup at rest. Abu bakar!

Liv 3 West Ham 3
GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL

Penalty Shootout
Liv 3 West Ham 1

LIVERPOOL JUARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Ermmm.... aku rasa tak payah lah aku buang duit balas sms dorang.... dorang tu dah cukup bengkekkkk dahhhhhh. Tak perlulah rasanya aku tambahkan lagi kepedihan penyokong pasukan-pasukan yang kalah pada pusingan-pusingan sebelum ini kepada THE REDS ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 May 2006

Pengelamun Yang Malang

Heiii heiii heiii.... aku hanya mampu menjerit sambil berharap mamat tu sedar dari lamunannya. Tapi malang, bukan sahaja jeritanku macam tak wujud bagi dirinya, malah lori yang entah berapa tan beratnya melintas di depan motosikal beliau pun seolah-olah dilindungi dari penglihatan. Yang peliknya, pembonceng di belakang pun seakan mengelamun sama tanpa menyedari bahaya yang bakal menimpa. Gedebang.... tayar depan kapcai itu bertembung dengan tayar belakang lori tersebut. Mujur yang jahanam hanya tayar sahaja tanpa mencederakan kedua-dua pengelamun tadi. Mungkin yang terjejas adalah angan-angan yang sedang bermain di kepala otak mereka. Legaaaa.... Kalaulah terjadi sesuatu yang lebih buruk... aku rasa sekarang ni aku sedang sibuk berurusan dengan polis sebagai saksi kematian 2 insan yang maut semasa sibuk melayan fikiran yang melayang entah ke mana. Dan kalau itulah yang terjadi, aku sendiri tak pasti adakah aku mampu untuk meneruskan perjalanan aku sendiri yang berkapcai sama seperti mereka.

"Macam mana lah dorang boleh tak nampak lori tu ek?" Sayang ku yang menjadi pembonceng eratku hanya mampu berkata "Begitulah agaknya keadaan mereka yang kemalangan... tak nampak langsung benda yang dilanggar!" Aku hanya mengangguk tanda setuju.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 May 2006

You'll Never Walk Alone

Menang ngan Pompey 3-1 tapi tak cukup untuk dapat no. 2 sebab Charlton bagi Manyoo score 4 biji pulak. Takpelah.... season ni ada improvement sebanyak 24 mata banding dengan season lepas.

Khas untuk peminat The Reds.....

http://www.liverpoolfc.tv/lfc_story/classics/sounds/walkon.mp3

When you walk through a storm hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of a storm is a golden sky
And the sweet silver song of a lark
Walk on through the wind
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on with hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never, ever walk alone
Walk on, walk on with hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never, ever walk alone.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 May 2006

Final Day EPL




Aku baru je tengok schedule EPL yang akan disiarkan secara live ahad ni. Ada kah patut ESPN akan tunjuk Toons vs Chelski punya game. Game tu takder apa-apa yang menarik dah pun bagi kedua-dua team. Chelski dah dapat medal champion dah. Toons pulak dah tak boleh nak take over Blackburn dah untuk UEFA Cup. Cuma ada 4 game jer yg masih siknifikan ahad ni. Liverpool vs Pompey dan Manyoo vs Charlton untuk decide sapa dapat no. 2 dan seterusnya qualify terus UCL tahun depan. Arse vs Wigan dan Spurs vs Hammers pulak untuk tentukan sapa dapat no 4. Game yang lain sekadar pelengkap jadual jer.


Pada yang tak tahu, ahad ni adalah hari terakhir EPL 2005/2006... kalau biasanya sebelum ni depa akan tunjuk sampai 5 atau 6 game live, kali ni hanya akan ada 2 jer game tunjuk live sebab semua team akan main serentak tepat jam 3 petang di UK. Frustnya aku tak dapat tengok Liverpool secara live. Lagi frust kalau Liverpool menang dan ManYoo gagal kalahkan Charlton ahad ni. Aku rasa peluang Liverpool amat cerah sekali disebabkan Pompey masih di awang-awangan setelah berjaya mengelak dari relegated ke Championship. Man Yoo pulak kehilangan si Shrek yang patah metearsal minggu lepas. Tanpa si Shrek tu, Man Yoo ibarat team England yang awal-awal lagi mengakui peluang mereka sukar untuk juara World Cup... macamlah kalau si Shrek tu sihat England boleh juara hohoho.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 May 2006

Taklid Buta???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 May 2006

Tarik Lah Wei

Antara aksi menarik aku menarik tali pada 23 April yang lepas.. erm.. menarik ada banyak makna rupanya....






Keputusannya? Kalau dah yang paling berat dalam team aku tu sama berat dengan yang paling ringan team lawan..... tahan jelah takat mana mampu. Lepas 5 saat.. lepaskan jelah tali tu hehehe.. Laaa.. lepas pun ada banyak makna rupanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senangnyaaaaaaaa

Tak sangka lak blogger.com ni makin user-friendly. Ruang komen boleh pilih nak ada ke tak... archive pun otomatik dah ada... ermmm.. cuma bab letak gambar jer aku masih tak reti2 dari dulu. Baru nak belajor ngan Kak Jun dulu.. aku dah quit blogging dulu hehehe.. Laa ni nak kena tanya Kudin atau Arif ni.


Update : Tak jadi tanya Kudin atau Arif. Rupanya nak letak gambar pun bukan main senang sekarang.... banyak betul perubahan selepas 3 tahun kannnnn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku Kembali

Setelah hampir 3 tahun aku tinggalkan dunia penulisan blog ini..... Ladies & Gentel Mann... Aku Seorang Insan Hina kini menjadi Kisah Sebiji Rambai hahahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...