15 May 2014

Langkah 1C - Takaful

Petang tadi, setelah meneliti beberapa cadangan daripada ejen-ejen takaful sejak minggu lepas, saya dan isteri telah selamat menyertai skim takaful khairat kematian dan keilatan kekal tanpa sebarang skim pelaburan atau simpanan dan sebagainya. Bayaran bulanan skim ini adalah lebih rendah daripada skim takaful dengan simpanan yang telah lama kami sertai. Lebih kurang 10 tahun. Semua skim sedia ada ini akan saya tamatkan minggu depan.
Mengapa saya ingin tamatkan skim takaful
yang menawarkan pulangan tunai selepas tempoh matang dan memilih skim yang tidak akan berikan saya apa-apa pulangan?  Kerana takaful adalah untuk perlindungan pendapatan dan bukanlah satu skim pelaburan yang terbaik. Sebagai contoh, jika saya membeli polisi yang sama nilai tetapi mempunyai "faedah" pelaburan atau simpanan, premium bulanan yang perlu saya bayar meningkat lebih RM250 sebulan! Lebih baik amaun ini saya laburkan di tempat lain.
Saya terima banyak tawaran kerana saya iklankan di Facebook. Soalan seterusnya ialah mengapa saya pilih untuk beli dari ejen yang terpilih petang tadi? Jawapannya dalam entri berikutlahhhhhh. .. tungguuuuu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: