19 May 2014

Langkah 1D - Pemilihan Ejen

Ejen takaful yang saya pilih cuma ada 3 kriteria ini sahaja:-

1) Paling cepat
2) Tidak tawarkan sedikit pun "kelebihan" yang lain selain daripada apa yang saya telah tetapkan.
3) Ejen sepenuh masa

Itu sahaja.

Ramai yang tamak dan gagal patuhi permintaan yang mudah.
Kita minta perlindungan RM200k diberikan percuma setahun tambahan RM50k. Tahun kedua dan seterusnya siapa nak bayar?
Kita minta perlindungan khairat kematian, ditawarkan perlindungan penyakit.
Promosi syarikat yang diwakili adalah yang terbaik di dunia sambil merendahkan syarikat lain.
Menghantar PM tetapi tidak ada pun cadangan perlindungan yang dikemukakan.
Bukan ejen sepenuh masa.
Nak datang jumpa di pejabat tanpa berikan sebarang cadangan pun.
Yang sangka saya ini pelatih untuk jadi ejen pun ada. Nampak sangat tidak baca betul-betul apa yang saya tulis (kebetulan nama anak didiknya sama dengan nama saya huhu).

Esok dan lusa isteri saya ada kursus. Khamis nanti baru dapat pergi batalkan takaful dan insurans pendidikan sedia ada. Duit yang bakal dapat balik tu dah ada tempat untuk saya gunakan. Ia bakal jadi serampang dua mata. Satu mata untuk Hari Raya (semoga panjang umur untuk sambut Ramadhan dan Syawal tahun ini) dan satu lagi untuk tindakan seterusnya selepas Raya nanti. Apakah dua mata tersebut? Lepas dah dapat wangnya baru saya beritahu ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: