20 Jul 2006

Terpaksa Dalam Malu

Aku pernah buat benda ni selama setahun. Dalam masa setahun itu... ada banyak laki bini yang bergaduh disebabkan kehadiran aku. Ada ramai mak budak yang sanggup korbankan duit dapur demi memuaskan nafsu mereka setelah mendengar pujuk rayu aku. Ada bapak budak yang menghalau kawan-kawan aku kerana mereka cepat tersedar akan bahaya yang bakal menimpa rumahtangga mereka (tapi aku tak pernah dihalau.. cuma ditolak kehadiranku dengan cara lembut sahaja) Ada datuk-datuk yang terpaksa mengorbankan duit pencen kerana mahu melihat cucu mereka tersenyum disamping barang aku. Ada kakak yang sanggup menggadaikan Zhulian mereka sebagai barang tukar ganti dengan barangku.

Walaupun ramai yang tak suka, ada juga yang memang mengharapkan kehadiranku untuk menceriakan keluarga mereka. Ada juga yang memanggil aku ke rumah mereka setelah hilang kepuasan dengan yang lama. Ada yang bertindak lebih ganas lagi dengan datang sendiri mencari aku semasa aku masih belum bersedia. Ada yang terpaksa aku tolak tepi kemahuan mereka disebabkan tenagaku yang terbatas.... tapi aku takkan hampakan mereka.. kawan-kawan aku ada untuk melayan mereka.

Perasaan aku? Kekadang aku suka sangat buat kerja tu tapi selalunya aku benci dengan apa yang aku terpaksa lalui setiap hari. Aku ini seorang yang pemalu.. amat pemalu. Mana mungkin aku gemar mengetuk pintu rumah orang yang tidak dikenali dan mengharapkan mereka dengan senangnya membeli mesin penyedut habuk hampagas yang harganya sama dengan sebuah motosikal?

Nota kaki : Entri ini dibuat sekadar untuk memenuhi tanggungjawab seorang blogger sahaja. Maaf andainya ia gagal memuaskan nafsu membaca anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

Alpha said...

Gitu la nasib seorang salesman...

blackpurple @ jowopinter said...

Mesin itu jenama apa Lan....?

Sorry la....Aku dah ada sebijik tersorok di bawah katil bilik bawah...

Aku Bukan Bidadari said...

ekekekee
ehh mahalnya vacuum tu.picit punat jer bleh settle kan sumer ke?

~ GAB ~ said...

I used to be a corporate trainer for an international insurance company during my younger days but believe me, I am not a sales person. Aku ajar all the techniques, aku analyse all the areas and it worked. Buat sendiri?...Tak leh le bang...heheh

kingbinjai said...

aku masih pakai teknologi lama - penyapu

Literature Sushi said...

Aku penah buat keje nih, dah aku faham apa yang nak ko sampaikan tu...

Ayu Mohamad said...

hahahaa sabo jek la ko ni.. ayat ko yg last tuh buat aku tergelak beso
"Nota kaki : Entri ini dibuat sekadar untuk memenuhi tanggungjawab seorang blogger sahaja. Maaf andainya ia gagal memuaskan nafsu membaca anda."
hahahahahahahaha

ontahsapo said...

mula2 aku dah bernafsu... tapi kau kecundang....erkk..

NONIE AZIZ said...

kihkihkih...siollah lu ontah..komen ko buat aku tergelak kuat...Tak pelah Lan!!sekurang2nya pengunjung macam aku tak bosan!!!

Anonymous said...

bagus le. ko ingat lagi kat tanggungjawap.

Lan Rambai said...

alpha.. nasib salesman ni tak menentu.. kekadang senang jer dpt sale..
BP.. Lux atau lebih dikenali dgn nama Elektrolux
Sam.. tatau brand apa bagus lah.. dah tk kaji dah pasal vakum ni
ABB.. skrg ni yg jenis jalan sendiri pun dah ada weii..
Gab.. camna ko ajar teknik menjual kalau ko sendiri tak pernah menjual ek? Kat tempat aku kerja dulu tu.. MD dia pun asalnya salesman kat Sweden. Sales manager dari branch sampai nasional semuanya asal salesman
King.. kalau aku buat demo kat umah ko sekarang ni.. pasti ko akan tinggalkan teknologi lama tu hihihi
Raeidzal.. ko dah tentu lebih paham sebab rakan sekerja ko si James tu jenis sedut2 jugak kan hahaha
Moon.. penyedut habuk hampagas! Kalau ko nak mesin basuh pun ada hehehe
Ayu.. aku tak buat lawak wei... memang tak berapa ada mood aaaa waktu karang entri ni
OS.. ko tu memang nafsu kuat.. tenaga belum tentu hahaha
MR.. OS tu memang siol hahaha

Lan Rambai said...

samurai.. memang berat tanggungjawab ini rupanya hehehehe

Anonymous said...

ok gak lan, experience ni bukan semua orang dapat....nanti pilihanraya tahulah sapa akan dilantik menjadi Pengarah Perayu Undi kawasan Sg Buloh

Azhar Ahmad said...

Adus! Tabik kat ngko. Kerja yang paling aku tak berani nak buat!

Lan Rambai said...

berlingo.. apa sangkut paut pengalaman sbg salesman dgn Pengarah Perayu Undi?

Lan Rambai said...

azhar.. aku buat kerana terpaksa.. zaman meleset lepas Sukom dulu.

~ GAB ~ said...

I was more on the marketing management instead of sales Lan. I handle all the concepts but when it comes to sales as per se, like sales workshop, fascilitators will do the job...

Lan Rambai said...

Gab.. marketing management in theory lah kot ek? Aku rasa kalau ada pengalaman sales sendiri lebih afdal kot utk manage market. Maybe u just trained them on the product itself lah kot.

Sastri said...

hmm... penah ke Lan singgah rumah sas ek? :p

Lan Rambai said...

Sas.. rumah awak kat mana? Pernah tgk demo ek? Beli tak?

kOmEnG hEnSeM said...

Multi Level Marketing lagii....isk isk isk......