Hari ini saya tamatkan pelan takaful+simpanan yang berusia hampir 13 tahun. Andai jumlah sumbangan yang saya telah berikan selama ini diletakkan dalam ASB atau Tabung Haji, boleh beli kereta terpakai secara tunai ni.
Walaubagaimanapun, minah yang uruskan penamatan polisi saya malas sedikit.
Dia tak nak semak berapa amaun yang saya bakal dapat balik dan memberi alasan urusan penamatan akan diselesaikan di ibu pejabat. Isteri saya berurusan di kaunter lain. Boleh je dapat anggaran amaun dia.
Dia tak nak semak berapa amaun yang saya bakal dapat balik dan memberi alasan urusan penamatan akan diselesaikan di ibu pejabat. Isteri saya berurusan di kaunter lain. Boleh je dapat anggaran amaun dia.
Mungkin kerana yang berurusan dengan saya tu tak nak saya tulis cepat sangat berapa "kesikitan" yang saya bakal dapat agaknya.
Jadi sekarang ni saya sekeluarga hanya perlu bayar tidak sampai RM200 sebulan untuk perlindungan sebanyak RM400,000. Bandingkan ia dengan sumbangan sebelum ini
sebanyak lebih RM600 sebulan untuk perlindungan sekitar RM250,000 sahaja.
Dan RM400 yang dijimatkan ini akan diletakkan di saluran pelaburan yang sepatutnya. Satu kesilapan yang besar yang hanya saya sedari selepas 13 tahun!
Mungkin ada syarikat insurans atau takaful lain yang boleh berikan pulangan yang lebih baik. Kalau ada, tolong bagi tahu ya. Yang saya dapat tahu dari seorang rakan sepejabat ialah bayaran insurans yang dibuat sebanyak RM400 SETAHUN selama 25 tahun telah menghasilkan bayaran setelah tempoh matang oleh syarikat insurans tersebut sebanyak RM12,000. Silalah buat penilaian sendiri ya.
No comments:
Post a Comment