27 May 2014

Bil Bil Bil

Hari ini saya telah dapat pengesahan untuk hadir ke dua acara yang tak mungkin saya akan pergi jika peluang itu datang 6 bulan yang lepas. 7 Jun saya akan ke Konvensyen Cari Rumah (KCR). 22 Jun pula ke Seminar "Retire Rich Retire Young" (RRRY). Kedua-dua acara ini saya berminat untuk pergi kerana Azizi Ali. Azizi Ali salah seorang daripada 5/6 pembentang semasa KCR dan program RRRY memang program yang dia buat.

Nama dan buku Azizi Ali saya dah lama tahu tapi
tak pernah tergerak untuk beli. Saya cuma subscribe mailing list tetapi tidak pernah ambil pusing sangat dengan apa yang dihantar. Sehinggalah pertama kali saya dengar Azizi Ali berucap sebagai tetamu undangan khas dalam Konvensyen Pejuang Hartanah pada 3 Mei lepas. Saya lihat Azizi Ali ni macam orang biasa-biasa sahaja tetapi apa yang disampaikan tidak mungkin boleh disampaikan oleh orang yang biasa-biasa. Semasa sessi berhenti rehat, saya terus keluar dewan dan menuju ke booth yang menjual buku-buku beliau. Saya beli 3 buah buku dan ketiga-tiga buku tersebut saya habiskan dalam masa lebih kurang seminggu sahaja. Menyesal juga terlewat 10 tahun baca buku Jutawan dari Planet Jupiter tetapi bak kata pepatah orang kampong saya....Better Late Than Never.

Saya juga dah lama tahu tentang buku "Rich Dad Poor Dad" tetapi tidak pernah terbuka hati nak baca, jauh sekali nak beli. Selepas 3 buku Azizi Ali, saya jadi gian nak membaca lagi dan buku RDPD jadi mangsa seterusnya. Saya habiskan dalam masa 2 hari. Sekarang ni saya sedang baca buku Stephen Covey - 7 Habits tetapi agak lambat sedikit untuk habiskan. Dah seminggu lebih tak habis lagi.

Hasil daripada pembacaan saya setakat ini, apa yang saya dapat simpulkan ialah :-

1) Ada banyak perkara yang saya tak tahu.
2) Ada banyak perkara yang senang yang saya terfikir balik - itupun tak tahu ke?
3) Kita akan senang dipengaruhi jika kita tak tahu.
4) Saya terikat dengan kerja.
5) Patutlah ramai yang tak lagi mampu bekerja tetapi terpaksa bekerja.
6) Saya tak mahu jadi terpaksa bekerja seperti yang tidak mampu tetapi terpaksa kerja itu.
7) Saya mesti ubah cara hidup saya jika saya tidak mahu kekal dalam keadaan sekarang
8) Semua keputusan yang bakal dibuat mesti didahului dengan membuat kajian mendalam terlebih dahulu.
9) Apa yang orang ramai sangka betul, belum tentu betul.
10) Baca dan tahu sahaja tidak berguna jika tidak mengambil tindakan.
11) Dan akhir sekali buat kali ini, saya malas nak bayar bil huhuhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: