13 May 2014

Langkah 2 - Astro

Demi untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan, saya telah "downgrade" pakej Astro daripada Superpack kepada Family Pack sahaja. Pengurangan yang saya dapat adalah sebanyak RM80 sebulan. Langkah ini saya anggap satu langkah yang drastik kerana Piala Dunia Brazil hanya sebulan sahaja dari sekarang! Drastik kerana semua yang kenal saya pasti tahu betapa rajinnya saya menonton siaran langsung bolasepak.
Mungkin ada yang akan membuat andaian saya sedih Liverpool gagal menjuarai BPL sehingga mendorong keputusan ini dibuat. Tidaklah. Ya saya sedih tapi tidak sampai menjadi asbab tindakan ini diambil. Liverpool juara pun saya tetap buat perkara yang sama.
Saya akan sambung balik pakej sukan Astro sekiranya "net worth" saya menjadi positif.
Semoga angka negatif sekarang akan bertukar jadi positif dengan segera kerana Liverpool akan bermain di Liga Juara Eropah. Takkan nak keluar ke kedai mamak pukul 3 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: